omniture

Mahindra Comviva Lancar Pengurus Komunikasi Berpusat MobiLytx Tingkatkan Penglibatan Pelanggan dan Hasil

Mahindra Comviva
2017-04-21 21:18 611

NEW DELHI, 21 April 2017 /PRNewswire/ --

- Selaras interaksi pelanggan melalui alat pengendali dan sistem pemberitahuan perkhidmatan

- Urus pencetus kitar hayat demi penglibatan pelanggan yang relevan, holistik dan berbilang saluran dengan pelanggan pengendali

Mahindra Comviva, peneraju global bagi penyediaan penyelesaian mobiliti, hari ini mengumumkan pelancaran Pengurus Komunikasi Berpusat MobiLytix[TM] , sebuah platform komunikasi yang bersepadu, pintar dan dipacu analitik yang membantu pengendali mengurus pencetus kitar hayat masa sebenar dan menjamin penglibatan dengan pelanggan mereka adalah relevan, holistik dan berbilang saluran.

generated by system

Ekoran sektor telekomunikasi yang kini semakin kompleks, para pengendali menggunakan sejumlah alat komunikasi serta pemberitahuan perkhidmatan yang berhubung terus dengan pelanggan. Namun begitu, sehingga kini alat-alat ini beroperasi dalam struktur berbentuk silo dan tidak mempunyai integrasi sebenar, yang menyebabkan penglibatan yang tidak sempurna dan tidak relevan dengan pelanggan. Pengurus Komunikasi Berpusat MobiLytix[TM] menyediakan platform komunikasi berpusat yang dapat menyelaraskan interaksi pelanggan dengan alat serta sistem pengendali, yang memberi impak positif terhadap pengalaman pelanggan dan juga hasil pengendali.

Ketika berucap pada majlis pelancaran tersebut, Amit Sanyal, Ketua Perniagaan, Penyelesaian Nilai Pelanggan, Mahindra Comviva, berkata, "Dalam landskap telekomunikasi yang amat kompetitif masa kini, adalah penting untuk memacu pengalaman pelanggan yang tepat pada masanya, relevan dan juga mengikut konteks. Walau bagaimanapun, dengan sistem legasi yang masih beroperasi, pengendali terhadap penglibatan pelanggan masa kini masih tidak mempunyai ciri kepaduan, kejelasan dan juga ketepatan masa. Kami berasa gembira dapat memperkenalkan tawaran baharu kami, platform Komunikasi Berpusat MobiLytix[TM] yang memastikan pengendali mempunyai pandangan yang menyeluruh terhadap penglibatan pelanggan dalam pelbagai sistem dan alat. Ini dapat membantu pengendali meningkatkan hasil melalui tawaran bersasaran yang lebih baik dan dalam masa yang sama dapat menggalakkan proses pencarian diri untuk pelanggan."

Penyelesaian Nilai Pelanggan Mahindra Comviva mendapat lebih 40 penggunaan di 25 negara seluruh dunia dan memperkasa lebih 250 juta pelanggan. Suit MobiLytix[TM] menyediakan pemasar dengan instrumen pemasaran dipacu data yang dapat membantu mereka menyediakan pemasaran yang amat mengikut konteks merentasi pelbagai saluran dan pada sebarang peranti. Dengan menggunakan suit MobiLytix[TM] pemasar berpeluang memperoleh, menganalisis dan mengaplikasikan maklumat berhubung konteks pelanggan untuk mengatur interaksi yang diperibadikan dan pada masa sebenar demi memacu prestasi hasil dan juga mendapat kelebihan daya saing. Ia dapat menghantar 800 juta pesanan pemasaran digital setiap hari dan memberikan lebih 60% ketepatan bagi tujuan ramalan pulangan pelanggan.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Sundeep Mehta
Perhubungan Awam & Komunikasi Korporat Global
Mahindra Comviva
Hubungi: +91-124-481-9000
Emel: pr@mahindracomviva.com

Sumber: Mahindra Comviva

Source: Mahindra Comviva
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services New products/services