omniture

Fragrance Du Bois Cipta Wangian Tempahan Khas untuk Kerabat Diraja

Fragrance Du Bois
2017-04-03 11:38 770

KUALA LUMPUR, Malaysia, 3 April 2017 /PRNewswire/ -- Bagi meraikan hari lahir ke-70 Yang Amat Mulia Tunku Laxamana Tunku Dato' Seri Utama Naquiyuddin Tuanku Ja'afar, Fragrance Du Bois telah diarahkan untuk mencipta wangian tempahan khas yang benar-benar mewakili beliau dan warisannya.

Y.A.M Tunku Naquiyuddin receiving 'Minangkabau', a bespoke perfume specially created by Fragrance Du Bois, in celebration of his 70th birthday.
Y.A.M Tunku Naquiyuddin receiving 'Minangkabau', a bespoke perfume specially created by Fragrance Du Bois, in celebration of his 70th birthday.

Dicipta oleh Mathilde Haguier, Pakar Wangian Fragrance Du Bois, ungkapan unik - dinamakan 'Minangkabau' – merangkumi semangat, budaya, masyarakat dan juga seni bina dari negeri asal Tunku Naquiyuddin iaitu Negeri Sembilan. Keturunan orang Minangkabau berasal dari Sumatera Barat, Indonesia dan diketahui mempunyai keturunan diraja yang bermula sejak beberapa abad dahulu. Orang Minang berbahasa Melayu tetapi juga mempunyai dialek mereka sendiri yang mencerminkan bahasa asal warisan Indonesia mereka.

Mengambil inspirasi daripada budaya yang kaya dan penuh semangat, 'Minangkabau' dimulakan dengan sedikit kilauan sitrus – padanan yang mencerminkan sinaran cahaya matahari yang membelai panel dinding yang dihiasi warna yang beraneka pada rumah tradisional Minangkabau. Wangian sitrus ini kemudian mengalah kepada wangian kelapa yang lembut pada not atas, untuk mencipta permulaan penuh keharmonian wangian yang eksotik dan mengkhayalkan ini.

Kepedasan ialah ciri makanan Minangkabau, dan merupakan bahagian penting dalam gaya hidup Minang. Badan wangian dimulakan dengan pelbagai rempah yang menggiurkan seperti cili, halia, buah pelaga, ketumbar, buah pala dan lada hitam –  memberikan olfaktori menakjubkan yang melambangkan masakan Minangkabau yang lemak, pedas dan lazat.

Bunga Immortelle – bunga kuning, kecil yang berasal dari Selatan Perancis di sepanjang pantai Laut Mediterranean – menambah kualiti yang sangat istimewa kepada not tengah wangian ini, memiliki ketahanan yang lama, seperti namanya. Juga dikenali sebagai 'Bunga Abadi Keemasan', kewujudannya dalam wangian tempahan khas untuk Tunku Naquiyuddin mencerminkan ciri awet muda dan keutuhan kerabat diraja yang tinggi pengetahuan dan sangat dihormati ini.

The perfume, 'Minangkabau' - embodies the spirit, culture, people and even architecture of Tunku Naquiyuddin’s home state of Negeri Sembilan.
The perfume, 'Minangkabau' - embodies the spirit, culture, people and even architecture of Tunku Naquiyuddin’s home state of Negeri Sembilan.

Di dasarnya, vetiver klasik dan kesturi diseimbangkan bagi mencerminkan keperibadian salah satu putera Malaysia yang paling disukai dan dihormati. Walaupun mempunyai latar belakang keluarga tradisional, beliau juga merupakan lelaki abad ke-21, dan benar-benar mengetahui apa yang sedang berlaku dalam dunia moden. Hal ini terserlah dalam aktiviti dunia perniagaan beliau, dan pelbagai acara sosial dan kebajikan yang mana beliau terlibat.

Rumah Minangkabau sebahagian besarnya diperbuat daripada kayu – kayu gelap bahagian dalamannya yang jelas kelihatan diatur seiringan dengan pancaran matahari tropika terang yang menyinar masuk. Kayu sedar, kayu cendana dan minyak Oud semula jadi yang 100% tulen Fragrance Du Bois mendap dalam wangian not dasar sebelum memberi laluan kepada kehangatan dan aroma lembut kayu kering, yang menyerbak lembut di dalam rumah-rumah tradisional ini.

'Minangkabau' ialah wangian yang memancarkan budaya dan sejarah, dengan sentuhan kemodenan dan kecanggihan. Wangian ini merupakan edisi terhad, minyak wangi tempahan khas dan tidak dijual.

  • Not Atas: Kilauan Sitrus, Kelapa
  • Not Tengah: Cili, Halia, Bunga Immortelle, Buah Pelaga, Sipres, Ketumbar, Buah Pala
  • Not Dasar: Lada Hitam, Kayu Sedar, Cendana, Vetiver, Kesturi, Oud vintaj 100% tulen, organik

Nota untuk Editor:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Samantha Tham 
Pengurus Pemasaran, Asia
Emel:   samantha.tham@fragrancedubois.com 
Tel: +65 9144 0933

Charlotte Medigue   
Pengurus Negara - Switzerland
Emel:   charlotte.medigue@fragrancedubois.com 
Telefon bimbit:   +41 227 077 330

Latar Belakang Fragrance Du Bois

Fragrance Du Bois merupakan butik wangian mewah dan nic yang lahir daripada pati berharga alam semula jadi, dihasilkan oleh pakar wangian generasi kelima, dari tradisi Perancis Grasse abad ke-17. Tunjang semua ciptaan Fragrance Du Bois terdapat Oud yang merupakan ciri istimewanya yang memancarkan kemewahan yang tersendiri dan unik. Kesemua Oud yang digunakan oleh Fragrance Du Bois dihasilkan dari ladang sendiri yang diurus secara mampan dan dijamin beretika dan daripada sumber yang mampan.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170331/8521702163-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170331/8521702163-b

Source: Fragrance Du Bois
Keywords: Agriculture Cosmetics & Personal Care Fashion Household/Consumer/Cosmetics Paper/Forest Products/Containers New products/services