omniture

SANY Bangunkan Barisan Pemasangan Mesin Pengorek Terbesar Dunia

SANY
2017-03-31 23:41 803

BEIJING, 31 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Enam minit untuk membuat sebuah mesin pengorek? Ya, ini bukan lagi suatu angan-angan, tetapi perkara yang benar berlaku di Taman Perindustrian Mesin Pengorek SANY, yang terletak di Kunshan, China. Sebagai jenama mesin pengorek utama dunia, SANY Heavy Industry telah menubuhkan barisan pengeluaran kendalian digital penuh pertama dalam industri jentera kejuruteraan bertahun-tahun lalu.

SANY bangunkan barisan pemasangan mesin pengorek terbesar dunia
SANY bangunkan barisan pemasangan mesin pengorek terbesar dunia

Orang ramai yang mengunjungi barisan pemasangan ini cenderung untuk mengagumi teknologi canggih, kawasan hijau yang luas dan persekitaran bekerja yang selamat, yang benar-benar mengubah tanggapan biasa berhubung industri berat tradisional.

Lihatlah barisan pemasangan mesin pengorek kecil sebagai contoh. Barisan pengeluaran yang berpangkalan di Kunshan berukuran 722 kaki panjang, meliputi kawasan seluas 6820 meter persegi secara keseluruhannya. Lebih satu dozen model, melalui empat langkah dalam barisan pemasangan bingkai atas, barisan pemasangan pendaratan, barisan penggabungan dan akhirnya sedia digunakan, dibawakan kepada pelanggan sebagai sebuah mesin lengkap.

Pembuatan pintar ialah kunci untuk meningkatkan produktiviti. Di sini, anda akan mendapati gudang stereoskopik yang serupa dengan taman stereoskopik, yang bukan sekadar memanfaatkan sepenuhnya ruang simpanan, tetapi juga mudah digunakan. Setelah memberi input untuk rancangan pengeluaran dalam sistem pengawalan MES, model-model bingkai atas dan pendaratan dikenal pasti secara automatik, bagi membuat kerja-kerja pemunggahan. Robot bersalut getah dan robot memaku bolt juga turut menyediakan pengeluaran barisan pemasangan yang terpiawai. Kenderaan Terpimpin Automatik (AGV) yang beroperasi dalam kilang tersebut, bukan sahaja menjimatkan sejumlah besar tenaga kerja dan sumber bahan, bahkan turut menjamin keselamatan para pekerja. Sistem penyerapan gas yang dikeluarkan dan berbentuk cincin juga merupakan reka bentuk manusiawi demi kepentingan persekitaran bekerja yang mesra alam.   

SANY mengamalkannya dalam setiap prosedur pembuatan. Mesin pengorek SANY perlu melepasi lapan prosedur ujian yang ketat sebelum disembur dengan cat minyak. Tidak akan sekali-sekali mengabaikan kerosakan kecil, memandangkan SANY bukan sahaja menjual mesin, tetapi turut menggalas tanggungjawab sosial bagi menjamin lebih keselamatan dan produktiviti.

Latar Belakang SANY Group

SANY Group (SANY) yang mempunyai ibu pejabat global di China, ialah pengeluar jentera berat utama dunia yang memiliki kilang-kilang di AS, Jerman, Brazil dan India, selain segmen perniagaan syarikat yang meliputi lebih 100 negara dan rantau di serata dunia. Syarikat ini turut diiktiraf sebagai salah sebuah syarikat paling inovatif dan berjaya di dunia, manakala jentera konkritnya meraih kedudukan No. 1 pada peringkat global.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.sanyexcavator.com, atau ikuti SANY Group melalui Facebook dan YouTube.

Foto -  http://photos.prnasia.com/prnh/20170330/0861703145

HUBUNGI: Rebecca Zhou, (+86) 010-60737480, zhouyy5@sanygroup.cn

Source: SANY
Keywords: Auto Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Transportation Corporate Expansion