omniture

Airbus, Global Deans dan UNESCO Ganding Bahu Bawakan Lebih Kepelbagaian dalam Kejuruteraan

Airbus
2017-04-25 04:51 482

TOULOUSE, Perancis, 25 April 2017 /PRNewswire/ --

 - Panggilan penyertaan dibuka untuk "Anugerah Kepelbagaian Airbus" 2017

Airbus, pengeluar pesawat terkemuka, dan Global Engineering Deans Council (GEDC), melancarkan pembukaan pencalonan untuk edisi 2017 "Anugerah Kepelbagaian Airbus". Anugerah ini bermatlamat untuk menonjolkan projek-projek yang berjaya yang telah menggalakkan lebih ramai golongan muda daripada seluruh profil dan latar belakang untuk mengkaji dan melakar kejayaan dalam bidang kejuruteraan. Anugerah ini diwujudkan dan dibiayai oleh Airbus dengan kerjasama GEDC, pemimpin organisasi antarabangsa utama bagi sekolah-sekolah dan kolej-kolej kejuruteraan. Sempena edisi ulang tahun kelima ini, anugerah ini akan diletakkan di bawah naungan UNESCO.

Matlamat jangka panjangnya adalah untuk meningkatkan kepelbagaian dalam kalangan komuniti jurutera global agar industri kejuruteraan dapat memperlihatkan kepelbagaian komuniti yang menerima sokongannya, dengan ciri kepelbagaian diiktiraf sebagai pemacu inovasi serta pertumbuhan.

"Di Airbus, kami sedia maklum bahawa budaya yang pelbagai dan inklusif adalah suatu aset," kata Jean Brice Dumont, Naib Presiden Eksekutif Kejuruteraan Airbus Helicopters dan penaung anugerah tersebut. "Ia menggalakkan corak pemikiran yang inovatif yang mendasari kemajuan teknologi yang luas dalam sektor penerbangan dan aeroangkasa masa kini. Kami komited untuk memupuk bakat kejuruteraan generasi seterusnya dan berbangga dapat bekerjasama dengan UNESCO serta sekolah-sekolah kejuruteraan di seluruh dunia untuk mencapai objektif tersebut."

"Kami memerlukan lebih ramai golongan muda daripada setiap latar belakang dan profil untuk menguasai kemahiran yang diperlukan oleh dunia demi menangani cabaran global terhebat, selain merealisasikan potensi peluang-peluang baharu," kata Flavia Schlegel, Penolong Ketua Pengarah Sains Semula Jadi, UNESCO. "Dengan itu, saya berasa teruja untuk membawakan sokongan UNESCO kepada perkongsian berharga ini."

Pada November lalu, Anugerah Kepelbagaian Airbus menjadi milik Dr Yacob Astatke, daripada Morgan State University di AS, atas pengenalan menarik beliau terhadap teknologi dan inisiatif latihan di seluruh universiti di Etiopia bagi meningkatkan penyampaian pendidikan kejuruteraan di Afrika.

"Pada tahun 2017, kami mengundang semua orang untuk berusaha meningkatkan kepelbagaian dalam bidang pendidikan kejuruteraan di serata dunia bagi menonjolkan projek-projek berjaya mereka, berkongsi idea-idea bagus mereka serta pendekatan inovatif dan untuk menginspirasikan orang lain untuk melakukan lebih lagi berhubung isu kritikal ini," kata Peter Kilpatrick, Dekan Kejuruteraan McCloskey di University of Notre Dame, AS, dan Pengerusi GEDC.

Penyertaan untuk penerimaan anugerah baharu ini akan ditutup pada 10 Julai dan projek yang berjaya akan diumumkan di Persidangan Tahunan GEDC di Niagara Falls, Kanada pada bulan Oktober 2017. Penyertaan boleh dibuat secara dalam talian oleh mana-mana individu atau pasukan yang bertugas dengan atau di kolej/fakulti kejuruteraan, yang mempunyai projek yang telah menunjukkan hasil yang ketara dalam membawakan lebih banyak ciri kepelbagaian dalam kalangan pelajar dan/atau siswazah kejuruteraan.

Pautan  

Maklumat lanjut disediakan di: http://www.airbusgroup.com/diversityaward

Untuk mendaftar atau mengambil bahagian: https://gedcairbusdiversityaward.com/application/

  • Panggilan penyertaan ditutup - 10 Julai 2017
  • Senarai Pendek Diumumkan - Ogos 2017
  • Finalis Diumumkan - September 2017
  • Majlis Penyampaian Anugerah di Persidangan Tahunan GEDC di Niagara Falls, Kanada - 11-13 Oktober
Source: Airbus
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Passenger Aviation Corporate Social Responsibility