omniture

Starcor Lancar HVS 2.0 (Penyelesaian Video Hibrid) di CCBN2017 Beijing

Chengdu Starcor Information Technology Co., Ltd.
2017-03-31 22:09 615

BEIJING, 31 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Starcor, pembekal utama bertaraf antarabangsa bagi penyelesaian video dan perkhidmatan data besar video untuk pengendali global, melancarkan HVS 2.0 (Penyelesaian Video Hibrid) di CCBN2017 (Rangkaian Penyiaran Kandungan China) yang diadakan di Beijing, China. Sebagai acara terbesar untuk industri penyiaran dan perangkaian di Asia, CCBN berjaya menarik lebih 1,000 syarikat dari 30 negara. Starcor telah mencetuskan minat yang tinggi terhadap penyelesaiannya yang anjal dan boleh disesuaikan berdasarkan pengalaman industrinya yang beraneka. Ini menyediakan satu asas yang baik untuk BroadcastAsia2017 akan datang yang bakal berlangsung di Singapura pada bulan Mei ini.

Starcor di CCBN2017, Beijing
Starcor di CCBN2017, Beijing

HVS 2.0 daripada Starcor menyediakan penyelesaian bertumpu antara perkhidmatan DVB, IPTV dan OTT pada platform bersepadu yang menawarkan pengguna dengan pengalaman pengguna yang tekal merentasi pelbagai sumber kandungan, rangkaian, aplikasi dan peranti. Ia juga dapat membantu pengendali meningkatkan penembusan pasaran, menambah hasil pendapatan dan membina kesetiaan pelanggan. Berasaskan seni bina Apache Hadoop, HVS 2.0 menawarkan penyelesaian inovasi bagi analisis data besar video untuk pengendali, mendorong transformasi daripada operasi tradisional kepada operasi pintar menerusi keputusan yang dipacu data.

Sehingga kini, HVS 2.0 Starcor berjaya digunakan dalam CNTV, MANGO TV, TOPWAY TV dan banyak lagi, yang sangat dihargai oleh pihak pengendali di China. Dengan HVS 2.0 Starcor, yang berusaha menggalakkan pembangunan dan evolusi teknologi penumpuan media, pihak pengendali dapat menyingkirkan halangan teknikal dalam usaha perluasan perkhidmatan bertumpu.

Latar Belakang Starcor

Diasaskan pada tahun 2009, Starcor (www.starcor.com) mengkhusus untuk membangunkan penyelesaian OTT/IPTV hujung-ke-hujung untuk penyiar, pengendali telekomunikasi dan juga penyedia kandungan. Pihak pengendali seluruh dunia menyampaikan perkhidmatan televisyen yang menarik dikuasakan oleh platform Starcor setiap hari, Starcor memperkasa para pelanggan untuk memaksimumkan keuntungan dan mendapatkan hasil daripada perniagaan.

Latar Belakang CNTV

Sebagai sebuah subsidiari CCTV, CNTV mengkhusus dalam perkhidmatan OTT dan IPTV yang memiliki lesen operasi IPTV eksklusif di China. Ia mengguna pakai platform pengurusan IPTV seragam yang mengawal wilayah berbeza.

Latar Belakang MANGO TV

MANGO TV ialah salah satu daripada tujuh pemilik lesen OTT di China yang mengandungi program-program HD yang eksklusif dan sah, selain pertunjukan aneka ragam yang beraneka dan memberangsangkan dengan lebih 20 juta pengguna OTT.

Latar Belakang TOPWAY TV

TOPWAY ialah pengendali tiga perkhidmatan di Shenzhen, China, dibangunkan daripada perniagaan DVB tradisional termasuk akses Internet, DVB-C dan OTT.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170330/0861703119

Source: Chengdu Starcor Information Technology Co., Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Television Trade show news