omniture

Kejayaan Tahun Kewangan 2016 untuk Boehringer Ingelheim

Boehringer Ingelheim
2017-04-11 11:08 648

INGELHEIM, Jerman, 11 April 2017 /PRNewswire/ --

  • Jualan bersih meningkat kepada kira-kira 15.9 bilion euro (mata wang-terlaras: lebih 7.3 peratus; dalam terma euro: lebih 7.1 peratus)
  • Pendapatan operasi meningkat kira-kira 2.9 bilion euro
  • Strategi korporat berjaya dilaksana

Syarikat farmaseutikal dipacu penyelidikan, Boehringer Ingelheim melihat tahun kewangannya yang berjaya. Jualan bersih meningkat dalam semua perniagaan. Dalam masa yang sama, Boehringer Ingelheim menyempurnakan transformasi syarikat seperti yang dirancang pada tahun 2016, dan pada masa depan akan memberi tumpuan terhadap farmaseutikal manusia, kesihatan haiwan dan pengilangan kontrak biofarmaseutikal. "Kedua-dua farmaseutikal manusia dan ubat-ubatan kesihatan haiwan kami menyumbang terhadap prestasi perniagaan yang positif dengan kadar pertumbuhan yang baik," jelas Hubertus von Baumbach, Pengerusi Lembaga Pengarah Urusan, dalam satu sidang akhbar tahunan hari ini. "Kami memandang masa depan dengan keyakinan – khususnya setelah berjaya menyempurnakan transformasi perniagaan kami."

Pada tahun 2016, Boehringer Ingelheim menjana jualan bersih kira-kira 15.9 bilion euro, memperlihatkan peningkatan sebanyak 7.3 peratus dari segi mata wang-terlaras (lebih 7.1 peratus dalam terma euro). Memandangkan pendapatan operasi meningkat sebanyak 27 peratus kepada kira-kira 2.9 bilion euro, pulangan jualan bersih mencecah 18.1 peratus. Pada tahun 2016, Boehringer Ingelheim menggaji hampir 45,700 kakitangan secara purata dari seluruh dunia. Pemerolehan perniagaan kesihatan haiwan Sanofi, Merial pada 1 Januari 2017 sebagai sebahagian daripada pertukaran perniagaan menambah jumlah tenaga kerja kepada kira-kira 50,000 kakitangan.

Transformasi menyeluruh disempurnakan

Boehringer Ingelheim berusaha bersungguh-sungguh terhadap transformasi menyeluruh syarikat selama lebih dua tahun. Penyepaduan Merial adalah satu pencapaian penting. Gabungan perniagaan kesihatan haiwan ini adalah satu-satunya syarikat Eropah bagi saiz ini dalam persekitaran kompetitif peringkat antarabangsa. "Matlamat kami adalah untuk mengekalkan segala yang terbaik daripada kedua-dua organisasi ini, di samping turut memanfaatkan kekuatan, pengalaman dan keupayaan kami secara bersama," kata von Baumbach. Perniagaan kesihatan haiwan baharu Boehringer Ingelheim ialah peneraju pasaran bagi ubat-ubatan antiparasit dan vaksin untuk haiwan ternakan serta binatang peliharaan.

Farmaseutikal manusia: pelancaran pasaran dan pelaburan tinggi dalam R&D

Bagi segmen farmaseutikal manusia, syarikat akan berusaha membangunkan inovasi penting selanjutnya dalam bidang-bidang terapeutik penyakit respiratori, penyakit kardiometabolik, onkologi dan penyakit-penyakit berhubung sistem saraf pusat serta imunologi. Dalam jangka masa sederhana, sebagai contoh, Boehringer Ingelheim sedang mempertimbangkan sama ada ubat diabetes JARDIANCE®, yang dipasarkan bersama Eli Lilly and Company, boleh juga digunakan untuk merawat masalah kegagalan jantung kronik dengan dan tanpa diabetes. Kajian-kajian baharu bermula tahun ini. Bagi onkologi bidang terapeutik, syarikat sedang menilai keberkesanan nintedanib bagi merawat mesotelioma, sejenis kanser pleura agresif yang berpunca daripada asbestos.

Dalam tempoh jangka panjang, Boehringer Ingelheim semakin beralih kepada jalinan kerjasama dengan universiti, institusi saintifik dan syarikat bioteknologi. "Komitmen kami terhadap penyelidikan dan pembangunan merupakan tonggak penting dalam strategi kami," jelas von Baumbach. Pada tahun 2016, syarikat sekali lagi meningkatkan perbelanjaan untuk penyelidikan dan pembangunannya sebanyak 4 peratus kepada kira-kira 3.1 bilion euro.

Peningkatan jualan bersih dalam semua perniagaan

Boehringer Ingelheim mengalami pertumbuhan dalam seluruh segmen perniagaannya tahun lalu. "Peningkatan jualan bersih tahun 2016 melangkaui jangkaan kami," jelas Simone Menne, Ahli Lembaga Pengarah Urusan yang bertanggungjawab untuk Perancis. "Ini adalah hasil kejayaan penempatan produk inovatif kami dan kedudukan pasaran yang baik untuk ubat-ubatan kami yang mantap." Selain itu, penerimaan bayaran yang dipersetujui dalam skop kerjasama dengan AbbVie dalam bidang penyakit imun menyumbang kepada prestasi yang baik ini.

