BUFFALO, New York dan LAUPHEIM, Jerman, 11 April 2017 /PRNewswire/ -- Multisorb Technologies, Inc. dari Buffalo, New York, AS, dan Uhlmann Pac-Systeme GmbH & Co. KG dari Laupheim, Jerman, mengumumkan Uhlmann akan mempamerkan rangkaian Botol IBC 150 mereka yang menampilkan pendispens sistem MultiPacket™ Multisorb bersepadu sepenuhnya sempena pameran interpack 2017 mulai 4-10 Mei di Düsseldorf Messe di Düsseldorf, Jerman.
Kecekapan Output Tiada Tandingan untuk Pendispensan Paket Pengerap
Bagi penyediaan pembungkusan botol yang memerlukan pemasukan automatik bahan kering StripPax® Multisorb, pengawalan kelembapan IntelliSorb® dan paket penyerapan oksigen StabilOx®, Multisorb menggandingkan paket pengerap ini dengan siri APA® pendispens sistem MultiPacket™ yang memberikan kecekapan tertinggi bagi sistem paket-pendispens pengerap yang sedia ada.
"Working closely with Multisorb, Uhlmann has fully integrated a deconstructed version of its model APA® 2000 dispenser into its Bottle line IBC 150," states Adrian Possumato, Vice President at Multisorb.
"Dengan bekerjasama secara erat dengan Multisorb, Uhlmann telah menyepadukan sepenuhnya versi dekonstruksi pendispen model APA® 2000 ke dalam rangkaian Botol IBC 150," kata Adrian Possumato, Naib Presiden di Multisorb.
"APA® 2000 dan IBC 150 yang bersepadu sepenuhnya menyediakan pelanggan paket pengerap Multisorb dengan pendekatan hujung-ke-hujung yang cekap terhadap operasi pembotolan produk ubatan yang ditawarkan oleh rangkaian botol Uhlmann. Selain menawarkan jumlah kos pemilikan serendah mungkin, ia turut memberikan pengalaman pengguna yang amat positif yang mencerminkan masa depan operasi pembotolan," tambah Possumato.
Sistem Bersepadu: Rangkaian Pembotolan Inovatif untuk Produk Ubatan Dos Pepejal Oral
IBC 150 dan IBC 240 daripada Uhlmann merupakan dua rangkaian bersepadu dan patuh piawaian farmaseutikal bagi pembungkusan pil dan kapsul dalam botol. Kedua-duanya merupakan mesin pembotolan generasi baharu untuk pembungkusan yang amat cekap, anjal dan mesra pengguna.
Berukuran hanya lima meter panjang dan mampu memberi kelajuan sehingga 150 botol setiap minit, IBC 150 menjamin kecekapan anjal bagi pembungkusan untuk produk ubatan dos pepejal oral yang berbeza dalam botol. Rangkaian monoblock yang bersepadu dan berautomasi secara meluas dikawal oleh skrin sentuh berpusat. Secara purata, ia adalah 20 peratus lebih cekap berbanding penyelesaian yang dibuat daripada komponen berasingan.
Ciri-ciri IBC 150 termasuk:
Uhlmann akan mendemonstrasikan pendispens paket APA® 2000 MultiSystem™ Multisorb bersepadu sepenuhnya dengan antara muka pembotolan IBC 150 serta kabinet stesen pencantuman. Kabinet stesen pencantuman pendispens APA® 2000, yang turut menyediakan udara kering atau pembersihan gas lengai, membolehkan pendispen beroperasi secara berterusan. Setelah satu gulungan paket siap, ia dicantumkan dengan gulungan berikutnya semasa pendispens beroperasi, dan mengelakkan masa henti yang tidak perlu.
interpack 2017 – D ü sseldorf, Jerman
interpack ialah pameran industri pembungkusan/proses terbesar dan paling komprehensif di dunia. Lebih 2,700 pempamer dari 60 negara terlibat dalam segmen peralatan pembungkusan dan pemprosesan, instrumen pengeluaran pembungkusan, bahan-bahan pembungkusan dan perkhidmatan pembungkusan dijangka menjadi tuan rumah kepada lebih 175,000 pengunjung dari lebih 90 negara sempena interpack 2017.
Kunjungi Uhlmann di Dewan 16, Gerai Pameran B23 untuk melihat IBC 150 mereka dan pendispens sistem APA® 2000 MultiPacket Multisorb bersepadu sepenuhnya beraksi.
Kunjungi Multisorb Technologies di Dewan 11, Gerai Pameran E55 untuk mengetahui tentang program Success through Efficiency℠ dan melihat versi-versi kendiri pendispens sistem APA® 2000 MultiPacket™ dan APA® 9000 MultiCanister™ beraksi.
Latar Belakang Multisorb Technologies
Multisorb Technologies telah menjadi penginovasi dalam teknologi pembungkusan aktif selama lebih 50 tahun. Diasaskan pada tahun 1961 oleh John S. Cullen untuk melindungi produk daripada kesan kerosakan akibat kelembapan, kini Multisorb merupakan peneraju dunia dalam pembangunan dan pengeluaran komponen pembungkusan aktif.
Pejabat-pejabat korporat Multisorb beralamat di 325 Harlem Road, Buffalo, New York 14224 AS. Untuk maklumat lanjut, hubungi: No. Telefon: +1 716-824-8900; Faks: +1 716-824-4128; E-mel: info@multisorb.com; Laman sesawang: www.multisorb.com.
Latar Belakang Uhlmann
Uhlmann Pac-Systeme GmbH & Co. KG ialah pembekal sistem yang terkemuka di dunia untuk pembungkusan produk farmaseutikal bagi lepuh, botol dan karton. Selain rangkaian pembungkusannya yang inovatif, Uhlmann menyediakan khidmat runding, pengurusan projek dan pelbagai perkhidmatan daripada satu sumber tunggal. Syarikat ini merupakan sebahagian daripada Uhlmann Group, yang menjana jualan mencecah EUR 292 juta bersama tenaga kerjanya yang terdiri daripada kira-kira 1,800 kakitangan pada tahun perniagaan 2015/2016.
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/488716/Multisorb_Technologies_Logo.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/488717/Uhlmann_Logo.jpg