omniture

Majlis Tenaga Dunia: Trend dan Teknologi Disruptif Baru Muncul Keutamaan Agenda Tenaga Global

World Energy Council
2017-04-06 16:00 896

LONDON, 6 April 2017 /PRNewswire/ --

Satu tinjauan baharu memperlihatkan perubahan keutamaan dalam sektor tenaga menerusi dorongan yang semakin meningkat terhadap karbon lebih rendah pada masa depan. Teknologi disruptif termasuk tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga memberi kesan terhadap keutamaan tindakan penting dalam kalangan pemimpin tenaga seluruh dunia pada tahun 2017.

Tenaga boleh diperbaharui berada dalam kedudukan tinggi dari segi impak di setiap rantau yang dikenal pasti dalam tinjauan yang dilaksanakan ke atas lebih 1,200 pemimpin tenaga di 95 negara. Tenaga solar menyaksikan pertumbuhan yang tinggi dalam kapasiti terpasang yang mencecah 227GW pada akhir tahun 2015, manakala kapasiti penjanaan kuasa angin global meningkat pada kadar 17.2% pada tahun 2015.

Dalam tahun kelapannya, The World Energy Issues Monitor 2017: 'Exposing the new energy realities' (Pendedahan realiti tenaga baharu) diterbitkan oleh Majlis Tenaga Dunia, memberikan gambaran mengenai keutamaan semasa, yang dihadapi oleh pemimpin tenaga dunia.

Dr Christoph Frei, Setiausaha Agung Majlis berkata: "Tinjauan kami menunjukkan para pemimpin tenaga menghadapi dan mengakui adanya perubahan disruptif. Issues Monitor memperlihatkan bahawa isu-isu inovasi seperti pendigitan, penyahpusatan, reka bentuk pasaran inovatif atau simpanan kuasa elektrik mendapat tarikan yang pantas, manakala konteks pertumbuhan yang lebih sukar serta risiko fizikal dan digital baharu menimbulkan ancaman yang lebih besar terhadap sektor tenaga. Hari ini, agenda tenaga ditentukan di seluruh dunia, walhal lima tahun lalu isu-isu ini tidak pernah menjadi satu keutamaan."

Dapatan lain termasuk:

  • Ketaktentuan harga komoditi kekal menjadi nombor satu dari segi ketidakpastian kritikal
  • Peralihan kuasa geopolitik disebabkan pembaharuan fokus terhadap polisi AS, Brexit dan ketidakpastian berhubung perpaduan EU
  • Risiko fizikal dan maya baharu – Serangan siber menimbulkan ancaman lebih besar terhadap sektor tenaga
  • Perolehan dan pengekalan bakat akan menjadi fokus utama memandangkan teknologi baharu terus membentuk semula industri tenaga  

Laporan ini akan dilancarkan di Washington dan Jepun pada 6 April, diikuti oleh pembentangan lanjut dalam acara-acara serantau. Ia juga akan dihantar kepada kementerian-kementerian kerajaan di lebih 90 negara dan akan dipreviu dalam Forum Tenaga Mampan untuk Semua, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, di New York pada 4 April ini.

Dr Frei mengulas: 'Tinjauan ini sememangnya memperlihatkan ketegangan yang timbul disebabkan oleh konteks peralihan tenaga utama. Laporan ini tidak menemui alasan yang menyebabkan dinamik tinggi semasa dalam sektor tenaga bergerak perlahan. Sejauh mana rantau-rantau berbeza memutuskan untuk menangani cabaran dan ketegangan yang dikenal pasti dalam laporan kami akan menentukan agenda-agenda masa depan."

Untuk maklumat lanjut:

Muat turun laporan: https://www.worldenergy.org/publications/2017/2017-world-energy-issues-monitor/

Sumber: World Energy Council

Source: World Energy Council
Keywords: Green Technology Oil/Energy Utilities Environmental Issues Survey, Polls & Research