omniture

Minggu IT Musim Bunga Jepun ke-26 oleh Reed Exhibitions Japan

Reed Exhibitions Japan Ltd.
2017-04-17 10:58 1045

TOKYO, 17 April 2017 /PRNewswire/ -- Reed Exhibitions Japan akan mengadakan Minggu IT Musim Bunga Jepun edisi ke-26 dari 10-12 Mei di Tokyo Big Sight, Jepun.

Pameran ini ialah platform perniagaan tahunan yang terbesar di Jepun untuk golongan profesional IT, yang meliputi pelbagai sektor IT daripada mikropemproses kepada aplikasi terkini. Tahun ini 91,000 pelawat profesional dan 1,600 pempamer akan berkumpul di 13 pameran; Ekspo Pembangunan Perisian & Aplikasi (SODEC), Ekspo Pengurusan Data Besar (BIG DATA Spring), Ekspo Sistem Terbina (ESEC Spring), Ekspo Storan Data (DSE), Ekspo Pusat Data (DATA CENTER Spring), Ekspo Keselamatan Maklumat (IST Spring), Ekspo Pemasaran Web & Digital (Web-Mo Spring), Ekspo Pengkomputeran Awan Jepun (CLOUD JAPAN Spring), Ekspo Penyelesaian Telefon Mudah Alih (MOBIX Spring), EKSPO IoT/M2M (IoT/M2M Spring), Ekspo Penyelesaian Dagangan Langsung (DIREX Spring) , Ekspo Produk IT Pengguna (C-PEX) dan Ekspo Kedai & Perniagaan Penyelesaian IT (STOREX Spring).

Dengan keperluan kepada produk yang berkualiti tinggi, teknologi terkini dan khidmat luaran antarabangsa yang semakin meningkat dalam pasaran IT Jepun, pempamer yang menyertai Minggu IT Musim Bunga Jepun ke-26 dari luar negara semakin meningkat. Mencerminkan trend peningkatan ini, peratusan syarikat antarabangsa menjadi 1.3 kali ganda lebih tinggi dan skala keseluruhan bakal berkembang melebihi 10%.

Minggu IT Musim Bunga Jepun ke-26 oleh Reed Exhibitions Japan
Minggu IT Musim Bunga Jepun ke-26 oleh Reed Exhibitions Japan

Pameran baharu untuk Penyelesaian IT Kedai & Runcit

Salah satu acara kemuncak pameran tahun ini ialah pameran yang baharu dilancarkan – Ekspo Penyelesaian IT Kedai & Runcit (STOREX Spring) untuk membantu perniagaan antara profesional korporat dan syarikat yang ingin melabur dalam bidang penyelesaian IT kedai dan runcit. Pameran termasuk Penyelesaian Operasi Kedai, Perniagaan Saluran-Omni, Sistem POS, Penyelesaian Promosi Jualan Kedai, dan Penyelesaian Khidmat Pelanggan.

TSUBAKIMOTO CHAIN dan DATAVAN INTERNATIONAL akan mempamerkan terminal terbaru mereka. Pelancaran STOREX Spring merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada pengembangan pameran dan peningkatan penyertaan keseluruhan. Oleh kerana STOREX Spring diadakan serentak dengan Ekspo Penyelesaian Dagangan Langsung (DIREX Spring) dan Ekspo Pemasaran Web & Digital (Web-Mo Spring), pameran ini dijangka akan menghimpun jumlah pengunjung yang tinggi dalam industri hospitaliti.

"IoT" Generasi-Seterusnya

"EKSPO IoT/M2M (IoT/M2M Spring)" berkhidmat sebagai platform untuk pelbagai pengeluar cip, syarikat dengan pameran yang berkaitan dengan teknologi dan aplikasi penghubung untuk perundingan perniagaan di Minggu IT Musim Bunga Jepun ke-26 kerana konsep IoT terus berkembang dan menyebabkan munculnya perniagaan baharu. Daripada peranti, pengendali, pembekal penyelesaian kepada aplikasi yang berkaitan dengan IoT dan M2M, pelbagai syarikat akan mengadakan pameran seperti pengeluar cip termasuklah QUALCOMM, MURATA MANUFACTURING, pengeluar cip tanpa wayar seperti TOKYO ELECTRON DEVICE, HITACHI, TELIT, U-BLOX, pengendali seperti NTT DOCOMO, VODAFONE, KDDI dan pembekal penyelesaian termasuklah MICROSOFT, ROBERT BOSCH, SORACOM juga akan mempamer.

Sesi Khas akan diadakan pada persidangan yang selari dengan pameran di mana ROBERT BOSCH, SIEMENS, QUALCOMM dan FANUC akan menjelaskan nilai pasaran baru dihasilkan, perkembangan teknikal dan langkah-langkah penting seterusnya akan diketengahkan. 3 pengendali utama Jepun DOCOMO, SOFTBANK dan KDDI juga akan mengadakan Sesi Khas.

