omniture

Hortiflorexpo IPM Shanghai 2017 - Pameran Bunga Besar-besaran di China

Shanghai Intex Exhibition Co Ltd.
2017-04-11 10:00 683

SHANGHAI, 11 April 2017 /PRNewswire/ -- Tahun ini pada bulan Mei, Hortiflorexpo IPM Shanghai kembali sekali lagi, membawakan bunga-bunga segar paling menakjubkan, peralatan/teknologi berkebun, anak benih, bahan-bahan berbunga-bunga dan produk-produk hortikultur lain dari serata dunia. Pameran ini, dilancarkan oleh Persatuan Bunga China, bakal menawarkan bukan sekadar peluang-peluang perdagangan perindustrian, tetapi juga trend terkini berhubung gaya hidup mesra alam.

Hortiflorexpo IPM dianjurkan oleh Persatuan Bunga China (CFA), satu-satunya persatuan bunga kebangsaan di China, dan Shanghai IntexExhibition Co Ltd, berlangsung secara bergilir-gilir antara Shanghai dan Beijing pada musim bunga setiap tahun. Ia telah berkembang menjadi pameran perdagangan terbesar dalam industri florikultur, hortikultur dan perkebunan di Asia. Pada musim bunga kali ini, pameran kali ke-19 ini bakal diadakan mulai 10 hingga 12 Mei di Pusat Pameran Antarabangsa Baharu Shanghai, yang melibatkan hampir 800 pempamer dari lebih 30 negara, selain sembilan astaka antarabangsa dari Jerman, Belanda, Ecuador, Colombia, Korea, Perancis, Thailand, Jepun dan Taiwan. Para pempamer terdiri daripada Kementerian Persekutuan Makanan, Pertanian dan Perlindungan Pengguna Jerman, KAMICO, Andreas Stihl Power Tools, Royal Flower Ecuador, Expoflores, Floragreen, Ludvig Svensson, Pro Ecuador, Klasmann, Kingenta, Persatuan Eksport Bunga dan Tumbuhan Jepun, Delifor Beekenkamp, Exotic Plant, Sakata Japan, Chrysal, Anthura, Deroose, Greenman, Shanghai Seed Industry, MTD USA, EMAK, Zimex, Ginegar Plastics, Husqvarna Deutschland GmbH, Ball Century Horticultural, Snap-on dll.

Acara ini bukan sekadar sebuah pameran, tetapi juga sebagai pentas persembahan hasil gubahan bunga yang sangat baik. Ia menawarkan peluang yang sukar didapati untuk semua yang gemarkan bunga atau menumpu minatnya terhadap gubahan bunga bagi menikmati pameran secara dekat. Pameran gubahan bunga ini berlangsung selama tiga hari, bersama hampir dua puluh daripada penjual bunga utama dunia untuk berkongsi gubahan bunga gaya unik dan pelbagai, seperti John Emanuel Grima (Australia), Natalia (Rusia), Asayama Kazuyo (Jepun), Wan Hong (China), Zheng Huashun (Korea). Sementara itu, terdapat sembilan program sampingan berkaitan bidang-bidang profesional.

Maklumat lanjut disediakan melalui laman sesawang (www.hfexpo.org) dan Wechat (hfexpo). Lengkapkan prapendaftaran pengunjung dan dapatkan kod kemasukan anda!

Hubungi: 
Cik Xinyi Dong
+86-21-62957551
dongxinyi@shanghai-intex.com

Source: Shanghai Intex Exhibition Co Ltd.
Keywords: Agriculture Home Improvement Household Products Trade show news