omniture

ICIS Lancar Pencarian Inovasi Industri Kimia Terbaik Tahun Ini

ICIS
2017-04-24 09:03 641

LONDON, 24 April 2017 /PRNewswire/ -- ICIS (http://www.icis.com), penyedia maklumat dipercayai untuk industri kimia dan tenaga dunia, hari ini mengumumkan panggilan penyertaan untuk Anugerah Inovasi ICIS tahunan kali ke-14 (http://www.icis.com/awards), yang diwujudkan untuk mengiktiraf inovasi berteknologi dan perniagaan yang cemerlang dalam industri kimia.

ICIS dengan sukacitanya mengesahkan R&D Solutions Elsevier (http://www.elsevier.com/rd-solutions ), syarikat analitik maklumat yang mengkhusus dalam bidang sains dan kesihatan, sebagai penaja utama Anugerah ini bagi tahun kedua berturut-turut.

Syarikat pengedaran U.S. Chemicals (http://www.uschemicals.com), sebuah syarikat Maroon Group, terus berperanan sebagai penaja kategori, menyokong kategori Inovasi dengan Faedah Terbaik untuk Alam Sekitar dan Kelestarian. ExxonMobil Chemical (http://www.exxonmobilchemical.com) juga kekal terlibat, menaja kategori Inovasi Terbaik untuk Perusahaan Kecil atau Sederhana.

John Baker, pengurus Anugerah Inovasi ICIS di ICIS mengulas: "Kami berbesar hati mendapat sokongan berterusan daripada ketiga-tiga penaja, petanda yang menunjukkan anugerah ini terus melakar kejayaan menerusi matlamatnya untuk menonjolkan kepentingan usaha inovasi dalam industri kimia."

"Anugerah ini terus berkembang dan meraih sokongan industri dan tahun lalu ia menarik jumlah penyertaan yang memecah rekod. Sekali lagi kami berharap dapat menonjolkan inovasi terbaik dalam industri kimia - oleh syarikat dan individu."

Christina Valimaki, pengarah kanan, bahagian pemasaran segmen kimia, R&D Solutions Elsevier, dan juga merupakan ahli barisan hakim Anugerah Inovasi ICIS, menambah: "Permintaan terhadap mereka yang bekerja dalam sektor R&D dan pembuatan kimia untuk menghasilkan dan mengkomersialkan penyelesaian yang dapat menangani cabaran perniagaan serta menyokong pelanggan industri, masyarakat umum dan alam sekitar, adalah luas."

 "R&D Solutions Elsevier berasa teruja dapat bekerjasama dengan Anugerah Inovasi ICIS sekali lagi tahun ini bagi memberi penghormatan kepada para saintis dan penyelidik yang memainkan peranan penting terhadap beberapa kemajuan terhebat dalam industri. Kami berharap dapat menonjolkan individu di sebalik hasil inovasi yang inovatif ini melalui Anugerah Penginovasi Alpha Terbaik Tahunan, yang kini memasuki tahun keduanya."

Meraikan kejayaan 

Anugerah Inovasi ICIS membolehkan syarikat-syarikat dan para individu meraikan kejayaan mereka dalam aktiviti inovasi yang penting dan bidang kelestarian dan prestasi alam sekitar yang semakin penting.

Terdapat empat kategori yang boleh disertai oleh syarikat-syarikat:

  • Inovasi Produk Terbaik
  • Inovasi Proses Terbaik
  • Inovasi Terbaik oleh Perusahaan Kecil atau Sederhana (PKS) - tajaan ExxonMobil Chemical
  • Inovasi dengan Faedah Terbaik untuk Alam Sekitar dan Kelestarian - tajaan U.S. Chemicals

Dua kategori untuk individu -- Anugerah Penginovasi Alpha Terbaik Tahunan – dilancarkan tahun lalu, akan mengiktiraf individu penyelidik industri atas sumbangan luar biasa mereka dalam dua bidang:

  • Pembangunan Produk Baharu/Pengoptimuman Proses
  • Alam Sekitar dan Kelestarian

Anugerah Inovasi ICIS dan Anugerah Penginovasi Alpha Terbaik Tahunan dibuka penyertaannya mulai hari ini, dan tarikh tutup penyertaan ialah 30 Jun 2017. Para pemenang akan diumumkan pada bulan Oktober 2017.

