omniture

HEC Paris Lancar Sarjana Dalam Talian Pertama dalam Inovasi dan Keusahawanan di Coursera

HEC Paris & Coursera
2017-03-29 16:00 765

PARIS, 29 Mac 2017 / PRNewswire/ -- HEC Paris dan Coursera melancarkan program sarjana antarabangsa dalam talian yang pertama mereka, Ijazah Sarjana dalam Inovasi dan Keusahawanan (OMIE). Fakulti perniagaan terkemuka di Eropah itu telah mewujudkan ijazah ini dengan kerjasama Coursera, platform pembelajaran dalam talian terkemuka dunia. Program ini telah direka untuk pemimpin perniagaan masa kini dan akan datang yang berharap untuk memacu inovasi dalam organisasi mereka atau melancarkan perusahaan baharu. Permohonan telah dibuka untuk kemasukan pertama para pelajar dengan kelas-kelas bermula dalam bulan September 2017.

Menurut kata Dekan HEC Paris Peter Todd, permintaan untuk kursus-kursus yang direka untuk pemimpin keusahawanan dan inovatif sedang meningkat berbanding sebelumnya. "Ijazah dalam talian baharu ini adalah jawapan bagi permintaan dunia perniagaan yang sentiasa berubah dan berkembang pesat. Pada tahun 2013, kamilah fakulti perniagaan yang pertama di Perancis yang melancarkan Kursus Dalam Talian Terbuka Besar-besaran di atas platform Coursera." Sesungguhnya, kebolehan terkini HEC Paris untuk membina kursus terbuka akan dimanfaatkan untuk membangun ijazah dalam talian sepenuhnya di seluruh dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Coursera Rick Levin berharap yang OMIE akan menjadikan pembelajaran dari sekolah perniagaan bertahap tinggi mudah tercapai oleh masyarakat di seluruh dunia: "Hasil daripada kurikulum unik yang berasaskan perakuan kelayakan yang semakin banyak diperoleh, peserta boleh mendapat manfaat di setiap peringkat pembelajaran. Mereka boleh memilih satu kursus tunggal, membuat keputusan untuk pengkhususan dalam satu program, atau memulakan ijazah sepenuhnya."

Sarjana dalam talian Inovasi dan Keusahawanan akan membuat pilihan rapi sama seperti ijazah-ijazah lain di HEC Paris. Tetapi ia juga direka untuk menjadi fleksibel, membolehkan bakal pelajar memulakan pembelajaran di platform Coursera dengan kemasukan Pengkhususan terbuka. Sebaik sahaja diterima, Pengkhususan boleh dikreditkan ke peringkat ijazah.

"Peserta akan keluar daripada program ini dalam keadaan bersedia untuk melancarkan perusahaan mereka sendiri atau berinovasi dalam organisasi sedia ada. Ini adalah peluang unik untuk memperolehi Ijazah Sarjana HEC dan menyertai rangkaian eksklusif Alumni HEC," terang Peter Todd.

Pelajar akan bekerja secara berkumpulan sepanjang 6 bulan dengan projek pilihan, dari peringkat perancangan hingga menjadikan idea satu kenyataan. Mereka akan menerima bimbingan daripada usahawan berpengalaman dan pemimpin-pemimpin perniagaan yang akan menemui mereka sekali dalam seminggu. Graduan yang berjaya boleh mengganjak projek masing-masing ke peringkat seterusnya dengan memohon pembiayaan awal daripada HEC Paris, dan mendapatkan hasil daripada projek mereka di inkubator HEC, berpangkalan di Station F, kampus syarikat baharu terbesar di dunia.

Untuk maklumat lanjut, layari:  https://www.coursera.org/degrees/masters-innovation-entrepreneurship

Latar Belakang Coursera: https://www.coursera.org/  
Latar Belakang HEC Paris: http://www.hec.edu/

Source: HEC Paris & Coursera
Keywords: Education Higher Education Internet Technology Multimedia/Online/Internet New products/services