omniture

50 Restoran Terbaik Di Dunia Diumum di Melbourne, Australia

The World’s 50 Best Restaurants
2017-04-05 22:52 898

MELBOURNE, Australia, 5 April 2017 /PRNewswire/ -- Eleven Madison Park di New York mendapat tempat No.1 dalam senarai 50 Restoran Terbaik di Dunia (The World's 50 Best Restaurants). Menerusi tempat No.1 itu, Eleven Madison Park mengungguli dua gelaran iaitu Restoran Terbaik Dunia dan Restoran Terbaik di Amerika Utara.

The winning chefs and restaurateurs celebrate at The World’s 50 Best Restaurants awards ceremony at the Royal Exhibition Building, Melbourne.
The winning chefs and restaurateurs celebrate at The World’s 50 Best Restaurants awards ceremony at the Royal Exhibition Building, Melbourne.

 

Para pemenang tahun ini diumumkan dalam satu majlis penyampaian anugerah di Melbourne. Senarai tahun 2017 mengalu-alukan enam penyertaan terbaharu. Perancis, Sepanyol dan Amerika Syarikat masing-masing mempunyai enam restoran dalam senarai tersebut.

Antara tujuh restoran di Asia yang tersenarai, Jepun dan Thailand masing-masing mendapat dua penyertaan. Di kedudukan No. 7, Gaggan di Bangkok meraih gelaran Restoran Terbaik di Asia. Restaurant André, Singapura, mendaki 18 anak tangga untuk berada di kedudukan No. 14 manakala Den di Tokyo julung kali tersenarai di kedudukan No.45. 

Menduduki kedudukan No. 1 tahun lalu, Osteria Francescana di Modena, Itali, berada di kedudukan No.2 dan mengekalkan gelaran sebagai Restoran Terbaik di Eropah.

Perancis mempunyai enam restoran yang berada dalam senarai, tiga daripadanya tersenarai dalam kedudukan 20 terbaik. Alleno Paris Pavillon Ledoyen, restoran yang dipimpin oleh Yannick Alleno, julung kali menduduki kedudukan No. 31, meraih Anugerah Kemasukan Baharu Tertinggi, tajaan Aspire Lifestyles. Sebuah lagi restoran yang berpangkalan di Paris, Septime (No.35), merangkul Anugerah Restoran Mampan, tajaan Silestone.

Sepanyol turut membawakan enam restoran, tiga daripadanya berada dalam senarai 10 terbaik. Pernah menduduki No. 1, El Celler de Can Roca, berada pada No.3 dan juga merupakan penerima Anugerah Seni Hospitaliti The Ferrari Trento. 

Restoran progresif Dan Barber, Blue Hill di Stone Barns, mendaki 37 anak tangga ke No. 11 bagi meraih Anugerah Pendaki Tertinggi, tajaan Lavazza.

Usahawan pastri yang berpangkalan di New York, Dominique Ansel mengungguli gelaran bagi tahun 2017 sebagai Chef Pastri Terbaik Dunia.

Negara tuan rumah Australia diwakili oleh Attica di Melbourne (No.32), mengekalkan jolokan sebagai Restoran Terbaik di Australasia, dan Brae (No.44) pula, pertama kali disenaraikan.

Chef Virgilio Martinez berbangga dengan dua anugerah kemenangan. Restoran beliau, Central (No.5), di Peru, dipilih sebagai Restoran Terbaik di Amerika Selatan dan beliau merupakan penerima tahun ini bagi Anugerah Pilihan Chef, tajaan Estrella Damm.

Chef Heston Blumenthal yang disegani ialah penerima tahun 2017 bagi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Diners Club® yang berprestij, manakala restoran London beliau, Dinner by Heston Blumenthal, mendaki sembilan anak tangga kepada kedudukan No. 36.

Ana Ros dari Hisa Franko, Slovenia dipilih sebagai Chef Wanita Terbaik Dunia 2017.

William Drew, Penyunting Kumpulan untuk The World's 50 Best Restaurants berkata: "Semua 50 restoran menonjolkan pengalaman dan bakat kulinari terbaik. Kami mengucapkan tahniah kepada setiap pemenang, serta semua pemenang anugerah individu, hasil pencapaian luar biasa, inovasi dan semangat kreatif mereka."

Nota untuk editor

William Reed Business Media

Dianjurkan oleh William Reed Business Media, senarai 50 Restoran terbaik Di Dunia telah diperkenalkan sejak tahun 2002. William Reed Business Media bertanggungjawab sepenuhnya dalam menganjurkan anugerah, mengumpul undi dan mengeluarkan senarai ini.

Kesemua pengumuman dan keputusan disiarkan secara dalam talian di www.theworlds50best.com           

Pertanyaan Media

CatchOn Communications
+852-2807-0220
Worlds50Best@catchonco.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170405/8521702048
Logo -
 http://photos.prnasia.com/prnh/20170328/8521702048LOGO

Source: The World’s 50 Best Restaurants
Keywords: Food/Beverages Restaurants Awards