omniture

Gearbox Publishing dan G2A.COM Ganding Bahu untuk Edisi Pengumpul Bulletstorm: Full Clip Edition

G2A.com
2017-04-05 20:16 620

HONG KONG, April 5, 2017 /PRNewswire/ --

Gearbox Publishing, People Can Fly, dan pasaran permainan digital, G2A.COM bergabung tenaga untuk edisi terhad pengumpul bagi Bulletstorm: Full Clip Edition. Edisi Pengumpul G2A ini akan menyediakan figura-figura unik Grayson Hunt, Trishka Novak, dan Ishi Sato.

generated by system

generated by system

generated by system

Terdapat 54 edisi pengumpul eksklusif untuk judul Bulletstorm akan datang yang dijual melalui G2A.COM. Setiap Edisi Pengumpul G2A akan didatangkan dengan kotak keluli buatan khas dan ditembusi peluru. Setiap kotak dibawa ke padang tembak dan ditembak dengan peluru hidup 9mm – jaminan bahawa tiada dua kotak yang serupa. Terdapat dua versi berbeza untuk Edisi Pengumpul G2A: satu versi premium dan satu versi standard. Edisi Pengumpul Premium G2A akan menyediakan baju-t Bulletstorm (dihasilkan oleh bahagian pakaian G2A dan hab aksesori G2A Gear), pad tetikus Bulletstorm, ceper pengenalan buatan khas, Kunci-CD Steam, serta figura pengumpul cetakan 3D dan dicat sendiri dengan penuh mahir sama ada untuk Grayson Hunt, Trishka Novak, atau Ishi Sato.

Terdapat enam Edisi Pengumpul Premium G2A – dua dengan figura Grayson, dua dengan figura Trishka dan dua dengan figura Sato. Figura-figura ini dinomborkan mengikut turutan dan didatangkan dengan sijil pengesahan yang ditandatangani sendiri oleh Sebastian Wojciechowksi, Ketua Studio di People Can Fly.

Edisi Pengumpul G2A versi standard akan menyediakan ceper pengenalan buatan khas, Kunci-CD Steam, selain figura pengumpul yang dicat dengan berus udara, dicetak secara 3D dan dinomborkan mengikut turutan, sama ada untuk Grayson Hunt, Trishka Novak, mahupun Ishi Sato, berserta sijil pengesahan yang ditandatangani sendiri oleh Wojciechowski. Terdapat 48 Edisi Pengumpul G2A untuk dijual – 16 dengan Grayson, 16 dengan Trishka, dan 16 dengan Sato.

Figura-figura yang tersedia dalam edisi pengumpul ini belum pernah diperkenalkan di mana-mana tempat lain dan tidak akan disediakan lagi. Figura-figura ini direka khusus dan dicipta penuh teliti oleh platform pencetakan 3D G2A, G2A 3D, secara eksklusif untuk Bulletstorm: Full Clip Edition.

Edisi Pengumpul G2A Bulletstorm: Full Clip Edition mula dijual pada 4 April 2017 jam 5.00 petang GMT dan hanya tersedia selagi stok masih ada.

Layari https://www.g2a.com/bulletstorm/ untuk melihat prapesanan.

Sila hubungi pr@g2a.com atau vincent.slaven@gearboxsoftware.com untuk maklumat lanjut.

Source: G2A.com
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Internet Technology