Untuk maklumat lanjut atau untuk tersenarai bagi menerima anugerah, layari http://www.icis.com/awards atau hubungi John Baker di talian +44-20-8652-3153.

Nota untuk Editor:

Latar Belakang ICIS

ICIS ialah agensi pelaporan harga bebas yang menumpu pada pasaran tenaga, petrokimia dan baja global, dan kami telah menguasai pasaran kuasa elektrik UK yang kompleks hampir selama dua dekad. Setiap hari, kami menilai kontrak kuasa elektrik untuk lebih 40 tempoh penyerahan berbeza hanya untuk pasaran UK sahaja. Analisis dan data yang kami berikan digunakan secara meluas sebagai harga rujukan dalam kontrak tenaga.

Matlamat kami adalah untuk memberikan syarikat-syarikat dalam pasaran komoditi global dengan kelebihan daya saing dengan menyediakan data harga dipercayai, berita bernilai tinggi, analisis dan perundingan bebas, yang membolehkan pelanggan kami membuat keputusan perdagangan dan perancangan yang lebih bermaklumat.

Memiliki kakitangan global seramai lebih 800 orang, ICIS mempunyai kakitangan yang ditempatkan di Houston, Washington, New York, London, Montpellier, Dusseldorf, Karlsruhe, Milan, Mumbai, Singapura, Guangzhou, Beijing, Shanghai, Yantai, Tokyo dan Perth. ICIS ialah satu divisyen dalam Reed Business Information.

Latar Belakang Reed Business Information
Reed Business Information menyediakan maklumat, analitik dan data kepada golongan profesional perniagaan seluruh dunia. Produk dan perkhidmatan global kami yang kukuh memperoleh kedudukan utama dalam pasaran merentasi pelbagai sektor industri termasuk perbankan, petrokimia dan penerbangan yang membolehkan kami membantu pelanggan membuat keputusan strategik yang penting setiap hari. RBI adalah sebahagian daripada RELX Group, penyedia maklumat dan analitik utama dunia untuk pelanggan profesional merentas industri.
http://www.reedbusiness.com

Latar Belakang RELX Group
RELX Group ialah penyedia maklumat dan analitik utama dunia untuk pelanggan profesional dan perniagaan merentas industri. Kumpulan ini berkhidmat kepada pelanggan di lebih 180 negara dan mempunyai pejabat hampir di 40 negara. Ia menggaji kira-kira 30,000 kakitangan dengan separuh daripada mereka ditempatkan di Amerika Utara. RELX PLC ialah syarikat pegangan tersenarai di London yang memiliki 52.9% daripada RELX Group. RELX NV ialah syarikat pegangan tersenarai di Amsterdam yang memiliki 47.1% daripada RELX Group. Saham ini didagangkan dalam Bursa Saham London, Amsterdam dan New York menerusi simbol saham berikut: London: REL; Amsterdam: REN; New York: RELX dan RENX. Jumlah permodalan pasaran adalah kira-kira £30.8bilion/€36.7bilion/$39.5bilion.
http://www.relx.com

Latar Belakang Elsevier
Elsevier ialah syarikat analitik maklumat bertaraf global yang membantu institusi-institusi dan golongan profesional memajukan sains, menambah baik penjagaan kesihatan dan meningkatkan prestasi untuk kebaikan umat manusia. Elsevier menyediakan penyelesaian digital dan peralatan untuk bidang-bidang berkaitan pengurusan penyelidikan strategik, prestasi penyelidikan & pembangunan (R&D), sokongan keputusan klinikal dan pendidikan profesional; termasuk ScienceDirect, Scopus, ClinicalKey dan Sherpath. Elsevier menerbitkan lebih 2,500 jurnal digital, termasuk The Lancet dan juga Cell,  selain lebih 35,000 tajuk e-buku, dan juga banyak hasil rujukan ikonik, termasuk Gray's Anatomy. Elsevier merupakan sebahagian daripada RELX Group, penyedia maklumat dan analitik terkemuka di dunia untuk golongan profesional dan pelanggan perniagaan dalam pelbagai industri. http://www.elsevier.com

