omniture

Hilton Buka Hotel Pertama di Jiuzhaigou yang Indah, Wilayah Sichuan

Hilton Jiuzhaigou Resort Tampilkan Keindahan Pemandangan Wilayah ini dan Kebudayaan Tibet
Hilton Jiuzhaigou Resort
2017-04-25 09:46 448

JIUZHAIGOU, China dan MCLEAN, Virginia, 25 April 2017 /PRNewswire/ -- Pada 22 April, Hilton (NYSE: HLT) mengumumkan pembukaan Hilton Jiuzhaigou Resort, menandakan kemunculan sulung Hilton di Jiuzhaigou, Wilayah Sichuan. Menempatkan taman negara Warisan Dunia UNESCO yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan biodiversiti, Jiuzhaigou menawarkan pelancong percutian menakjubkan di pinggir penara Tibet. Hilton Jiuzhaigou Resort menawarkan 426 bilik, suit dan vila terletak di lereng bukit yang subur di Pergunungan Min.

Pemandangan Malam Hilton Jiuzhaigou Resort
Pemandangan Malam Hilton Jiuzhaigou Resort

Hilton Jiuzhaigou Resort mempunyai lokasi terbaik yang terletak di pintu masuk Lembah Zhongcha, hanya 14 kilometer dari Taman Negara Lembah Jiuzhai dan hanya lima kilometer dari Taman Jiuzhai Songcheng Romance, sebuah taman tema popular menampilkan hiburan budaya. Tempat peranginan ini dihubungkan oleh Lapangan Terbang Jiuzhai Huanglong dan menyediakan tempat yang sesuai bagi tetamu untuk meneroka tarikan utama termasuklah kolam batu kapur Goddess Lake dan glasier dan salji yang melitupi pergunungan Huanglong.

Hilton Jiuzhaigou Resort ialah gabungan mewah alam semula jadi, reka bentuk moden dan citarasa seni bina Tibet. Bilik tetamu yang luas merangkumi sekurang-kurangnya 46 meter persegi, manakala 10 vila antara 320 dan 460 meter persegi setiap satu. Semua bilik mempunyai televisyen LED 49-inci, akses internet berkelajuan tinggi, ruang kerja yang luas dan pancuran mandi hujan. Tetamu yang menginap di bilik eksekutif mempunyai balkoni peribadi serta akses ke Ruang Istirehat Eksekutif yang menghidangkan sarapan pagi percuma, hidangan ringan sepanjang hari dan koktel malam. Kemudahan rekreasi di tempat peranginan ini termasuk spa, pusat kecergasan 24 jam dan kelab kanak-kanak. Tempat peranginan ini juga menampilkan replika jalan Tibet biasa purba, di mana tetamu boleh mengenali budaya tempatan.

Hilton Jiuzhaigou Resort menawarkan 1,522 meter persegi ruang acara dan mesyuarat yang fleksibel, termasuk 7 bilik majlis, ruang legar pra-majlis dan Dewan Tari-menari Utama tanpa tiang, 910 meter persegi yang boleh menampung sehingga 1,300 orang. Dewan tarian ini mempunyai paparan LED 55 meter persegi dan dilengkapi dengan teknologi persidangan yang terkini. Hilton Jiuzhaigou Resort menawarkan pusat perniagaan yang memastikan tetamu boleh kekal produktif bersama pasukan hotel yang khusus ditempatkan untuk memberikan sokongan yang komprehensif bagi kelancaran acara dan mesyuarat.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170424/1832250-1

 

 

 

Source: Hilton Jiuzhaigou Resort
Related Stocks:
NYSE:HLT
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Corporate Expansion New products/services