Minggu IT Musim Bunga Jepun ke-26 oleh Reed Exhibitions Japan
Minggu IT Musim Bunga Jepun ke-26 oleh Reed Exhibitions Japan

Teknologi Utama - Sistem Terbina Dalam

Dengan perkembangan EKSPO IoT /M2M (IoT/M2M Spring), Ekspo Sistem Terbina Dalam (ESEC Spring) juga berkembang sebagai teknologi sokongan IoT dan M2M. Syarikat utama yang mempamer dari Jepun termasuklah MITSUBISHI, SONY, TOSHIBA, RICOH, CANON dan dari luar negara INTEL, ADLINK, ADVANTECH, CONGATEC, TRANSCEND, BECKHOFF AUTOMATION, PHOENIX CONTACT dan lain-lain.

Berkenaan topik sistem terbina dalam, DeNA dan seorang pakar dari UNIVERSITI TOKYO akan mengadakan ceramah mengenai teknologi memandu berautonomi pada Sesi Ucapan Utama.

Penyelesaian bagi Keselamatan Maklumat

Dengan peningkatan penipuan identiti, akses tanpa izin dan serangan siber di Jepun, keselamatan maklumat merupakan satu bidang tarikan yang utama. Konsep IoT yang popular pada masa ini juga tidak dapat mengelak daripada menekankan keperluan untuk mengarahkan perhatian terhadap isu-isu keselamatan dalam ketersambungan. Syarikat utama yang mempamer termasuklah TREND MICRO, IBM, DOCOMO SYSTEMS,HITACHI SOLUTIONS, CANON IT SOLUTIONS, NTT SOFTWARE, KYOCERA, CYLANCE dan lain-lain akan mempamerkan pelbagai pameran seperti pencegahan penggodaman, pencegahan DoS, penyelesaian anti-virus, perlindungan pencerobohan internet, penghapusan/pemulihan data, produk dan perkhidmatan pengurusan aset IT.

Pada Ucapan Utama untuk Ekspo Keselamatan Maklumat (IST Spring), TREND MICRO akan mengadakan ceramah mengenai status semasa dan masa depan keselamatan ICT dan SYMANTEC akan berucap mengenai keselamatan Siber di Sukan Olimpik Rio sebagai penaja keselamatan rasmi. MICROSOFT juga akan membincangkan peranan dan tanggungjawab jabatan IT dalam syarikat-syarikat berkenaan strategi keselamatan.

Untuk mencari maklumat pempamer dan pameran: www.japan-it.jp/en/haru/eguide/

Minggu IT Musim Bunga Jepun ke-26 oleh Reed Exhibitions Japan
Minggu IT Musim Bunga Jepun ke-26 oleh Reed Exhibitions Japan

Minggu IT Musim Bunga Jepun ke-26 Berkembang di Peringkat Antarabangsa

Minggu IT Jepun ke-26 ialah pameran perdagangan terbesar di Jepun dengan kehadiran yang kukuh dalam industri IT Jepun dan pameran ini telah berkembang secara konsisten, menarik lebih ramai profesional IT dari seluruh dunia. Tahun ini, pameran ini menjangka akan mengalu-alukan 350 pempamer antarabangsa dari 21 buah negara yang berbeza dengan beberapa pavilion negara. Pameran ini benar-benar berfungsi sebagai platform terbaik untuk berhubung dengan penyelesaian IT terkini dari seluruh dunia.

Selain pameran yang perlu dilihat itu, Minggu IT Musim Bunga Jepun ke-26 mengadakan sejumlah 56 sesi persidangan yang dikendalikan oleh penceramah global yang terkenal dalam industri seperti IBM, MICROSOFT dan QUALCOMM yang meliputi pelbagai topik terkini.

Untuk butiran mengenai persidangan: www.japan-it.jp/en/Conference/Conference-Program/  
Program penuh dalam Bahasa Jepun: www.japan-it.jp/haru/seminar/

Minggu IT Musim Bunga Jepun ke-26 tidak syak lagi merupakan pameran yang mesti dihadiri.  Ia memberikan penyelesaian untuk semua pakar IT global.

Pendaftaran pengunjung percuma boleh dibuat dalam talian secara percuma di: www.japan-it.jp/en/haru/inv/

Untuk profesional IT dengan jawatan lebih tinggi daripada pengurus, pendaftaran pengunjung VIP dengan keistimewaan boleh dibuat secara dalam talian di: www.japan-it.jp/en/haru/vip/

Untuk maklumat lanjut mengenai Minggu IT Musim Bunga Jepun ke-26, layari laman sesawang rasmi: www.japan-it.jp/en/haru/

Pertanyaan akhbar: 

Chisato KAMIYA (Cik.)
Pengurusan Pameran Minggu IT Jepun
Reed Exhibitions Japan Ltd.
Tel: +81-3-3349-8504 Emel: jiw-pr-eng@reedexpo.co.jp

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170414/1826160-1-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170414/1826160-1-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170414/1826160-1-c

Source: Reed Exhibitions Japan Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Trade show news