omniture

Siri Kapsul Johnnie Walker Blue Label oleh Tom Dixon Diperkenal Sempena Minggu Reka Bentuk Milan 2017

Johnnie Walker
2017-04-07 01:15 786

MILAN, 7 April 2017 /PRNewswire/ --

Pereka terkenal British Tom Dixon OBE telah mencipta Rekaan Edisi Terhad Siri Kapsul Johnnie Walker Blue Label, yang akan dipreviu di teater Teatro Manzoni yang elegan sebagai sebahagian daripada pameran Dixon sempena Minggu Reka Bentuk Milan minggu ini.

generated by system

generated by system

generated by system

Diinspirasikan oleh keunikan, kraf dan warisan mewah Wiski Scotch, Siri Kapsul Johnnie Walker Blue Label eksklusif ini merangkumi reka bentuk botol, bekas air, alas gelas dan tudung botol yang ditempah khas. Serlahan tembaga pada Rekaan Edisi Terhad ini adalah ciri-ciri reka bentuk kontemporari Dixon dan juga merupakan penghormatan yang sengaja diberikan kepada seni pembuatan wiski, tema tembaga yang mencetuskan imej pegun periuk yang digunakan dalam proses penyulingan wiski.

Mengulas tentang kolaborasi beliau dengan Johnnie Walker di Minggu Reka Bentuk Milan, Tom Dixon berkata: "Persamaan antara Pakar Pengadun Jim Beveridge Johnnie Walker dan pereka kelihatan rapuh namun sekiranya anda memikirkannya dari segi penggunaan bahan-bahan mentah yang sangat baik dan memanfaatkan kesabaran dan percubaan untuk mengekstrak produk dengan resonans sebenar, anda akan mula melihat persamaannya.

"Saya juga percaya bahawa penting untuk tidak kekal statik – seperti logo Striding Man – dengan semua rujukan sejarahnya, ia masih kelihatan kontemporari dan memperlihatkan kemajuan ke hadapan serta mendepani masa depan. Imej pegun tembaga, tong oak, kepakaran tertinggi diperlukan untuk menghasilkan produk klasik – semua ini adalah penting menurut pandangan saya."

Ini merupakan tahun kedua dua pelopor kraf dan kemewahan berganding bahu sempena Minggu Reka Bentuk Milan, ekoran satu kolaborasi pada tahun 2016 yang menyaksikan Dixon menghasilkan pemasangan seni botol Johnnie Walker Blue Label lain daripada yang lain.

Pakar Pengadun Johnnie Walker Jim Beveridge berkata: "Apa yang saya dan Tom lakukan dalam tugasan kami bermula dengan cetusan idea dan keinginan untuk mencipta suatu yang bermakna. Bahagian 'idea' adalah mudah, cabaran sebenar terletak pada percubaan dan ujikaji tidak henti-henti sebelum ia membuahkan hasil di akhirnya.

"Bagi saya, pengalaman dan dedikasi kami terhadap kraf kami yang menjadikan Johnnie Walker Blue Label dan Tom Dixon merasakan satu keserasian yang benar-benar semula jadi, dan Minggu Reka Bentuk Milan ialah saat hebat untuk mengumumkan kolaborasi terkini ini."

Hampir separuh juta orang mengunjungi Milan setiap tahun bagi mengalami hiasan dalaman terkini di pameran terbesar seumpamanya ini. Pameran muncul di seluruh bandar dan pengunjung boleh memperuntukkan selama lima hari untuk menghayati hasil kerja para pereka kontemporari paling penting di dunia ini.

Sebagai sebahagian daripada kolaborasi tahun ini, Johnnie Walker turut menganjurkan sesi bimbingan di Teatro Manzoni. Duta Jenama Global Tom Jones akan mengiringi VIP menikmati pelbagai rasa yang menakrifkan wiski Scotch dan para tetamu pula akan dijemput menikmati koktel Johnnie Walker yang dihidangkan di bar.

Pengarah Jenama Global Johnnie Walker Guy Escolme berkata: "Kepakaran dan visi artistik Tom menjadikan beliau orang paling sesuai untuk meletakkan simbol beliau pada reka bentuk baharu ini untuk adunan terhebat kami. Kolaborasi ini mengekspresikan daya kreativiti dan semangat di sebalik dua jenama mewah yang terkenal di dunia. Ia bakal menemui pencinta wiski pada penghujung tahun ini."

Siri Kapsul Johnnie Walker Blue Label Edisi Terhad oleh Tom Dixon boleh mula dibeli mulai Oktober 2017 daripada pasaran-pasaran terpilih di Eropah, Amerika Latin, Asia dan Afrika, menjadikannya hadiah paling sesuai, unik dan mewah untuk diberikan kepada pencinta wiski yang arif semasa musim perayaan dengan Harga Jualan Disyorkan (RRP) bermula dengan GBP £180.

Ikuti kisah Instagram baharu mengenai Siri Kapsul Johnnie Walker Blue Label oleh Tom Dixon di: http://www.instagram.com/johnniewalker

https://secure.johnniewalker.com/en/our-whisky/limited-edition-whiskies/blue-label-limited-edition/

Source: Johnnie Walker
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages New products/services Trade show news