Secara keseluruhan, jualan bersih ubat-ubatan preskripsi – perniagaan terbesar Boehringer Ingelheim – meningkat sebanyak 7.4 peratus dari segi mata wang-terlaras kepada kira-kira 12 bilion euro (lebih 7.5 peratus dalam terma euro). Dengan jualan bersih hampir 3 bilion euro, ubat-ubatan respiratori SPIRIVA® kekal sebagai ubat paling laris dijual.

Jualan bersih keseluruhan Boehringer Ingelheim bagi tahun 2016 tidak termasuk jualan bersih dalam segmen perniagaan kesihatan haiwan Sanofi, memandangkan ia baru disepadukan pada 1 Januari 2017. Boehringer Ingelheim menjana jualan bersih kira-kira 1.5 bilion euro daripada portfolio kesihatan haiwan tradisionalnya pada tahun 2016, menyumbang lebih 9 peratus daripada jualan bersih keseluruhannya. Sekali lagi jenama paling kukuh menjadi milik vaksin khinzir INGELVAC CIRCOFLEX®.

Bagi pengilangan kontrak biofarmaseutikal, tahun lalu Boehringer Ingelheim menjana jualan bersih sebanyak 613 juta euro. Pertumbuhan adalah sebanyak 6.4 peratus.

Segmen perniagaan penjagaan kesihatan pengguna menyumbang kepada jualan bersih syarikat buat pertama kalinya pada tahun 2016, sewaktu ia menjadi sebahagian daripada Sanofi pada 1 Januari 2017. Boehringer Ingelheim menjana jualan bersih kira-kira 1.6 bilion euro bagi segmen perniagaan ini tahun lalu, menyumbang kepada hampir sepuluh peratus daripada jualan bersih keseluruhannya.

Tinjauan untuk tahun 2017

Bagi tahun semasa, Boehringer Ingelheim menjangkakan peningkatan yang agak besar berbanding tahun sebelumnya dari segi jualan bersih mata wang-terlaras. Gabungan perniagaan kesihatan haiwan baharu akan memainkan peranan penting untuk jualan ini.

Maklumat lanjut tentang tahun kewangan 2016 sedia dimuat turun daripada laman sesawang Boehringer Ingelheim di https://www.boehringer-ingelheim.com/news/annual_press_conference.  

Laporan Tahunan juga disediakan dalam format pdf menerusi aplikasi syarikat kami (untuk iPad dan tablet Android) melalui App Store dan Google Play.

Boehringer Ingelheim

Ubat-ubatan inovatif untuk orang ramai dan haiwan menjadi keutamaan selama lebih 130 tahun oleh syarikat farmaseutikal yang didorong penyelidikan, Boehringer Ingelheim. Boehringer Ingelheim ialah salah satu daripada 20 syarikat terbaik dalam industri farmaseutikal dan hingga ke hari ini kekal sebagai syarikat milik keluarga. Hari demi hari, kira-kira 50,000 kakitangannya mencipta nilai melalui inovasi untuk tiga segmen perniagaan iaitu farmaseutikal manusia, kesihatan haiwan dan pengilangan kontrak biofarmaseutikal. Pada tahun 2016, Boehringer Ingelheim mencapai jualan bersih kira-kira 15.9 bilion euro. Dengan lebih tiga bilion euro, perbelanjaan untuk penyelidikan & pembangunan (R&D) menyumbang sebanyak 19.6 peratus daripada jualan bersih.

Tanggungjawab sosial adalah suatu yang lumrah untuk Boehringer Ingelheim. Atas sebab inilah syarikat terlibat dalam projek-projek sosial seperti inisiatif "Mencapai Kesihatan Lebih Baik" ("Making More Health"). Boehringer Ingelheim turut aktif menggalakkan kepelbagaian tenaga kerja dan manfaat daripada pengalaman serta kemahiran kakitangannya yang berbeza. Selain itu, fokusnya adalah terhadap perlindungan alam sekitar dan kemampanan dalam setiap yang dilakukan oleh syarikat.

Maklumat lanjut tentang Boehringer Ingelheim boleh didapati di www.boehringer-ingelheim.com atau melalui laporan tahunan kami: http://annualreport.boehringer-ingelheim.com.

Hubungi:

Boehringer Ingelheim
Komunikasi Korporat
Media + PR

Rachel Lee (Puah)
Ketua Bahagian Komunikasi
SEA & Korea Selatan
No. Telefon: +65-6419-8111
Emel: rachel.lee@boehringer-ingelheim.com

Julia Loffelsend 
55216 Ingelheim
No. Telefon: +49-6132-77-143548
Faks: +49-6132-77-6601
Emel: press@boehringer-ingelheim.com

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20170406/8521702320LOGO


Source: Boehringer Ingelheim
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Earnings