omniture

Lebih Banyak Inovasi World Cyber Arena dalam Tahun 2017

World Cyber Arena
2017-03-29 16:21 567

BEIJING, 29 Mac 2017 /PRNewswire/ -- World Cyber Arena (WCA), peneraju kejohanan eSukan global yang berpusat di China, memperkenalkan rancangan tahun barunya dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Beijing pada 23 Mac lalu, mengisytiharkan bahawa syarikat akan membawa lebih banyak inovasi dan kemajuan bagi tahun 2017.

Inovasi perlawanan

WCA akan mengambil lebih banyak peluang bagi tahun 2017 dan telah mencetuskan beberapa inovasi dan kemajuan bagi rancangan perlawanannya. Dari satu sudut, perlawanan tersebut mengguna pakai sistem yang sama dengan Sukan Olimpik dan menambah lebih banyak jenis pertandingan eSukan, mengubah WCA menjadi suatu acara yang membolehkan para pemain dunia mengambil bahagian dan menikmatinya. Sementara itu, WCA turut menggalakkan tahap budaya yang lebih tinggi, memajukan bukan sahaja semangat kesukanan yang berdaya saing, tetapi juga kebanggaan negara.

Perluas WCA Global eSports Alliance

WCA Global eSports Alliance ditubuhkan pada Disember lalu bertempat di ibu pejabat WCA di Yinchuan, ibu negeri Wilayah Autonomi Ningxia Hui di bahagian barat laut China, lokasi WCA mengadakan sidang kemuncak eSukan pertamanya bersama syarikat-syarikat dan persatuan-persatuan eSukan dari lebih dua puluh negara dan rantau. Tahun ini, WCA merancang untuk menambah sepuluh ahli baharu dan mewujudkan platform yang membolehkan semua pihak berkongsi dan mencapai keadaan yang saling menguntungkan.

Merintis pendidikan eSukan antarabangsa

Menjalin kerjasama dengan GH eSports education, WCA memperkenalkan projek pendidikan eSukan antarabangsa, yang memanfaatkan sumber-sumber daripada organisasi-organisasi dan institusi-institusi termasuk kolej, universiti, gabungan eSukan global, platform perlawanan peringkat tertinggi, selain pusat-pusat pendidikan dalam talian dan luar talian. Projek ini akan menjadi sistem lengkap yang menggabungkan pembentukan kursus eSukan, latihan fakulti dan pengambilan siswazah yang mengkhusus dalam eSukan. WCA turut memperluas projek ini ke dalam pasaran antarabangsa agar idea-idea dan bakat-bakat terbaik dalam industri akan dapat dikongsi di seluruh dunia.

WCA kini meniti perjalanan kecemerlangannya bagi tahun 2017. Telahpun menjadi mercu tanda bagi platform pihak ketiga eSukan di dunia, WCA akan terus menginovasi dan menyempurnakan sistem perlawanannya, selain memupuk ekosistem eSukan.

Source: World Cyber Arena
Keywords: Entertainment Sporting Events Sports Trade show news