AMSTERDAM, 7 April 2017 /PRNewswire / --
Hidup Seperti Raja (Atau Permaisuri) Untuk Sehari: Menangi Percutian Sekali Seumur Hidup Ke Rumah Di Luar Pesisir Pertama Di Dunia Ketel One Vodka House, Dengan Pemandangan Terbaik Amsterdam Dan Pelayan Minuman Peribadi
Di Ketel One Vodka, kami bangga untuk melakukan sesuatu dengan cara tersendiri. Maka, kami akan meraikan King's Day - parti terbesar dalam kalendar Belanda dan salah satu daripada perayaan terbesar di Eropah - dengan mengambil alih platform luar pesisir yang ikonik dengan pemandangan yang sungguh memukau dan menjadikan ia satu tempat penginapan yang menakjubkan dan di luar jangkaan semasa musim perayaan.
April ini, hanya untuk dua malam, empat pemenang bertuah pertandingan akan menikmati kemuncak hari Belanda gaya Ketel One. Diterbangkan ke Amsterdam untuk pengalaman unik ini, mereka akan disambut secara peribadi di Kilang Penyulingan Ketel One yang ikonik itu oleh ahli keluarga yang menjadi tulang belakang di sebalik dedikasi kami terhadap kesempurnaan. Di sini pengunjung akan dibawa melawat kerja-kerja di belakang tabir kilang penyulingan, mempelajari semua perkara yang membuatkan Ketel One Vodka sebegitu istimewa, dan cuba membuat koktel di dalam kincir angin kepunyaan kami.
Seterusnya mereka akan dibawa ke rumah penginapan Ketel One House - dikenali sebagai 'Huis' di kalangan orang Belanda - satu platform luar pesisir (kini Restoran REM Eiland) yang telah sepenuhnya dilengkapi dengan ciri-ciri yang unik dan mempesonakan. Tidak terdapat bilik-bilik standard di sini - pengunjung akan menginap di paras setinggi 22 meter, dengan tingkap-tingkap dari lantai hingga ke siling yang memberi pemandangan 360° seluruh Amsterdam yang sungguh menakjubkan. Dari coklat bantal serenjang yang sempurna, kepada kiub ais segi empat sempurna yang dipilih untuk minuman istimewa kami Dutch Mules, tiada perincian yang diabaikan dalam pengalaman unik ini.
Dengan pelayan peribadi melayani setiap selera, para tetamu akan dapat menikmati jamuan Belanda yang hebat dan koktel Ketel One yang enak di samping pemandangan terbaik di bandar - semuanya diakhiri dengan meraikan King's Day bagaikan kerabat diraja di atas bot istimewa sedang melayari terusan - tidakkah ia merupakan percutian yang terhebat setakat ini?
Bob Nolet, penyuling generasi ke-11 di Kilang Penyulingan Nolet, anak kepada Carolus Nolet Sr., pencipta Ketel One Vodka, berkata: "Kami sangat teruja untuk berkongsi pengalaman King's Day Ketel One dengan para pemenang, mengalu-alukan mereka ke dalam keluarga kami dan bukan hanya setakat di penginapan sementara Huis dan kilang penyulingan kami. Kami mahukan pemenang berasa santai dan seolah-olah 'di rumah sendiri', bersama kami meraikan kemeriahan dan keseronokan King's Day – sambil mendapat kejutan, sedikit kesempurnaan yang tidak dijangka. "
"Kita mempunyai cara unik untuk melaksanakan sesuatu - adalah penting untuk kami melakukan sesuatu dengan betul dan mengikut cara-cara kami yang khusus: mengatakan kami melakukan sesuatu 'yang lebih' merupakan satu kenyataan yang kurang benar, maka kami menamakannya ' Cara Ketel One'. Kami terlalu mementingkan kesempurnaan dan kami berbangga dengannya."
"Semangat dan dedikasi ini telah mendorong kami selama 325 tahun. Hari ini, ia memastikan kami menghasilkan vodka yang dipercayai berkualiti terbaik di dunia (pilihan nombor 1 pelayan bar) dan seterusnya dengan coklat Ketel One yang boleh anda temui di atas bantal anda dan buah tomato yang dipilih dengan teliti bagi Bloody Mary."
Untuk menyertai pertandingan ini sangat mudah, hanya ikuti @KetelOne di Instagram dan ceritakan kepada kami mengapa anda bersama tiga rakan anda layak untuk menginap di Huis Ketel One. Pertandingan kini dibuka dan akan ditutup 16 April 2017, dan pemenang akan diumumkan dua hari kemudian.
Dengan Ketel One merancang perjalanan seumur hidup seperti ini (dari 26-28 April), pemenang dijanjikan pengalaman yang tidak pernah dialami selama ini. Segala-galanya akan dilaksanakan Gaya Ketel One - sememangnya Belanda, mempesonakan dan segalanya dibina dengan kualiti dan warisan. Jumpa anda di sana!
[1] Drinks International Bars Report 2017
Untuk maklumat lanjut:
Sila Minum dengan Berhemah, kunjungi DRINKiQ.com