omniture

Penghantaran Terkumpul Modul JA Solar ke India Cecah 1GW

JA Solar Holdings Co., Ltd.
2017-04-17 08:17 618

BEIJING, 17 April 2017 / PRNewswire / -- JA Solar Holdings Co., Ltd ("JA Solar"), salah satu  pengeluar produk kuasa solar berprestasi tinggi yang terbesar di dunia, hari ini mengumumkan bahawa penghantaran terkumpul modul syarikat ke India menempah sejarah untuk kapasiti 1GW. Modul 1GW dihantar ke India merupakan kapasiti penjanaan elektrik lebih kurang 1.7bilion kWh, yang boleh mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 1.47 juta tan setiap tahun. Penghantaran tersebut ke India pada 2016 mewakili bahagian pasaran signifikan di rantau ini. JA Solar juga percaya bahawa ia menerajui bahagian pasaran utama pada suku pertama 2017.

Sejak dua tahun yang lalu JA Solar telah berkembang dengan cepat dalam pasaran India dengan menubuhkan perkongsian strategik dengan pemaju tempatan, syarikat-syarikat EPC, pengeluar tenaga bebas, dan rakan-rakan lain yang penting. JA Solar percaya bahawa modulnya yang berkualiti hebat serta kebolehpercayaan yang tinggi mendorong penerimaan pasaran oleh rakan-rakan dan pelanggan. JA Solar mencapai kualiti ini dengan memanfaatkan barisan pengeluaran lanjutan dan makmal R & D yang meluas. Sebagai contoh, JA Solar adalah syarikat pertama di dunia yang menggunakan teknologi dwi-percetakan untuk semua barisan pembuatan sel. JA Solar juga mencapai 100% pengeluaran besar-besaran sel tahan PID  dan anti-PID dwi-85 untuk semua modul. Di samping itu, komponennya yang terbaik kalangan kelas setara membolehkan modulnya melepasi ujian kebolehpercayaan jangka panjang dan ketahanan alam sekitar. Modul JA Solar mencapai prestasi cemerlang dalam pelbagai persekitaran yang teruk dan lasak yang merupakan ciri pasaran India.

"India muncul sebagai salah satu pasaran PV terbesar di dunia, dan JA Solar berada di kedudukan yang baik untuk terus menguasai bahagian pasaran di rantau ini. Kami tetap memberi tumpuan untuk memacu inovasi R & D bagi meningkatkan kualiti produk kami, supaya dapat menghasilkan modul yang dipercayai di samping memberi perkhidmatan profesional kepada pelanggan," kata Encik Baofang Jin, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif JA Solar.

JA Solar ialah pengeluar terkemuka di dunia untuk wafer, sel dan modul silikon yang digunakan dalam sistem PV solar. Menjelang akhir tahun 2017, kapasiti pengeluaran untuk setiap kategori ini masing-masing dijangka mencecah 3 GW, 7 GW dan 6 GW. Sejak ditubuhkan, JA Solar mempunyai penghantaran terkumpul melebihi 20 GW. Syarikat menjalankan perniagaan di lebih 92 buah negara di seluruh dunia.

Source: JA Solar Holdings Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities