omniture

'Panda' Bollywood bertemu panda gergasi di Sichuan

"I’m in China" programme
2017-04-24 10:16 753

CHENGDU, China, 22 April 2017 /PRNewswire/ -- Bukan selalu kita dapat melihat panda gergasi dan manusia mempunyai lebih banyak persamaan berbanding perbezaan. Sejumlah besar peminat setia? Ada. Wajah yang comel. Ada. Dianggap sebagai duta jenama negara? Ada.

Pada 20 April, Aamir Khan, seorang bintang filem India, bersemuka dengan panda-panda gergasi di wilayah Sichuan. Khan, yang amat dikenali di China sebagai salah seorang daripada tiga si bodoh dalam filem Three Idiots, yang dalam perjalanan untuk mempromosi filem baharu beliau, Dangal, diundang ke Sichuan oleh Pejabat Am bagi Pejabat Kerajaan dan Maklumat Rakyat Wilayah Sichuan daripada Kerajaan Rakyat  Perbandaran Chengdu.

'Paling kacak' bertemu 'paling comel'

Khan, yang sekian lama menjadi peminat setia panda gergasi, pertama kali mengunjungi Dujiangyan, di Chengdu, ibu negara wilayah ini dan juga kampung halaman panda gergasi.

"Harta Negara India" Aamir Khan bertemu panda-panda "harta Negara China"
"Harta Negara India" Aamir Khan bertemu panda-panda "harta Negara China"

Di bawah bimbingan seorang pengasuh panda, bintang Bollywood berusia 52 tahun ini mempelajari cara untuk memberi makan kepada panda selain tentang pemuliharaan kawasan setempat.

Mempelajari Tai Chi

Salah satu acara paling penting dalam jadual perjalanan Khan di Sichuan ialah menyaksikan persembahan tai chi di Gunung Qingcheng, pusat Taoisme yang penting.

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang seni purba, beliau mengadakan perkongsian mendalam dengan guru sekolah Qingcheng mengenai intipati dan perbezaan tai chi berbanding sekolah-sekolah lain.

Hubungan Jalan Sutera

Selepas lawatan ini, Khan berpeluang menikmati hidangan masakan Sichuan, yang terkenal dengan rasa pedasnya.

Semasa jamuan tersebut, Khan turut diraikan dengan persembahan seni teh dan sulaman Sichuan, ketika sitar Cina dimainkan sebagai muzik latar belakang.

Beliau mempelajari tentang sulaman dan turut menyulam nama beliau sendiri.

Sichuan ialah salah satu tempat asal paling penting bagi budaya sutera Cina. Sulaman Sichuan disenaraikan sebagai salah satu warisan budaya China yang tidak ketara pada tahun 2006.

Telah membintangi lebih 40 filem, Khan pernah merangkul pelbagai anugerah dan mencipta keajaiban bagi filem box office. Dangal dijadual untuk disiarkan di China pada awal Mei.

Salah satu penganjur percutian Sichuan Khan, projek pertukaran budaya yang dikenali sebagai "Saya di China" ("I'm in China",) mengundang warga asing untuk melawat tempat-tempat berbeza di China dan mengalami budaya dan adat masyarakat tempatan. Sichuan merupakan hentian pertama projek ini. Projek "Saya di China" ialah satu usaha inovatif untuk memperkenalkan China kepada warga asing. Selain bintang-bintang seperti Khan, semua ekspatriat yang menetap di China turut dialu-alukan untuk menyertai projek ini dan mereka boleh mendaftar melalui akaun WeChat rasmi pihak penganjur.

Zhao Tianshu, +86-139-1739-2841

Photo - http://photos.prnasia.com/prnh/20170421/1827670-1

Source: "I’m in China" programme
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Film & Motion Picture Social Media Travel