Latar Belakang U.S. Chemicals LLC

Memenuhi keperluan untuk industri kimia selama lebih 56 tahun, U.S. Chemicals, sebuah syarikat Maroon Group, menggabungkan antara kualiti, inovasi dan perkhidmatan dengan cara berbeza. U.S. Chemicals mewujudkan sebuah pasukan yang memahami kerumitan industri kimia dengan sempurna dan melibatkan pakar-pakar dalam penyumberan dan pemerolehan bahan.

U.S. Chemicals berperanan sebagai sumber pelbagai untuk memenuhi keperluan kimia banyak sektor industri, termasuk cat, dakwat dan salutan; bahan kimia dan tekstil; produk kosmetik dan penjagaan peribadi; perencat api; makanan dan farmaseutikal; plastik; dan getah. Ia menawarkan penghantaran segera dari pelbagai lokasi gudang di seluruh AS.

Jaringan sumber seluruh dunia U.S. Chemicals memberi jaminan kepada pelanggan dari segi harga yang amat kompetitif, kualiti dan ketekalan optimum, penjagaan pelanggan yang hebat dan penyumberan serta penghantaran pantas tanpa sebarang kebimbangan.

Latar Belakang ExxonMobil Chemical

ExxonMobil Chemical ialah salah sebuah syarikat bahan kimia terbesar di dunia. Portfolio komoditi dan perniagaan khusus kami yang unik menjana jualan tahunan sebanyak lebih 24 juta tan produk-produk utama. Kami memiliki kemudahan pengeluaran berskala dunia di semua rantau utama dan produk-produk kami bertindak sebagai blok binaan untuk pelbagai produk harian pengguna serta industri.

Kami memproses stok suapan daripada operasi Huluan dan Hiliran ExxonMobil, ditambah dengan sumber-sumber pasaran, bagi menghasilkan produk-produk kimia untuk pengguna akhir yang bernilai lebih tinggi. Kami menumpu pada barisan produk yang memanfaatkan kelebihan skala dan teknologi, membina kekuatan kami dalam stok suapan yang menguntungkan, proses berkos lebih rendah, dan produk-produk premium. Hasilnya, kami meraih kedudukan kukuh dalam pasaran yang mendapat perkhidmatan kami.

Untuk maklumat lanjut tentang ICIS hubungi:
John Baker
Editor global, ICIS
Tel: +44-20-8652-3153
Emel: john.baker@icis.com
Laman sesawang: http://www.icis.com

Untuk maklumat lanjut tentang Elsevier hubungi:
Christina Valimaki
Pengarah kanan, pemasaran segmen bahan kimia, Penyelesaian R&D Elsevier
Tel: +1-215-239-3709
Emel: c.valimaki@elsevier.com
Laman sesawang: http://www.elsevier.com/rd-solutions/chemicals

Untuk maklumat lanjut tentang U.S. Chemicals LLC, hubungi:
Carol Piccaro
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
U.S. Chemicals LLC
Tel: +1-203-655-8878
Emel: cpiccaro@uschemicals.com
Laman sesawang:  http://www.uschemicals.com

Untuk maklumat lanjut tentang ExxonMobil Chemical, hubungi:
Michael Lacey
ExxonMobil Chemical Company
Tel: +1-832-625-4773
Emel: michael.lacey@exxonmobil.com
Laman sesawang: http://www.exxonmobilchemical.com

Sumber: ICIS

Source: ICIS
Keywords: Banking/Financial Service Chemical Oil/Energy Utilities Awards