omniture

A2LiVE Alu-alukan Eric Reithler-Barros Sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Komersial Baharu

Syarikat Gergasi Festival EDM China Tumpu Dominasi Ekosistem Asia
A2LiVE
2017-04-18 09:00 671

SHANGHAI, 18 April 2017 /PRNewswire/ -- A2LiVE, peneraju pasaran bagi industri muzik tari elektronik rancak di China, hari ini mengumumkan secara rasminya penambahan jawatan eksekutif yang baru diwujudkan di ibu pejabat Shanghai milik organisasi. Pegawai eksekutif pembangunan perniagaan Bandar Raya New York Eric Reithler-Barros bakal menyertai pasukan kepimpinan kanan selaku Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Komersial. En. Reithler-Barros akan bertanggungjawab memacu usaha peluasan Asia dan pembangunan syarikat hiburan rintis ini dengan memimpin beberapa divisyen termasuk perkongsian jenama, pengurusan bakat (A2ARTIST), tempahan (Strobe Light Talent), platform muzik strim (DianYinTai) dan akademi DJ/produksi muzik A2LiVE akan datang serta kumpulan syarikat rakaman.

Reithler-Barros akan melapor kepada Eric Zho, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas A2LiVE.

"Kami berasa teruja mengalu-alukan 'pakar dalam dua bidang' yang bukan sahaja mempunyai pengalaman fungsian selama dua dekad dalam industri media dan pembangunan perniagaan antarabangsa, tetapi juga mempunyai hampir tiga dekad pengalaman dalam dunia muzik tari elektronik," kata Zho. "Gabungan antara bakat dan pengetahuan khusus beliau yang istimewa ini akan memacu perkembangan perniagaan teras kami dengan begitu pesat, sewaktu kami membangunkan produk dan perkhidmatan baharu yang inovatif bagi melengkapinya."

"Tidak dapat disangkalkan lagi China mewakili potensi pasaran terbesar dan paling baru muncul untuk budaya muzik tari di dunia," tambah Eric Reithler-Barros. "Tiada yang lebih mengujakan daripada menghubungkannya dari pelbagai sudut baharu, berganding bahu dengan kakitangan berbakat dan pihak lembaga syarikat yang berpandangan jauh ini."

Pengalaman pengurusan En Reithler-Barros bermula daripada syarikat-syarikat telekomunikasi Fortune 50 kepada syarikat-syarikat baharu dalam teknologi muzik. Senarai pencapaian beliau sejak 20 tahun lalu dilakar di serata dunia menerusi syarikat-syarikat seperti Netscape, Johnson & Johnson, Screaming Media, Lime Wire, Verizon, dan Level 3 Communications. Beliau berperanan sebagai Naib Presiden Perkongsian Global di SFX Entertainment Inc, bekas konglomerat Amerika $1B yang mengambil alih industri muzik elektronik seluruh dunia pada tahun 2013, selain memperoleh jenama-jenama syarikat gergasi seperti Tomorrowland, Stereosonic, ID&T/Sensation, dan Beatport. Eric memainkan peranan penting dalam memimpin perkongsian besar seluruh dunia seperti Viagogo ($75 Juta) dan Mastercard. Selain itu, beliau membawakan manfaat pengetahuan beliau selama 27 tahun kepada A2LiVE sebagai orang dalam komuniti muzik elektronik antarabangsa yang bersemangat selaku promoter, artis, penghibur, penerbit muzik, pemilik syarikat rakaman, pengulas editorial, kurator dan pendukung genre ini sepanjang hayat.

Beliau melanjutkan pengajian di Thunderbird School Of Global Management, dan berkelulusan MBA dalam bidang perniagaan antarabangsa pada tahun 1999.

Latar Belakang A2LiVE

A2LiVE ialah sebuah syarikat hiburan secara langsung yang berpangkalan di Shanghai dan merupakan daya pembimbing terunggul dalam industri muzik elektronik secara langsung di China pada masa kini. Misinya adalah untuk menjadi platform muzik elektronik bersepadu secara vertikal yang terkemuka di Asia, membawakan pengalaman muzik elektronik, muzik, video, berita dan budaya destinasi yang terbesar dan terbaik.

Sejak ditubuhkan, A2LiVE mempersembahkan ramai artis antarabangsa dan tempatan yang terkenal di China termasuk Axwell & Ingrosso, Skrillex, Hardwell, Afrojack, Dash Berlin, Avicii, David Guetta, Wang Lee Hom, Benny Benassi, Afrojack, Cazzette, Icona Pop, Oliver Heldens, Far East Movement, Pitbull, Kanye West, Incubus dan banyak lagi.

Festival muzik elektronik "Budweiser STORM" A2LiVE telah menjelajah lima pasaran pada tahun 2016 dan membangkitkan semangat 250,000 penonton festival, manakala beberapa bandar baharu akan turut dirancakkan pada tahun 2017. Tahun ini turut memperlihatkan pelancaran DianYinTai (perkhidmatan muzik elektronik strim), pertumbuhan pegangan pengurusan artis A2LiVE (A2ARTIST dan Strobe Light Talent), pelancaran akademi DJ/produksi baharunya serta divisyen syarikat rakaman, dan perniagaan-perniagaan lain yang berkaitan. Ketahui lebih lanjut di www.a2live.cn.

Source: A2LiVE
Keywords: Entertainment Music Corporate Expansion Personnel announcements