omniture

Phantom 4 Advanced Baharu Beri Pencipta Kamera Terbang Ideal untuk Kembangkan Visi Kreatif Mereka

DJI
2017-04-14 18:05 617

SHENZHEN, China, 14 April 2017 /PRNewswire/ -- DJI, peneraju dunia dalam teknologi pengimejan udara dan dron awam, pada Khamis, memperkenalkan tambahan baharu kepada keluarga Phantom - Phantom 4 Advanced - menawarkan pencipta dengan cara murah untuk merakam imej udara dengan kamera yang lebih berkuasa dan kawalan yang lebih tepat. Model Phantom 4 Advanced baharu diperbaiki daripada Phantom 4 asal, memberi jurugambar sensor 1 inci, 20 megapiksel dan pengatup mekanikal yang membolehkan mereka meneroka semua potensi kreatif sebuah kamera terbang mampu berikan.

Kamera Phantom 4 Advanced yang telah dipertingkatkan ini mampu merakam video 4K pada 60 bingkai sesaat. Pemprosesan video yang lebih berkuasa ini kini menyokong video H.264 4K pada 60fps atau H.265 4K pada 30fps, kedua-duanya dengan kadar bit 100Mbps. Prestasi optik, sensor dan pemproses yang cemerlang memastikan semuanya dirakam dengan julat dinamik tinggi dan perincian imej yang lebih baik diperlukan untuk pasca produksi termaju.

Sama seperti Phantom 4 Pro, ia datang dengan pelbagai ciri pintar utama yang membolehkan mod penerbangan automatik lancar, termasuk Draw, ActiveTrack, TapFly, Gesture dan Tripod. Dilengkapi dengan sistem FlightAutonomy yang terdiri daripada 5 sensor penglihatan, sistem mengelak halangan menghadap kedepan, kedudukan satelit dwi-jalur(GPS dan GLONASS), dan penilik julat ultrasonik, Phantom 4 Advanced mampu berlegar setempat dengan tepat tanpa GPS dan terbang di persekitaran yang kompleks.

Versi Phantom 4 Advanced+ menawarkan skrin 5.5-inci 1080p bersepadu ke dalam pengawal. Skrinnya lebih daripada dua kali ganda lebih cerah daripada peranti pintar konvensional, menjadikan ia satu penyelesaian pengimejan udara yang ideal untuk kegunaan luar. Selain itu, pencipta kini boleh melakukan lebih banyak perkara lagi dengan peningkatan kapasiti penyimpanan Phantom 4 Advanced yang menggunakan kad microSD 128GB dan waktu penerbangan yang boleh dilanjutkan sehingga 30 minit.

Bagi mereka yang sudah bersedia untuk membawa kerja kamera udara mereka ke tahap seterusnya, Phantom 4 Advanced merupakan kamera terbang yang benar-benar menjimatkan, bijak dan berkuasa yang boleh ditemui dalam pasaran. Untuk maklumat lanjut, kunjungi http://www.dji.com/phantom-4-adv.

Dengan pengenalan Phantom 4 Advanced yang lebih murah namun berkuasa ini, model Phantom 4 akan mencapai Akhir Hayat (EOL) pada 30 April, 2017. DJI akan terus memberikan sokongan selepas jualan kepada pelanggan Phantom 4 dan mereka boleh terus berseronok menerbangkan kapal terbang mereka menggunakan aplikasi DJI GO 4.

Harga runcit AS Phantom 4 Advanced dan Phantom 4 Advanced+ masing-masing ialah USD1,349 dan USD1,649. Untuk harga tempatan negara dan ketersediaan, sila kunjungi http://store.dji.com/ 

Untuk memuat turun foto: https://www.dropbox.com/sh/el0qtjn9j6gilri/AACWutwL4Rn43AIy9kKq15mja?dl=0

Latar Belakang DJI

DJI, peneraju dunia dalam dron awam dan teknologi pengimejan udara, diasaskan dan diuruskan oleh individu-individu yang mempunyai keghairahan terhadap helikopter kawalan jauh dan pakar dalam teknologi kawalan penerbangan dan penstabilan kamera. Syarikat berdedikasi membuat fotografi, peralatan perfileman dan platform udara lebih mudah diperoleh, andal dan senang digunakan untuk pencipta dan pereka seluruh dunia. Operasi global DJI pada masa ini merentasi seluruh Amerika, Eropah dan Asia. Revolusi produk dan cara penyelesaiannya telah dipilih oleh pelanggan di lebih 100 negara untuk digunakan dalam pembikinan filem, pembinaan, tindakan kecemasan, agrikultur, pemuliharaan dan banyak industri lain.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi:
Laman sesawang: www.dji.com  
Facebook: www.facebook.com/DJI
Instagram: www.instagram.com/DJIGlobal
Twitter: www.twitter.com/DJIGlobal   
Langgan Saluran YouTube kami: www.youtube.com/DJI

Source: DJI
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services