omniture

Ferrero Group Umum Pembentukan Pentadbiran Baharu Perkukuh Kedudukan Global

The Ferrero Group
2017-03-30 17:38 803

LUXEMBOURG, 30 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Ferrero Group memutuskan untuk melaksanakan pembentukan pentadbiran baharu demi mengukuhkan kedudukan kompetitifnya dalam pasaran coklat dan makanan manis dibungkus di seluruh dunia selain mempercepatkan momentum pertumbuhan.

generated by system

Usahawan dan Ketua Pegawai Eksekutif Ferrero Group, En. Giovanni Ferrero, akan menyandang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif mulai 1 September 2017. Dengan itu, beliau akan memimpin Syarikat dengan memberi tumpuan terhadap strategi-strategi jangka panjang, hala tuju perniagaan baharu dan inovasi yang membuahkan kejayaan, sambil memastikan kesinambungan budaya dan nilai-nilai Syarikat.

En. Giovanni Ferrero akan menentukan dan memimpin hala tuju baharu demi meningkatkan pertumbuhan dan globalisasi Syarikat, selain memimpin fungsi strategik dan Lembaga/Jawatankuasa Syarikat.

Bagi menjamin pencapaian sasaran perniagaan Syarikat, En. Giovanni Ferrero memutuskan unutk melantik seorang pengurus menerusi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif. Melalui jawatan ini, Ketua Pegawai Eksekutif akan mengurus semua aktiviti yang memberi tumpuan terhadap pencapaian hasil jangka pendek dan pertengahan. En. Lapo Civiletti, pemimpin dalaman berpangkat tinggi yang memegang rekod prestasi hebat menerusi pencapaian luar biasanya, akan menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif mulai 1 September 2017.

 "Saya amat yakin En. Lapo Civiletti akan memastikan kesinambungan Syarikat dalam usaha mencapai sasaran perniagaan dan menyokong Syarikat dengan berkesan bagi merealisasikan objektif pertumbuhannya," kata En. Ferrero. "Beliau dipilih berdasarkan kebijaksanaan perniagaan beliau, haluan berpandukan visi dan misi, di samping benar-benar memupuk budaya dan nilai teras Ferrero."

"Ia merupakan saat bersejarah buat Syarikat dan kami bersedia untuk memanfaatkan peluang-peluang baharu yang disediakan untuk Syarikat kami," ulas En. Civiletti, "Saya benar-benar mempunyai tekad yang jitu untuk meneruskan hala tuju strategik En. Ferrero, bersama-sama beliau, berserta Pasukan Kepimpinan yang amat berbakat selain menerusi kolaborasi dengan semua rakan sejawat Ferrero saya di seluruh dunia."

Syarikat ini komited untuk melabur dalam kakitangannya, mengasah bakat, kemahiran kepimpinan dan kualiti peribadi para pengurusnya. Pentadbiran baharu ini akan membolehkan Ferrero mengembangkan perniagaannya pada masa depan dan mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran dunia.

Ekoran daripada pentadbiran baharu yang dipertingkat ini, pelantikan berikut telah dibuat pada peringkat Pasukan Kepimpinan:

  • Melapor terus kepada Pengerusi Eksekutif:

En. Lapo Civiletti sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Duta Francesco Paolo Fulci sebagai Ketua Bahagian Hal Ehwal Institusi, En. Briano Olivares sebagai Ketua R&D Strategik, En. Aldo Uva sebagai Ketua Bahagian Inovasi Terbuka dan En. Marco Borghesi sebagai Ketua Pegawai Strategi.

Selain itu, Pengerusi Eksekutif akan menyediakan garis panduan kepada Lembaga/Jawatankuasa Syarikat: Pasukan Kepimpinan Syarikat, Audit, Khidmat Nasihat, Produk, Jawatankuasa Pelantikan dan Imbuhan, Inovasi Perniagaan, Operasi.

  • Melapor terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif:

En. Giuseppe Addezio sebagai Ketua Pegawai Sumber Manusia dan Organisasi, En. Patrick Baubry sebagai Ketua Pembangunan Perniagaan Jualan, En. Marco Capurso sebagai Ketua Pegawai Perniagaan Kawasan Baru Muncul (China, India, MEA, Asia Pasifik), En. Lapo Civiletti sebagai Ketua Pegawai Perniagaan Kawasan Eropah, En. Giuseppe D'Angelo sebagai Ketua Pegawai Perniagaan Kawasan Antarabangsa (UK, Amerika Utara, Tengah dan Selatan, CIS dan negara-negara-An), En. Jorge de Moragas sebagai Ketua Pegawai Kewangan, En. Michele Ferro sebagai Ketua Pegawai Perindustrian dan Bekalan, En. Fabrizio Minneci sebagai Ketua Pegawai Undang-undang, En. Briano Olivares sebagai Ketua Pegawai Jenama Global, En. Aldo Uva sebagai Ketua Pegawai Operasi Unit Perniagaan Strategik.

 "Saya yakin Pentadbiran baharu ini akan dapat merangsang pertumbuhan Syarikat kami sambil berpegang teguh pada akar umbi kami. Ini akan menjadi langkah penting untuk menggabungkan "yang terbaik daripada dunia kami": keusahawanan unik kami, kecemerlangan pengurusan kami dan kualiti seluruh kakitangan kami, gabungan sempurna bagi mencapai kejayaan," simpul En. Ferrero.

Ferrero memulakan kisahnya di sebuah pekan kecil Alba yang terletak di Piedmont, Itali, pada tahun 1946. Hari ini, dengan pusing ganti disatukan sebanyak lebih 10 bilion euro, Ferrero merupakan antara peneraju pasaran bagi sektor konfeksi dan merupakan Syarikat ketiga di dunia yang berada dalam pasaran konfeksi coklat.

Ferrero Group diwakili oleh lebih 41,000 kakitangan merentasi 53 negara; ia mempunyai 22 kilang pengeluaran di serata dunia, yang mana 3 daripadanya merupakan sebahagian daripada Projek Keusahawanan Michele Ferrero di Afrika dan Asia. Selain itu, pada awal tahun 2015, Syarikat menubuhkan Ferrero Hazelnut Company (HCo) yang membabitkan 6 syarikat pertanian dan 8 kilang pembuatan. Produk-produk Ferrero seperti rangkaian Nutella, Ferrero Rocher, Raffaello, Tic Tac dan Kinder, boleh didapati dan dijual di lebih 170 negara; rangkaian produk ini telah menjadi sebahagian daripada memori bersama dan satu kebiasaan di kebanyakan negara, yang mana produk-produk ini benar-benar disukai setiap generasi dan sering dianggap sebagai ikon budaya.

Di samping itu, tanggungjawab sosial pula telah sebati dalam Ferrero. Kesegaran dan kualiti tinggi produk, pemilihan bahan-bahan mentah terbaik secara teliti, amalan pertanian yang lestari dan usaha penyelidikan serta inovasi yang berterusan merupakan beberapa elemen utama kejayaan Ferrero.  Tambahan pula, Ferrero terus melabur dalam masyarakat setempat hasil sumbangan Yayasan Ferrero, Projek Keusahawanan Michele Ferrero dan program Kinder+Sport. 

Untuk maklumat lanjut layari: http://www.ferrero.com dan http://www.ferrerocsr.com 

Sumber: The Ferrero Group

Source: The Ferrero Group
Keywords: Food/Beverages Retail Personnel announcements