omniture

Tontoni Liga Perdana India/IPL VIVO 2017 SECARA LANGSUNG di CricketGateway.com

Global Sports Commerce (GSC)
2017-04-07 11:37 715

CHENNAI, 7 April 2017 /PRNewswire/ --

-Akses Strim Siaran Langsung IPL di Australia, New Zealand, Kanada, Rusia, Jepun, China, Hong Kong, Singapura, Seluruh ASEAN, Amerika Selatan dan Negara-negara Lain

-Langganan Bermula daripada US$29.99 (atau Setara) – Tontoni IPL 2017 T20 Kriket SECARA LANGSUNG dalam HD penuh tanpa iklan di CricketGateway.com atau di Aplikasi Cricket Gateway untuk Android atau iOS.

-CricketGateway.com ialah Rakan Rasmi Strim Siaran Langsung IPL Liga Perdana India VIVO 2017

FollowOn Interactive, anak syarikat milik penuh Global Sports Commerce, perintis dalam pendigitalan bahan sukan global termasuklah skor secara langsung, ulasan, strim video secara langsung, video atas permintaan dan banyak lagi – bangga menjadi Rakan Rasmi Strim Siaran Langsung Digital* untuk Liga Perdana India VIVO 2017.

Peminat Kriket IPL T20 di 133 Negara, termasuklah Australia, New Zealand, Kanada, Malaysia, Hong Kong, Thailand, Indonesia, Jepun, China, Korea, Vietnam, Filipina, Fiji, New Papua Guinea, Rusia, Amerika Selatan, Nepal, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka dan Afghanistan, yang mempunyai pilihan yang terhad untuk menonton VIVO IPL 2017, dijemput untuk melayari CricketGateway.com atau memuat turun aplikasi tersebut dan menonton kesemua perlawanan secara langsung dalam HD penuh.

 "Kriket merupakan sukan global, dan setiap peminat ingin menonton perlawanan dengan sedikit atau tanpa sebarang gangguan. Dalam era pendigitalan kini, kami berhasrat untuk terus memberikan kegembiraan kepada peminat setia dengan akses terhad kepada perlawanan untuk menonton secara langsung di CricketGateway.com!" kata En. M S Muralidharan, Pegarah Urusan, FollowOn Interactive.

*CricketGateway.com memegang hak digital/mudah alih/video untuk VIVO IPL 2017 di 155 negara, di luar India, UK, AS, MENA dan EU.

About FollowOn Interactive 

FollowOn is a Sports Fan Empowerment and Engagement Solution, integrating multiple interactive consumer touch points such as Smartphones, Video Screens, Electronic Scoreboards, In-stadia Sponsorship Signage, Ticketing and more, into one seamless technology.

FollowOn provides an enriching match day experience and more for spectators, increases brand engagement for sponsors, and creates incremental value for sports bodies.

Latar Belakang FollowOn Interactive

FollowOn ialah Penyelesaian Pemerkasaan dan Penglibatan Peminat Sukan yang mengintegrasikan pelbagai titik sentuh pengguna yang interaktif seperti Telefon Pintar, Skrin Video, Papan Markah Elektronik, Papan Tanda Penaja dalam Stadium, Tiket dan banyak lagi, ke dalam satu teknologi yang lancar.

FollowOn memberikan pengalaman hari perlawanan yang menarik dan banyak lagi untuk penonton, meningkatkan penglibatan jenama untuk penajaan dan menghasilkan nilai tambahan untuk badan sukan.

Latar Belakang Sports Commerce

Global Sports Commerce Ptd Ltd merupakan syarikat pakaian yang meliputi Auckland, Sydney, Singapura, Chennai, Dubai, Budapest, London, Baar/Zurich, Johannesburg menyediakan Penyelesaian 360 darjah, Penajaan dan Perkhidmatan, selain bekerjasama dengan Liga Sukan Ikonik seperti ICC, IPL, AFL, CA, BBL, NZC, Liga Perdana Inggeris, Kelab Bola Sepak Bundesliga, RFU, WRU, SRU, IAAF, FINA, FIFA untuk memberikan teknologi generasi seterusnya, membawa masuk perdagangan yang belum diterokai untuk ekosistem sukan.

Maklumat Hubungan:
Deepak Satyamurthy
support@cricketgateway.com

Sumber: Global Sports Commerce (GSC)

Source: Global Sports Commerce (GSC)
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Sporting Events Sports Web Site Licensing/marketing agreements New products/services