omniture

China GRTAE Ambil Peranan Utama dalam Ekspo Industri Tayar menerusi Edisi ke-8 acara itu, 15-17 Mei

China GRTAE
2017-04-13 20:32 930

Guangrao, China, 13 April 2017 / PRNewswire / --  Pameran Tayar Getah & Aksesori Auto Antarabangsa China (Guangrao) Ke-8 (China GRTAE) akan berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Guangrao di wilayah Shandong mulai 15 hingga 17 Mei 2017.

The 8th China (Guangrao) International Rubber Tire & Auto Accessory Exhibition (China GRTAE)
The 8th China (Guangrao) International Rubber Tire & Auto Accessory Exhibition (China GRTAE)

Tema tahun ini, "Menerajui Trend Masa Hadapan dengan Tayar Berkualiti," akan membawa pameran ini ke tahap baharu dan lebih tinggi, setanding dengan ekspo industri terkemuka di dunia. Acara ini menerajui transformasi industri tayar dan bertindak sebagai utusan kepada dunia: tayar buatan China dikenali di seluruh dunia kerana kualiti dan ciri keselamatan yang hebat.

China GRTAE  menampilkan ruang pameran seluas 42,000m2 dan lebih daripada 600 pempamer, merangkumi keseluruhan rantaian pengeluaran; tayar; roda; peralatan tayar getah; bahan mentah getah; produk penyelenggaraan auto; aksesori automotif; teknologi pembuatan tayar dan peralatan pencelupan tayar. Lebih daripada 40 pengeluar terbaik daripada 75 pengeluar tayar global dan syarikat Fortune Global 500 akan mengambil bahagian. Dewan perniagaan antarabangsa  termasuk Dewan Perniagaan & Industri Brazil-China, Dewan Perniagaan Jerman di Tanah Besar China (AHK Greater China), dan Dewan Perniagaan & Industri  Eropah Amerika  telah menunjukkan minat mereka terhadap pembelian kelompok.

Dengan tujuh tahun pengalaman, pameran ini telah menyaksikan kemajuan berterusan dari segi skala, kebolehlihatan dan pengaruh, dan telah diiktiraf sebagai salah satu daripada "10 Projek Pameran Jenama Terbaik China" selama lima tahun berturut-turut, menjadikannya pameran tayar profesional yang kedua terbesar di dunia. Pada bulan September 2015, dengan pensijilan UFI, China GRTAE telah menjadi salah satu pameran pertama di wilayah Shandong dan China untuk mendapatkan pengiktirafan itu. Pensijilan UFI menunjukkan bahawa China GRTAE  telah mendapat tempat dalam jadual pameran terkemuka di dunia.

Penambahan baharu untuk acara ini termasuk ruang rehat dan pusat media, menandakan satu peningkatan dalam perkhidmatan yang ditawarkan.

Pemilihan Guangrao sebagai lokasi  China GRTAE membantu menguatkan kesan penumpuan industri, dengan kelebihan diberikan kepada industri yang menempatkan keseluruhan rantaian pengeluaran dalam satu bandar atau wilayah, membawa matlamat bahawa pengeluar tayar China dapat mempercepatkan langkah mereka luas ke peringkat antarabangsa dan melaksanakan transformasi yang diperlukan sektor ini. Sama seperti Detroit mendapat jolokan Bandar Auto, Guangrao kini sedang pantas menuju untuk menempah nama sebagai Bandar Tayar dunia.

Jason Guo 
+86-10-6801-9941
gh@cfa.org.cn  

Monica Zhao
+86-10-6839-4131 
zyz@ccfa.org.cn

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170407/0861703457

Source: China GRTAE
Keywords: Auto Machinery Transportation Trade show news