omniture

Koleksi Jam Philippe Stern Menang Anugerah Europa Nostra 2017

Europa Nostra
2017-04-06 01:28 739

THE HAGUE, Belanda, 6 April 2017 / PRNewswire / --

Koleksi Jam Philippe Stern, Geneva, telah menerima Anugerah Europa Nostra 2017 dalam kategori Penyelidikan. Pengumuman awam telah dibuat hari ini oleh Europa Nostra, organisasi warisan terkemuka di Eropah. Anugerah Nostra Europa adalah untuk pencapaian cemerlang dari negara-negara Eropah  yang tidak turut serta dalam program Creative Europe EU. Pencapaian terbaik dari Switzerland akan diraikan - bersama-sama dengan pemenang Hadiah Kesatuan Eropah untuk Warisan Budaya/ Anugerah Europa Nostra tahun ini - pada satu majlis yang akan berlangsung pada 15 Mei di bandar bersejarah Turku, Finland.  Presiden Europa Nostra Plácido Domingo akan menjadi tuan rumah kepada Majlis Anugerah Warisan Eropah bersama-sama dengan Pesuruhjaya Eropah Pendidikan, Kebudayaan, Belia dan Sukan Tibor Navracsics.

Selama lebih 40 tahun, Philippe Stern telah mengumpul pelbagai jam Eropah yang kini terdiri daripada salah satu koleksi terbesar dan paling penting seumpamanya di dunia. Pada tahun 2001, satu impian yang lama tersimpan untuk  membuka sebuah muzium menempatkan koleksi itu dapat direalisasikan dengan penubuhan Muzium Philippe Patek di Geneva. Muzium milik peribadi keluarga ini dibuka kepada orang ramai dan bertujuan untuk menjelaskan tradisi horologikal Eropah kepada pengunjung. "Dengan pembukaan muzium ini, Philippe Stern telah berkongsi koleksi peribadinya dengan orang ramai dan dapat menyebar pengetahuan itu kepada audiens yang lebih luas. Dalam era digital ini, koleksi, muzium dan penerbitan berkualiti tinggi adalah rekod berharga untuk evolusi teknologi ini," kata juri Anugerah.

Koleksi Philippe Stern terdiri daripada kira-kira 1,200 jam dari seluruh Eropah. Sebahagian besar daripada koleksi dari Switzerland tetapi banyak juga berasal dari Perancis, England, Austria dan Belanda antara lainnya. Dengan cara ini, seni pertukangan dari seluruh Eropah diwakili dan disanjungi di muzium itu. Juri menghargai aspek ini dan menyatakan bahawa "koleksi ini menghayati jam yang paling berharga, berwibawa dan cemerlang dari pusat-pusat horologikal Eropah."

Pemerolehan setiap jan disusuli oleh penyelidikan terperinci. Tujuan penyelidikan adalah untuk menerokai kemajuan inovasi dalam pembuatan jam dan bagaimana inovasi ini mencerminkan kemajuan sains dan sosial pada ketika itu. Tujuan utama usaha ini adalah untuk menerbit katalog yang menjelaskan tentang koleksi ini dalam konteks sejarah dan untuk mempamerkan koleksi ini kepada audiens pakar dan peminat yang lebih luas.

Katalog ini adalah hasil daripada satu pencapaian yang besar dalam penyelidikan khusus lagi teliti, yang diusahakan oleh Philippe Stern, presiden Patek Philippe, dan kemudian disusun oleh Dr. Peter Friess, Pengarah dan Kurator Muzium Patek Philippe dan pengarang penerbitan tersebut. Katalog ini menceritakan secara terperinci dan teliti tentang pelbagai aspek setiap jam.  Sebahagian daripada jam kurang penting kerana mekanisme yang agak mudah, tetapi perincian lain seperti seni pertukangan enamel, lukisan mahupun  seni pertukangan logam mempamerkan kecemerlangan buatan. Pemerolehan setiap jam dalam koleksi Philippe Stern disusuli oleh penyelidikan ke dalam setiap perincian ini. Semua jam telah dirakam gambarnya dengan menggunakan teknik yang dibangunkan khas untuk memperlihatkan semua bahagian dalam dan luar dan perkara ini sangat memperkayakan kajian dalam bidang horologi.

Pemenang Hadiah EU untuk Warisan Budaya/ Anugerah Europa Nostra 2017- yang diperuntukkan  kepada projek-projek dari negara-negara Eropah yang menyertai program  Creative Europe Kesatuan Eropah - juga diumumkan hari ini.

Majlis Anugerah Warisan Eropah akan berlangsung lewat petang pada 15 Mei di Gereja St. Michael di Turku. Kira-kira 1,200 orang, termasuk golongan profesional warisan, sukarelawan dan penyokong dari seluruh Eropah, akan turut serta dalam acara ini. Pemenang akan mempamerkan pencapaian warisan yang cemerlang semasa Pameran Kecemerlangan pada 14 Mei di Dewan Sigyn Konservatori Muzik Turku, dan menyertai dalam pelbagai acara di Kongres Warisan Eropah Turku (11-15 Mei). Anjuran Europa Nostra, Kongres ini akan menyediakan platform yang hebat untuk mereka membina jaringan dan membahaskan perkembangan warisan terkini di Eropah dengan tumpuan khusus  kepada Tahun Warisan Budaya Eropah 2018.

Latar Belakang

Europa Nostra ialah NGO persekutuan warisan negara-negara Eropah  yang juga disokong oleh rangkaian luas badan-badan awam, syarikat swasta dan individu. Merangkumi lebih daripada 40 buah negara di Eropah, organisasi ini merupakan suara masyarakat sivil yang komited untuk menjaga dan mempromosikan budaya dan warisan asli di Eropah. Ditubuhkan pada tahun 1963, hari ini ia diiktiraf sebagai rangkaian warisan yang paling mewakili warisan di Eropah. Plácido Domingo, penyanyi opera dan konduktor yang terkenal di dunia, ialah Presiden organisasi ini.

Kempen Europa Nostra adalah untuk menyelamatkan monumen, tapak warisan dan landskap Eropah yang terancam, khususnya melalui program 'The 7 Most Endangered' (7 Yang Paling Terancam). Ia meraikan kecemerlangan menerusi Hadiah EU untuk Warisan Budaya / Anugerah Europa Nostra. Ia juga menyumbang kepada pembentukan dan perlaksanaan strategi Eropah dan dasar-dasar berkaitan dengan warisan, melalui dialog berstruktur dengan Institusi Eropah dan penyelarasan European Heritage Alliance 3.3.

UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT 

Maklumat tentang setiap projek yang berjaya:

maklumat dan komen juri,

foto resolusi tinggi dan video

Twitter: @europanostra    

http://www.patekmuseum.com
 

Source: Europa Nostra
Keywords: Fashion Jewelry Precious Metals Retail Awards