omniture

91 Launcher bakal Lancar Tema dan Hiasan Latar Belakang Baharu Sasar Pasaran Malaysia

Felink
2017-03-30 09:00 999

FUZHOU, China, 30 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Pembangun aplikasi mudah alih Felink kini berusaha mengukuhkan pengaruhnya di Malaysia menerusi pelancaran tema dan hiasan latar belakang baharu untuk aplikasi mudah alihnya, 91 Launcher. Versi aplikasi yang dikemas kini, dihasilkan khusus buat pengguna Malaysia sahaja, sedia dimuat turun secara percuma melalui Personality Store.

91 Launcher dengan pelbagai tema dan hiasan latar belakang
91 Launcher dengan pelbagai tema dan hiasan latar belakang

"Kami melancarkan tema dan hiasan latar belakang berdefinisi tinggi baharu khusus buat pengguna Malaysia. Ini merupakan satu percubaan dalam strategi penyetempatan kami untuk pasaran Malaysia. Ia adalah suatu yang mudah dan menyeronokkan untuk menukar tema dan hiasan latar belakang berbeza pada telefon bimbit anda dengan lebih banyak gaya serta ciri-ciri yang diperibadikan," kata Zheng Yousheng, pengasas bersama Felink.

"Pada masa depan, kami akan memperkenalkan lebih banyak kandungan yang dapat memenuhi keperluan pengguna internet mudah alih Malaysia, yang berpeluang menerima saranan peribadi mengikut carian terdahulu mereka, tabiat serta ciri-ciri muat turun. Selain itu, kami akan berusaha bersungguh-sungguh ke arah inovasi produk dan operasi demi menawarkan pengalaman internet mudah alih yang lebih mudah dan menyenangkan untuk pengguna tempatan."

91 Launcher akan turut melancarkan aktiviti promosi untuk pengguna Malaysia pada April ini sebagai tanda terima kasih kepada mereka atas kepercayaan dan sokongan.

91 Launcher, aplikasi mudah alih pelbagai fungsi berasaskan Android, merupakan aplikasi terkemuka dalam pasaran ruang paparan telefon bimbit pihak ketiga China, dengan bilangan penggunanya mencecah 400 juta orang. Ia meraih populariti yang semakin meningkat dalam kalangan pengguna internet mudah alih di Malaysia sejak dilancarkan secara rasmi melalui Google Play pada September 2016. Tidak seperti wajah biasa skrin Utama Android, 91 Launcher dipenuhi dengan lebih 3,000 tema dan hiasan latar belakang berdefinisi tinggi berbeza, yang membantu pengguna menyesuaikan dan mencantikkan ruang paparan telefon bimbit mereka. Selain itu, kesan sentuh 3D, kawalan gerak isyarat, peningkatan hayat bateri, carian pantas dan widget hebat seperti laporan cuaca, pengurusan privasi, dan pencuci sekali ketik, kesemuanya begitu seronok untuk digunakan dan amat dihargai.

Mengikut statistik daripada platform analisis data aplikasi App Annie, 91 Launcher mengungguli kedudukan kedua dalam kalangan aplikasi peribadi dalam Google Play Store. Zheng menyatakan bahawa Malaysia mempunyai kumpulan pengguna internet mudah alih termuda dalam kalangan negara Asia Tenggara, dan mereka berusia di bawah 35 tahun menyumbang sebanyak 79% daripada populasi keseluruhan.

"Usia yang muda dan ciri berpotensi tinggi dalam pasaran Malaysia adalah sesuai dengan kumpulan sasaran 91 Launcher. Ia merupakan pasaran penting untuk strategi pembangunan antarabangsa syarikat kami dan kawasan utama yang akan menjadi tumpuan syarikat kami," kata Zheng.

Felink telah berkembang ke seluruh dunia sejak tahun 2015. Setakat ini, ia berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat, India dan Asia Tenggara, menerusi pelancaran pelbagai produk termasuk 91 Launcher, 91 Locker, Dr.News, Dorado Clean, dan banyak lagi.

Dengan nilai pasaran sebanyak US$100 juta, Felink memperoleh pembiayaan daripada pelbagai pelabur, termasuk syarikat gergasi carian dalam talian Cina Baidu, yang merupakan pemegang sahamnya yang terbesar, Jiayu Funds, Youzu Network serta ekuiti persendirian terkenal mahupun syarikat tersenarai yang lain. Setakat ini, Felink mendapat lebih 50 harta intelektual negara dan memainkan peranan utama dalam industri ini.

Latar Belakang Felink

Ditubuhkan pada tahun 2010, Felink mempunyai dedikasi untuk menyediakan penggunanya dengan pengalaman internet mudah alih yang lebih cekap dan lebih mudah, selain mempunyai visi untuk menjadi pembangun aplikasi mudah alih yang paling berpengaruh. Menerusi lebih 50 harta intelektual negara, Felink berjaya melancarkan beberapa produk termasuk instrumen landskap ruang paparan 91 Launcher dan Dianxin Launcher, instrumen pengurusan sistem 91 Locker, aplikasi perkhidmatan kehidupan Almanac&Weather, dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut:

Laman sesawang: http://www.doradoapps.com/

Facebook: https://www.facebook.com/91Launcher/

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170329/0861703057

Source: Felink
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services