omniture

Nexen Tire Ungguli Kedudukan Keempat dalam segmen Kereta Penumpang Dua Tahun Berturut-turut bagi Kajian Kepuasan Pelanggan Tayar Peralatan Asli J.D. Power

Nexen Tire
2017-04-17 22:13 1566

Nexen Tire ungguli kedudukan keempat daripada 12 jenama tayar bagi segmen Kereta Penumpang dua tahun berturut-turut

Kajian sahkan ketekalan kepuasan pelanggan terhadap produk Nexen Tire

SEOUL, Korea Selatan, 17 April 2017 /PRNewswire/ -- Nexen Tire, pengeluar tayar terkemuka di dunia, mengumumkan syarikat mengungguli kedudukan keempat daripada 12 jenama tayar bagi segmen Kereta Penumpang untuk Tinjauan Kepuasan Pelanggan Tayar Peralatan Asli J.D. Power 2017. Syarikat turut mengungguli kedudukan keempat tahun lalu, menandakan pencapaian dua tahun berturut-turut dalam senarai berprestij ini.

Nexen Tire Ungguli Kedudukan Keempat dalam segmen Kereta Penumpang Dua Tahun Berturut-turut bagi Tinjauan Kepuasan Pelanggan Tayar Peralatan Asli J.D. Power
Nexen Tire Ungguli Kedudukan Keempat dalam segmen Kereta Penumpang Dua Tahun Berturut-turut bagi Tinjauan Kepuasan Pelanggan Tayar Peralatan Asli J.D. Power

"Kami berasa bangga dapat mengekalkan kedudukan yang sama seperti tahun lalu, yang mengesahkan tahap kepuasan pelanggan yang tekal terhadap produk Nexen Tire," kata Nexen Tire. "Sewaktu Nexen Tire terus berkembang mendekati pelanggan di seluruh dunia, kami akan terus berusaha mengekalkan standard kualiti yang tinggi menerusi produk dan teknologi yang lebih baik."

J.D. Power ialah sebuah syarikat perkhidmatan maklumat pemasaran global yang terkenal khususnya menerusi tinjauan kepuasan pelanggannya terhadap kualiti kereta baharu. Tinjauan Kepuasan Pelanggan Tayar Peralatan Asal A.S. 2017, yang dijalankan antara bulan Oktober dan Disember 2016, adalah berdasarkan pengalaman pemilik dengan tayar mereka setelah tempoh dua tahun memiliki kenderaan. Dalam kajian ini, tahap kepuasan dinilai dalam empat kategori: Kehausan Tayar; Pemanduan Tayar; Penampilan Tayar; dan Cengkaman/Pengendalian Tayar. Antara semua ini, Nexen Tire mengungguli kedudukan kedua bagi segmen tayar penumpang dalam kategori 'Kehausan Tayar', yang dianggap memberi impak tertinggi bagi tahap kepuasan pelanggan antara empat faktor tersebut (683 pada skala 1,000 mata). Nexen Tire turut mendaki kedudukan bagi 'Cengkaman/Pengendalian Tayar' serta 'Penampilan Tayar'. Untuk maklumat lanjut tentang tinjauan ini, sila layari http://www.jdpower.com/press-releases/jd-power-2017-us-original-equipment-tire-customer-satisfaction-study.

Nexen Tire telah menyediakan OEnya kepada para pengeluar kereta bertaraf global seperti Porsche, Volkswagen, Renault serta Fiat Chrysler Automobiles, dan bergiat aktif menjalankan pelbagai aktiviti pemasaran. Kini, syarikat memiliki empat kemudahan penyelidikan canggih di Korea, China, Amerika Syarikat dan Eropah, selain tiga kemudahan pengeluaran (dua di Korea dan satu lagi di Qingdao, China). Pada bulan Oktober 2015, syarikat memulakan fasa pembinaan kilang pengeluaran tayar baharu di Zatec, Republik Czech, yang akan membawakan sistem automasi paling canggih berserta teknologi-teknologi mesra alam. Operasi komersial dirancang dimulakan pada tahun 2018.

Latar Belakang Nexen Tire

Nexen Tire, ditubuhkan pada 1942, merupakan pengeluar tayar global yang beribu pejabat di Yangsan, Wilayah Gyeongsang Selatan, dan di Seoul, Korea Selatan. Nexen Tire, salah satu pengeluar tayar yang paling pesat berkembang di dunia, bekerjasama dengan 390 pengedar yang berada dalam 140 negara seluruh dunia (setakat Disember 2016) dan memiliki tiga kilang pengeluaran – dua di Korea (Yangsan dan Changnyeong) dan satu di Qingdao, China. Satu lagi kilang di Zatec, Republik Czech akan mula beroperasi pada 2018. Nexen Tire mengeluarkan tayar untuk kereta penumpang, SUV, dan trak ringan dengan teknologi canggih serta kecemerlangan rekaan. Syarikat ini turut menumpu pada pengeluaran tayar UHP yang berasaskan teknologi maju. Nexen Tire membekalkan tayar OE kepada pembuat kereta global di pelbagai negara seluruh dunia. Pada tahun 2014, syarikat itu membolot 4 anugerah reka bentuk terpenting dunia buat kali pertama dalam kalangan pelbagai pembuat tayar di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.nexentire.com.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170417/1824308-1

Source: Nexen Tire
Keywords: Auto Transportation Awards Survey, Polls & Research