omniture

LONGi Solar keluarkan modul solar baharu Hi-MO2, mulakan era baharu teknologi dwimuka mono PERC kecekapan tinggi

LONGi Solar
2017-04-24 08:45 871

SHANGHAI, 24 April 2017 /PRNewswire/ -- Pada 19 April, Ekspo Kuasa SNEC PV 2017 telah bermula di Shanghai. Presiden Li Zhenguo dari LONGi Group dan Presiden Li Wenxue dari LONGi Solar mempamerkan modul solar baharu berkeupayaan tinggi- Hi-MO2 kepada audiens. Produk ini mempunyai kuasa yang tinggi, hasil tenaga yang tinggi dan LCOE yang rendah, dan akan memulakan era baharu teknologi penjanaan kuasa dwimuka monohabluran PERC berkecekapan tinggi.

President Li Zhenguo of LONGi Group and President Li Wenxue of LONGi Solar unveil new product Hi-MO2
President Li Zhenguo of LONGi Group and President Li Wenxue of LONGi Solar unveil new product Hi-MO2

Hi-MO2 ialah produk penjanaan kuasa dwimuka yang dibangunkan berdasarkan teknologi monohabluran dwimuka PERC; kuasa modul 72-sel ini mencapai 360-365W, manakala kuasa modul 60-sel mencapai 300-305W. Bahagian hadapan sama seperti PERC konvensional dengan kecekapan sel melebihi 21%. Sementara itu, bahagian belakang menggunakan pakej kaca, mencapai penerimaan cahaya dan penjanaan kuasa dwimuka. Kecekapan bahagian belakang tidak kurang daripada 75% daripada bahagian depan. Bahagian belakang boleh meningkatkan hasil tenaga sehingga 25% (berbeza mengikut reka bentuk dan latar belakang keadaan sistem PV), dan boleh membawa pulangan yang lebih tinggi kepada pelabur.

Tahun lalu, LONGi Solar melancarkan Hi-MO1 berdasarkan teknologi sel PERC termaju dan penyelesaian LID rendah mono-Si. Hi-MO2 yang dibangunkan berdasarkan teknologi LID rendah Hi-MO1 dan teknologi dwimuka PERC boleh mencapai degradasi tahun pertama kurang daripada 2%, dan degradasi setahun kurang daripada 0.45%, kedua-dua lebih baik berbanding modul konvensional.

"Hi-MO2 melanjutkan kekuatan mono PERC ke bahagian belakang modul, dan boleh mencapai kuasa yang lebih tinggi dan hasil tenaga yang lebih tinggi tanpa meningkatkan kos, yang akan membantu mengurangkan LCOE, dan memberikan lebih nilai kepada pelabur loji kuasa PV," kata Li Wenxue, Presiden LONGi Solar. "Meningkatkan kecekapan dan memberikan produk harga rendah yang berkualiti tinggi sentiasa menjadi ideal inovasi teknologi pegangan LONGi. LONGi mempunyai keyakinan untuk terus memberikan produk monohabluran PV berkecekapan tinggi dengan nisbah prestasi kos terbaik bagi pelanggan global, untuk menggunakan teknologi bagi mempercepatkan kemajuan ke arah kesetaraan grid, dan membuat lebih banyak sumbangan bagi memperbaiki keadaan alam sekitar."

Modul 365W Hi-MO2 LONGi Solar telah mencapai peringkat pengeluaran besar-besaran. Pada masa akan datang, Hi-MO2 akan digunakan secara meluas dalam loji kuasa utiliti berskala besar, bumbung komersial, loji janakuasa terapung bersepadu PV- perikanan dan lain-lain projek PV teragih.

Latar Belakang LONGi Solar:

LONGi Solar ialah pengilang sel solar dan modul mono-habluran terkemuka dunia dan berdedikasi untuk memberikan penyelesaian menjimatkan bagi pelabur dalam loji kuasa solar. en.longi-solar.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170421/1831146-1

Source: LONGi Solar
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services Trade show news