omniture

Asia Plantation Capital Sambut Hari Lahir Kerabat Diraja penuh Gaya

Asia Plantation Capital
2017-04-03 11:35 673

KUALA LUMPUR, Malaysia, 3 April 2017 /PRNewswire/ -- Yang Amat Mulia Tunku Laxamana Tunku Dato' Seri Utama Naquiyuddin Tuanku Ja'afar baru-baru ini menyambut hari lahirnya yang ke-70, sebagai salah seorang ahli Lembaga Pengarah Asia Plantation Capital yang terkenal dan berpengaruh, diraikan dengan penuh gaya dan beradat.

Steve Watts dan Tunku Naquiyuddin di majlis sambutan hari lahir
Steve Watts dan Tunku Naquiyuddin di majlis sambutan hari lahir

Tunku Naquiyuddin telah lama menjadi penyokong yang komited dan bersemangat dalam kemampanan, kesedaran alam sekitar dan tanggungjawab sosial - rukun teras dalam etos korporat Asia Plantation Capital - dan menyertai Lembaga Pengarah sebagai bekas diplomat peringkat tinggi dan ahli perniagaan yang dihormati dengan pelbagai jenis minat dan kepakaran yang banyak.

Asia Plantation Capital berbesar hati dapat menyertai sambutan ulang tahun ke-70 Tunku Naquiyuddin dalam majlis gilang-gemilang yang diadakan di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, di mana tetamu menyambut baik tema malam itu dengan penuh semangat. Mengambil inspirasi daripada filem Francis Ford Coppola yang memenangi pelbagai Oscar, 'The Godfather', dan novel Mario Puzo dengan nama yang sama, semua orang berkumpul dengan pakaian 'gaya Mafia' mereka.

Ramai ahli keluarga diraja di Malaysia yang menjadi tetamu dan juga orang-orang kenamaan dari pelbagai lapisan masyarakat - mencerminkan populariti, daya tarikan dan keterangkuman salah satu Putera paling popular di negara ini. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Asia Plantation Capital Berhad, Steve Watts, yang gembira dapat mewakili syarikat ini dalam perjumpaan yang gilang gemilang ini.

"Semua orang di Asia Plantation Capital mengucapkan selamat hari lahir  kepada Yang Amat Mulia Tunku Naquiyuddin," beliau berkata, "dan kami berharap bahawa Tunku dan keluarga akan terus diberkati dengan kesihatan yang baik, kebahagiaan, kegembiraan dan kejayaan."

Tunku Naquiyuddin telah diberikan hadiah hari lahir yang sangat istimewa, dalam bentuk wangian mewah tempahan khas, asli dan benar-benar unik - ditempah oleh Asia Plantation Capital, dan dicipta oleh Pakar Wangian Fragrance Du Bois, Mathilde Haguier. Dinamakan 'Minangkabau' - mencerminkan rakyat, budaya, bahasa dan seni bina negeri asal Tunku Naquiyuddin iaitu Negeri Sembilan - wangian ini adalah campuran menarik bahan-bahan yang luar biasa, termasuklah Oud yang 100% tulen, organik dan dihasilkan secara mampan, yang bersumberkan ladang Asia Plantation Capital sendiri.

"Mencipta wangian tempahan khas sentiasa memberi keseronokan," kata Mathilde Haguier, "dan dalam kes ini ia juga merupakan satu penghormatan besar untuk mengkonsepsikan dan menghasilkan sesuatu yang unik bagi seorang lelaki yang dipandang tinggi. Kami tahu betapa istimewanya Tunku kepada Plantation Capital Asia, dari kedua-dua segi sokongan dan nilai yang dikongsi, dan juga kepada negara Malaysia secara keseluruhannya. "

Nota bagi Editor:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Zaahira Muhammad
Eksekutif Kanan Perhubungan Awam & Pemasaran
Emel: zaahira@asiaplantationcapital.com
Pejabat: +6012 203 5344

Latar Belakang Asia Plantation Capital

Asia Plantation Capital Group ialah syarikat pengurusan dan pengendali perladangan mampan, yang memenangi pelbagai anugerah, dengan projek merentasi empat benua, dan tenaga kerja global yang melebihi 2,000 orang. Peneraju pasaran dalam industri, Lembaga Penasihat Saintifik mereka terdiri daripada ahli akademik terkemuka dari pelbagai negara (China, Negara Thai, Malaysia, India, Switzerland dan Emiriah Arab Bersatu), yang dalam kalangan mereka, telah membangunkan dan mempatenkan teknologi dan sistem terkemuka industri.

Dengan tumpuan kepada projek perladangan komersial dan perniagaan bersepadu menegak yang menawarkan gabungan manfaat komersial, alam sekitar dan masyarakat, Asia Plantation Capital telah mencipta syarikat 'triple bottom line' (ukuran keuntungan dengan tiga unsur) yang berjaya dan dinamik.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170331/8521702157

Source: Asia Plantation Capital
Keywords: Agriculture Cosmetics & Personal Care Fashion Household/Consumer/Cosmetics Paper/Forest Products/Containers