omniture

Lamor Corporation dan Rosneft Meterai Perjanjian Kerjasama

Lamor Corporation
2017-04-03 10:01 501

PORVOO, Finland, 3 April 2017 /PRNewswire / --

Lamor Corporation dan syarikat minyak gergasi Rusia Rosneft menandatangani Perjanjian Kerjasama di Forum Artik Antarabangsa IV, di Arkhangelsk, Rusia.

generated by system

Perkongsian itu akan menilai prospek penyetempatan pengeluaran jentera dan peralatan respons tumpahan minyak (OSR) di Rusia bagi rantau Artik. Penyetempatan pengeluaran diramalkan sekurang-kurangnya 70% menjelang 2025, dan peralatan yang akan dikeluarkan di fasiliti pembinaan kapal Rosneft. Pihak-pihak ini berhasrat untuk mewujudkan pengeluaran bersama jentera terapung khusus, peralatan untuk pemulihan tumpahan minyak di laut dan di darat, joran membendung minyak, serta lain-lain peralatan dan komponen.

"Kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Rosneft. Sebagai rakan kongsi yang bersama-sama sekian lama, kami telah membekalkan peralatan OSR untuk aset pengeluaran Rosneft sejak 20 tahun yang lalu," kata Fred Larsen, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Lamor Corporation.

"Kami mempunyai pusat perkhidmatan di Rusia untuk menyediakan perkhidmatan penyenggaraan dan sokongan untuk peralatan OSR, Ecoshelf di Sakhalin dan Ecoshelf-Baltika di St Petersburg, yang telah beroperasi selama 18 tahun. Pengeluaran bersama dengan Rosneft menempatkan kehadiran kami di pasaran Rusia ke satu tahap yang lebih tinggi," kata Larsen.

Rosneft adalah pemegang lesen terbesar di pelantar benua Persekutuan Rusia. Syarikat ini mempunyai 55 lesen (28 daripadanya di pelantar Artik) yang meliputi kawasan seluas lebih daripada 1 juta kilometer persegi. Pemeliharaan persekitaran dan kepelbagaian biologi yang baik bagi ekosistem marin rapuh adalah prinsip asas operasi syarikat. Penerokaan geologi didahului oleh satu siri kajian terperinci alam sekitar terhadap keadaan cuaca, keadaan ais, aliran ais, ciri-ciri fauna, dan bidang berkaitan. Rosneft mempunyai pendekatan sistem untuk keselamatan alam sekitar  yang menjadikan pencegahan situasi kecemasan sebagai matlamat utama.

Mengikut perjanjian itu, Lamor dan Rosneft akan mengeluarkan peralatan untuk projek-projek Rosneft serta untuk pelanggan pihak ketiga.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: 

Fred Larsen, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, Lamor Corporation, fred.larsen@lamor.com, tel: +359-400-906-311, http://www.lamor.com

Bahagian Maklumat Rosneft, tel: +7-499-517-8897, http://www.rosneft.com

Sumber: Lamor Corporation

Source: Lamor Corporation
Related Links:
Keywords: Oil/Energy Contracts