omniture

Pasukan ChemChina & IPP akan Bekalkan Kilang Alkali Klorin Siap-Guna

International Process Plants
2017-04-03 21:37 509

PRINCETON JUNCTION, New Jersey dan BEIJING, 3 April 2017 /PRNewswire/ -- International Process Plants (IPP) dan ChemChina's Bluestar (Beijing) Chemical Machinery Company, Ltd. (BCMC) gembira mengumumkan sebuah perkongsian bagi IPP membekalkan kilang alkali klorin BAHARU yang direka dan dibina oleh BCMC untuk industri di seluruh dunia.

"Perkongsian kami bersama BCMC sebagai pembekal teknologi baharu siap-guna membolehkan kami bekerja dengan pelanggan kami dalam industri alkali klorin bagi meningkatkan daya saing kos mereka, dan juga menurunkan kos projek peluasan kapasiti baharu dan masa pendulu mereka," kata Presiden IPP, Ronald Gale.

Diiktiraf sebagai sebuah pembekal utama klorin-alkali bagi seluruh dunia, ChemChina (syarikat induk bagi BMBC) disenaraikan dalam Fortune Global 500 dan memiliki lebih daripada 100 paten untuk inovasi dan utiliti dalam industri klorin-alkali. BCMC adalah salah satu daripada empat pembekal pengelektrolisis dunia dan memiliki pelbagai pensijilan dan kelayakan antarabangsa (termasuk US dan Eropah) dalam rekaan dan pembuatan. Mereka merupakan satu-satunya syarikat di China yang mereka dan mengeluarkan pengelektrolisis membran pertukaran ion, dan membekalkan satu set penuh peranti soda kaustik membran ion dan teknologi serta perkhidmatan berkaitan elektrolisis. Di samping seksyen elektrolisis ini, BCMC membekalkan solusi hiliran termasuklah (tetapi tidak terhad kepada) Natrium Hidroksida (NaOH), kalium hidroksida (KOH), Pencairan Klorin, Kalsium Hipoklorit (Ca(ClO)2 , serbuk peluntur), Poli-Aluminium Klorida(PAC), dan Natrium Hipoklorit (NaClO),  Untuk maklumat lanjut mengenai BCMC, lawati laman sesawang mereka: www.bcmc.chemchina.com

BCMC memiliki lebih daripada 180 tapak kilang yang didirikan menggunakan rekaan mereka, dan telah berusahasama dengan IPP untuk menjangkau capaian IPP ke dalam industri kimia global dan mengembangkan perniagaan antarabangsa BCMC. Bersama-sama, IPP dan BCMC akan berupaya membekalkan kemudahan pengeluaran klorin-alkali dan kimia hiliran siap-guna yang baharu kepada pasaran global yang tidak dapat mereka capai secara bersendirian. Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran klorin-alkali IPP dan BCMC, hubungi IPP di www.ippe.com +1 (609) 586-8004.

Latar belakang International Process Plants and Equipment Corp. (IPP):

International Process Plants and Equipment Corp. menjual kilang pembuatan dan peralatan lengkap. Syarikat menumpukan kepada pembelian dan penjualan asset dalam industri kimia, petrokimia, farmaseutikal, penapisan, kertas, plastik, dan penjanaan tenaga di seluruh dunia. Mereka menjual kilang pemproses/loji tenaga yang lengkap; hartanah industri; dan peralatan pemproses, termasuk peralatan lebihan, baharu/tidak dipakai, dibina semula, dicermin semula, dan peralatan terpakai. Telah berada dalam industri sejak 1976, IPP bertapak di Princeton Junction, New Jersey dengan pejabat dan infrastruktur di lima belas negara. Untuk maklumat lanjut, lawati www.ippe.com.

Latar Belakang Bluestar (Beijing) Chemical Machinery Company Ltd. (BCMC):

Berdasarkan dari relokasi dan pembentukan Beijing Chemical Machinery Works yang ditubuhkan pada 1966, Bluestar (Beijing) Chemical Machinery Co., Ltd (BCMC) menjadi subsidiari kepada China Bluestar (Group) Corporation pada 1998. BCMC menjadikan "membangunkan pengelektrolisis membran pertukaran ion China, dan menyumbang untuk melangkaui teknologi canggih dunia" sebagai tanggungjawab mereka, dan adalah merupakan syarikat professional tunggal yang mampu membangunkan, mereka, menghasilkan pengelektrolisis membran ion dan membekalkan keseluruhan set kilang dan teknologi elektrolisis membran ion dan juga membekalkan perkhidmatan kejuruteraan untuk kilang kimia klorin hiliran. Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.bcmc.chemchina.com/bhjen/index.htm.

Hubungi:
International Process Plants and Equipment Corp.
Scott Phillips
+1 (609) 586-8004
info@ippe.com

Source: International Process Plants
Keywords: Chemical Machine Tools, Metalworking and metallurgy Mining/Metals Contracts