omniture

G2A Deal kedua dilancar pada 30 Mac

G2A.com
2017-03-30 23:02 685

HONG KONG, 30 Mac 2017 /PRNewswire/ -- G2A.COM akan melancarkan edisi kedua program G2A Deal pada 30 Mac. Edisi ini termasuk lima permainan hebat berikut: Epistory - Typing Chronicles daripada Fishing Cactus,DiRT Showdown daripada Codemasters, Unbox daripada Prospect Games, Hue daripada Fiddlesticks dan Table Top Racing :World Tour daripada Playrise Digital semua untuk satu kos langganan rendah, atau belian sekali.

generated by system

Pembangun dan penerbit sistem sokongan G2A, G2A Direct, mengeluarkan edisi kedua G2A Deal pada 30 Mac. G2A Deal ialah seberkas ganjaran menampilkan permainan video yang boleh dipilih sendiri terus daripada pembangun dan penerbit (tanpa melibatkan penjual pihak ketiga).

Untuk keluaran Deal yang akan datang, pasukan G2A Direct menyediakan himpunan besar pelbagai permainan, supaya peminat dari semua jenis permainan akan menemui sesuatu yang menarik untuk mereka:

Epistory - Typing Chronicles  - permainan menaip berunsurkan aksi -pengembaraan di mana pemain perlu menaip perkataan yang berbeza untuk memastikan cerita berterusan.

DiRT Showdown – satu siri daripada siri perlumbaan DiRT di mana pemain perlu berlumba mengejar masa sambil melakukan helah dan memusnahkan lawan.

Unbox - permainan di mana pemain menjadi kotak kadbod yang dihantar sendiri dan mengembara kepada pelanggan di seluruh dunia.

Hue - permainan platform teka-teki yang menarik. Pemain ini memulakan usaha untuk mencari ibu pemegang watak utama yang telah hilang, sambil menyelesaikan teka-teki dan menceriakan dunia yang suram di sepanjang perjalanan.

Table Top Racing: World Tour - permainan perlumbaan arked di mana pemain memandu kereta kecil serta mengelak halangan berbahaya termasuk sandwic dan kelapa.

Semua kunci disertakan dalam edisi kedua G2A Deal boleh didapati serta-merta selepas pembelian sebagai kod Steam dan tidak akan dikunci-wilayah.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pr@g2a.com.

Sumber: G2A.com

Source: G2A.com
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Internet Technology