Pepsi Raikan Detik Kehidupan "Live For Now™" Menerusi Filem Pendek Baharu "Jump In" Menampilkan Model Fesyen dan Personaliti TV Amerika
#PEPSIMOMENT
PURCHASE, New York, 4 April 2017 /PRNewswire/ --
Alami Hebahan Berita Multimedia interaktif di sini: https://www.multivu.com/players/English/8074851-pepsi-live-for-now-jump-in-kendall-jenner/
ACARA: |
Sepanjang tahun 2017, Pepsi® meraikan detik kehidupan "Live For Now". Detik-detik apabila kita membuat keputusan untuk melepaskan sesuatu, memilih untuk bertindak, menurut keinginan kita dan merasakan tiada apa yang dapat menghalang kita. "Jump In," satu filem pendek yang menggambarkan detik-detik ini dan dibintangi oleh Kendall Jenner, menonjolkan semangat dan tindakan mereka yang menyelami setiap detik kehidupan. Ia menampilkan pelbagai sisi kehidupan, kisah dan hubungan emosi yang memperlihatkan semangat, kegirangan, selain detik-detik yang bebas dan tidak terhalang. Tanpa mengira sebarang peristiwa, besar atau kecil, ini merupakan detik-detik yang membuatkan kita berasa hidup. |
Filem Pepsi "Jump In" membawakan pendekatan yang lebih progresif untuk benar-benar menonjolkan generasi masa kini dan sejauh mana keadaan untuk menikmati detik kehidupan ketika ini dilihat. Kendall ialah ikon terkini dalam barisan ikon global yang memberi impak besar, yang bekerjasama dengan Pepsi dan beliau merupakan contoh untuk menikmati detik kehidupan "Live For Now". |
|
Iklan ini membawakan muzik daripada suara generasi masa kini, artis di sebalik lagu "Lions" - Skip Marley (Island Records). |
|
Iklan kreatif ini, yang dapat ditonton di seluruh dunia menerusi TV dan platform digital, diterbitkan oleh bahagian penciptaan kandungan dalaman PepsiCo, Creators League Studio. Ia menampilkan elemen-elemen daripada program reka bentuk disruptif Pepsi yang menggabungkan ikon-ikon dengan tipografi ekspresif yang menonjolkan detik-detik yang mencetuskan tindakan. Ikonografi Moments akan dipaparkan pada pembungkusan, di luar rumah dan dalam kedai menerusi lambang tanda dagang Pepsi penuh dengan penawaran berwarna biru, hitam dan perak. |
|
INDIVIDU: |
|
Kendall Jenner berhubung "Moments": |
|
"Saya berasa teruja untuk turut serta bersama barisan ikon legenda yang mewakili generasi mereka dan bekerjasama dengan Pepsi. Bagi saya, Pepsi bukan sekadar minuman – ia dianggap sebagai ikon budaya pop & suatu gaya hidup yang berkongsi suara yang sama dengan generasi masa kini. Semangat Pepsi – menikmati detik 'ketika ini' – ialah sesuatu yang saya yakini. Saya membuat usaha secara sedar dalam kehidupan harian saya serta mengembara bagi menikmati setiap pengalaman hari ini." |
|
Skip Marley berhubung "Moments": |
|
"Berganding bahu dan bersatu pada detik ini merupakan suatu pengalaman yang hebat. Lagu 'Lions' ini yang dipilih oleh Pepsi untuk iklan 'Moments' seharusnya mengingatkan generasi kita untuk menilai cara kita menjalani kehidupan dan mencari kekuatan serta ketenangan pada setiap ketika." |
|
PAUTAN: |
|
TVC Bentuk Panjang Moments "Jump In": https://youtu.be/PCEm21aTh5Q |
|
:30 saat "Model" TVC: https://youtu.be/DSSCjj8uCFg |
|
Video belakang tabir dan S&J bersama Kendall Jenner: http://prnewswire2-a.akamaihd.net/p/1893751/sp/189375100/download/entry_id/0_nncm6670/flavor/0_zz2a4w5n/prn_folder/MNR/prn_id/MVP/prn_flavor/Source/prn_filename/8074851_PepsiMoments_Kendall_MASTERfinal3_0330.mp4 |
Latar Belakang PepsiCo
Produk PepsiCo dinikmati oleh pengguna satu bilion kali sehari di lebih 200 negara dan wilayah di seluruh dunia. PepsiCo menjana kira-kira $63 bilion pendapatan bersih dalam tahun 2016, dipacu oleh portfolio makanan dan minuman sampingan termasuk Frito-Lay, Gatorade, Pepsi-Cola, Quaker dan Tropicana. Portfolio produk PepsiCo termasuk rangkaian luas makanan dan minuman yang boleh dinikmati, termasuk 22 jenama yang menjana lebih $ 1 bilion setiap satu dalam anggaran jualan runcit tahunan.
Tunjang pepsiCo ialah Prestasi Bermatlamat – kepercayaan asas kami bahawa kejayaan syarikat berkait rapat dengan kelestarian di seluruh dunia. Kami percaya bahawa penambahbaikan berterusan terhadap produk yang kami jual, beroperasi dengan bertanggungjawab untuk melindungi planet kita dan memperkasa manusia di seluruh dunia adalah perkara yang membolehkan PepsiCo mengendalikan syarikat global berjaya yang mencipta nilai jangka panjang untuk masyarakat dan pemegang saham kami. Untuk maklumat lanjut, lawati www.pepsico.com.
Photo - http://mma.prnewswire.com/media/486119/PepsiCo_Kendall_Jenner.jpg