omniture

Ulmart Teroka Teknologi Blockchain Bantu Banteras Pemalsuan

Ulmart
2017-04-13 08:19 709

ST PETERSBURG, Rusia, 13 April 2017 /PRNewswire/ --

Persidangan #Blockshow2017 melabuhkan tirainya di Munich pada 7 April dan kehadiran pengusaha e-dagang terkemuka Rusia, Ulmart, merupakan suatu kejutan buat kebanyakan peserta.

"Semuanya tentang blockchain. Kita masih terus berbicara tentang Revolusi Perindustrian ke-4 seolah-olah dengan hanya membincangkannya situasi akan berubah dan kita akan menjadi lebih celik teknologi. Namun begitu, elemen utama dalam revolusi ini ialah blockchain," kata Brian Kean, Ketua Pegawai Antarabangsa Ulmart.

Lebih 500 peserta dari seluruh dunia berhimpun dalam persidangan Munich ini. Suasana yang dirasai dalam kalangan peserta adalah seolah-olah mereka telah menemui satu rahsia dan memulakan perjalanan untuk meniti suatu laluan yang belum diterokai menuju masa depan.

Ramai peserta mewakili sektor teknologi kewangan, namun perbincangan tentang aspek perundangan Internet Komunikasi Benda (IoT) dan penggunaan blockchain untuk melindungi identiti maya mencetuskan satu perbincangan yang hangat.

Apabila ditanya oleh pihak penganjur tentang apa yang diharapkan oleh Ulmart daripada persidangan ini, En. Kean berkata matlamatnya adalah untuk meninjau sama ada teknologi blockchain dapat membantu membanteras lambakan produk palsu. "Para pengguna mengadu kepada kami tentang isu ini dan meminta kami untuk melakukan sesuatu. Teknologi blockchain akan membolehkan kami berganding bahu dengan para pengeluar utama dan sesiapa sahaja yang boleh menunjukkan kod bar atau kod QR dan mengikuti seluruh proses terdahulu produk, bermula daripada barisan pengeluaran kepada pusat pelaksanaan Ulmart," jelas En. Kean.

Mampukah teknologi blockchain memusnahkan aktiviti pemalsuan dengan menunjukkan para pengeluar dan peruncit haram yang menjual barangan itu? Dapatkah teknologi blockchain melindungi pengguna daripada membeli iPhone palsu tanpa sengaja? Platform e-dagang utama Rusia, Ulmart yakin ia mampu melakukannya dan syarikat akan berusaha bersungguh-sungguh bersama pihak pengeluar utama bagi menghentikan aktiviti yang merosakkan ini, iaitu pasaran pemalsuan.

"Ia merupakan satu idea unik dan menunjukkan potensi serta keterujaan yang dapat dibawakan oleh teknologi blockchain kepada dunia. Akhirnya, semuanya akan dapat dikaitkan melalui blockchain," ulas Angie Bernstein, usahawan tempatan Munich dan pedagang bitcoin.

Latar Belakang ULMART 

Ulmart ialah syarikat Internet milik persendirian terbesar di Rusia yang mengkhusus dalam e-dagang. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2008, dan ibu pejabatnya terletak di St. Petersburg. Ulmart mempunyai lebih 450 kemudahan infrastruktur (pusat pelaksanaan dan pusat pengambilan) di lebih 240 bandar dan pekan seluruh Rusia.

http://www.ulmart.ru

Untuk maklumat lanjut sila hubungi: Brian Kean, Ketua Pegawai Antarabangsa, +7-812-336-37-77 samb. 4575.

 

Source: Ulmart
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Trade show news