TOKYO, 19 April 2017 /PRNewswire/ --
Jenama warisan moden British Belstaff membuka gedung istimewa yang pertama di Tokyo, dalam ruang niaga 47,000 m² 'Ginza Six', sebuah pembangunan moden yang canggih dan pelancaran perniagaan terbesar di Tokyo dekad ini.
Acara pembukaan tertutup telah diadakan di gedung ini, sebelum pembukaan awam pada 20 April. Gedung ini menawarkan barisan pakaian wanita pertamanya di Tokyo dan tawaran pakaian lelaki lengkap pertama daripada jenamanya. Ini berikutan pelancaran Belstaff ke dalam pasaran Jepun pada 2016, dengan ruang perniagaan yang dibuka di Matsuzakaya Nagoya, Isetan Tokyo dan Kobe.
Pembukaan gedung istimewa di Tokyo mempamerkan pemkembangan jenama ini di Jepun dan pengembangan antarabangsa yang berterusan dan dedikasinya terhadap perniagaan. Duta Global dan selebriti terkenal Hollywood Liv Tyler menyertai sidang akhbar dan tetamu untuk pembukaan.
Liv Tyler ikon kecantikan dan gaya antarabangsa, ibu kepada tiga anak dan anak perempuan Steven Tyler, mempunyai kerjaya yang mantap merangkumi dua dekad. Liv mula menjadi model pada umur 14 tahun sebelum membintangi banyak filem termasuk 'Armageddon' dan 'Lord of the Rings'. Liv mula bekerja dengan Belstaff sebagai Penerbit Eksekutif dalam filem 'Outlaws' dibintangi David Beckham. Liv kemudian membintangi 'Falling Up', filem pendek Belstaff yang mengikuti perjalanan Amelia Earhart, perintis wanita yang menjiwai semangat wanita Belstaff moden. Bersama-sama Pengarah Kreatif Delphine Ninous, Liv telah mereka bersama dan menghasilkan dua koleksi untuk Belstaff, dan tawaran rekaan terkini beliau Spring Summer 17 akan tersedia di Ginza Six.
Gedung istimewa ini dilancarkan pada bulan yang sama Belstaff mempamerkan pameran Arkib pertamanya, 'Hollywood Legends' dalam kedai buku ikonik Daikanyama Tsutaya. Ini adalah sambutan reka bentuk ikonik Belstaff yang mempengaruhi banyak filem Hollywood, termasuklah: 'The Aviator ' dibintangi Leonardo Dicaprio, 'Ironman', 'Dark Knight, 'I am Legend', 'Twilight' dan lain-lain.
Gedung Tokyo ini akan menawarkan koleksi eksklusif 'Kapsul Ginza' iaitu helaian pakaian yang lebih ringan dan koleksi kaca mata pertama jenamanya, semuanya dibuat dengan tangan menggunakan bahan-bahan terbaik di Jepun. Kedai 100sm ini ialah ruang niaga kedua terbesar di Asia, selepas Macau, dan pelancaran perniagaan yang terbesar sejak gedung istimewa di New Bond Street, London.
Gavin Haig, Ketua Pegawai Eksekutif Belstaff berkata: "Ginza Six, pembukaan keempat kami di Jepun, menunjukkan pengembangan kami yang pesat dan strategik dalam pasaran penting ini. Pengaruh Jepun dalam fesyen dan gaya dapat dirasai di peringkat global, sebab itulah kami memilih negara yang hebat ini sebagai tunggak utama pasaran Belstaff. Penghargaan dan keinginan warisan moden oleh orang Jepun merupakan kunci kejayaan kami di sini. Kami juga merupakan jenama yang terus berinovasi, dengan meletakkan kepentingan fungsi setaraf dengan gaya. Kejayaan pelancaran kami dengan perkongsian berterusan bersama SOPHNET, mempamerkan koleksi yang lebih dipengaruhi gaya jalanan, yang sinonim dengan Tokyo dan diterima dengan baik di seluruh dunia.
Pelancaran pertama perniagaan untuk wanita kami di Jepun ialah di Ginza Six, dengan kehadiran Liv Tyler sebagai Duta dan mewakili Wanita Belstaff moden kami. Ginza Six melambangkan kemewahan baharu dengan menawarkan pembeli pengalaman yang berkualiti tinggi. Kami teruja menjadi sebahagian daripada pembukaan bersejarah ini, satu peristiwa penting dalam sejarah 93 tahun jenama."
Latar Belakang BELSTAFF
Belstaff merupakan jenama warisan British moden penuh dengan semangat pengembaraan, melindungi semangat bebas untuk meneroka tanpa halangan. Di Belstaff, peneroka berani dan individu yang bergaya bersama-sama akan menemui pakaian bagi gaya hidup kontemporari yang dipengaruhi oleh sejarah 93 tahun Belstaff yang bernilai, namun berakar umbi teguh pada masa kini dan selamanya memandang ke masa hadapan.
Belstaff beribu pejabat di London dan bilik pamerannya terletak di sana, dan di New York dan Munich. Belstaff kini dijual melalui gedung istimewanya di New Bond Street, dan dua belas gedung di Eropah, Amerika Syarikat dan Asia, melalui pengedaran borong terpilih di seluruh dunia dan di http://www.belstaff.com