omniture

DJI Umum Ciri dan Spesifikasi untuk Gogal FPV

DJI
2017-04-26 06:57 420

Pengalaman Penerbangan Menyeronokkan dan Imersif untuk Pengendali Dron

LAS VEGAS, 26 April 2017 /PRNewswire/ -- DJI, peneraju dunia bagi teknologi kenderaan udara tanpa pemandu, pada hari Isnin mengumumkan ciri-ciri dan spesifikasi untuk DJI Goggles, sistem pandangan diri pertama yang meluaskan pemandangan udara, memberikan juruterbang dron dengan pandangan dunia dari atas yang lancar dalam HD penuh.

DJI Goggles menggabungkan sepasang skrin berkualiti ultra tinggi yang besar, fungsi ketersambungan tanpa wayar jarak jauh dan kependaman rendah, serta kawalan terus rakaman foto dan video. Pengendali yang menggunakan dron siri Mavic Pro atau Phantom 4 juga boleh mengakses banyak ciri penerbangan pintar menggunakan pad sentuh pada bahagian tepi visor.

"Juruterbang DJI layak mendapat pengalaman pandangan diri pertama dengan tahap kualiti, kuasa dan prestasi sama yang mereka harapkan daripada platform udara kami. Kami benar-benar menjangkakan mereka akan berasa teruja dengan pengalaman yang menyeronokkan dan imersif apabila terbang dengan gogal kami," kata Paul Pan, Pengurus Kanan Produk DJI.

"Kami telah memperbaiki setiap elemen pada DJI Goggles mengikut piawaian yang sama seperti platform udara kami dan kami mengoptimumkan fungsi ketersambungan mereka bagi memberikan pengalaman dron yang paling hebat setakat ini."

Optik Berkualiti Tinggi, Transmisi Kependaman Rendah

DJI Goggles menggunakan pemisah pancar untuk memaparkan imej di hadapan mata, selain polarisasi bagi mengelakkan sebarang pertindihan imej. Ini menghasilkan resolusi 1920x1080 HD penuh bagi setiap skrin, memberikan lebih dua kali ganda jumlah piksel paparan 2K biasa. Menggunakan DJI Goggles adalah seperti melihat skrin pawagam rumah 216" yang diletakkan sejauh tiga meter. Melalui sistem penghantaran tanpa wayar OcuSync DJI, sehingga dua pasang DJI Goggles boleh dihubungkan kepada satu pesawat Mavic Pro. DJI Goggles boleh menerima data video secara terus daripada dron dengan memintas pengawal bagi mengurangkan ketinggalan. Apabila menerbangkan Mavic Pro, DJI Goggles menawarkan sehingga 720p pada 60 bingkai sesaat dan jarak dekat 1080p pada 30 bingkai sesaat yang dilihat dengan kependaman serendah 110ms.

Pengalaman Imersif Sepenuhnya. Kawalan Sepenuhnya.

Pad sentuh yang disepadukan ke dalam DJI Goggles menjadikannya mudah untuk menavigasi sistem menu dalaman, memberikan akses mudah kepada ciri-ciri penerbangan pintar utama seperti ActiveTrack, TapFly, Terrain Follow, Mod Sinematik dan Mod Tripod. Bagi Mod Sayap Tetap, DJI Goggles memberikan mereka dengan cara serba baharu untuk menerbangkan Mavic Pro. Bagi mod ini, pesawat terbang ke hadapan dengan pergerakan putaran yang mencukupi untuk mensimulasikan penerbangan realistik. Ciri ramalan trajektori AR pada Mod Sayap Tetap menjadikan penggunaan mod ini lebih selamat untuk persekitaran yang rumit.

Pengesanan Kepala, satu ciri dalam DJI Goggles, membolehkan pengendali yang menggunakan pesawat siri Mavic Pro atau Phantom 4 menggunakan pergerakan kepala bagi mengawal rewang pesawat dan kecondongan kamera. Memaling kepala anda adalah seperti menggerakkan kayu kawalan – paling ke kiri atau kanan untuk merewang ke kiri atau kanan, dan tegakkan kepala anda untuk menghentikan belokan. Satu lagi pilihan adalah menggunakan DJI Goggles untuk mengawal gimbal secara eksklusif, manakala pengendali pesawat mengekalkan kawalan pesawat dengan pengawal induk. Digabungkan dengan Mod Sayap Tetap, anda boleh menggunakan kepala anda untuk mengawal Mavic Pro untuk pengalaman penerbangan yang imersif.

Pengendali haruslah sentiasa mematuhi peraturan tempatan untuk penerbangan FPV, dan disyorkan untuk menggunakan pengesan bagi membantu memantau ruang udara di sekitar.

Reka Bentuk Ergonomik yang Mengutamakan Keselesaan

Reka bentuk cekak kepala yang stabil dapat mengimbangkan dan menyebarkan berat DJI Goggles di bahagian kepala, meminimumkan tekanan pada muka dan memaksimumkan keselesaan. DJI Goggles membolehkan pengendali mengalih antara pandangan orang ketiga dengan FPV hanya dalam beberapa saat. Pengendali juga boleh memakai cermin mata di dalam dan menghentikan mod FPV serta merta dengan menolak visor ke atas agar mereka dapat melihat pesawat dan persekitaran mereka. Skrin dan cekak kepala boleh ditanggalkan agar mudah dialihkan dan disimpan.

Menghubungkan Peranti Anda

Pelbagai jenis antara muka dibangunkan untuk DJI Goggles, membolehkan antara muka tersebut berfungsi dengan peranti berbeza. DJI Goggles boleh diselaraskan dengan Mavic Pro melalui sistem penghantaran OcuSync DJI, manakala dron Phantom 4, Phantom 4 Advanced, Phantom 4 Pro, dan Inspire 2 boleh dihubungkan melalui port USB pengawal. Kad SD Mikro dalam pesawat membolehkan pengendali memuat turun fail daripada pesawat kepada gogal atau menyemak fail video serta merta. Selain itu, input HDMI membolehkan DJI Goggles berhubung kepada peranti video untuk menonton filem mahupun bermain permainan video.

Pengalaman paparan diri pertama DJI Goggles dapat berfungsi dengan platform udara DJI termasuk Mavic Pro, siri Phantom 4, dan siri Inspire (ciri-ciri penerbangan pintar menggunakan pad sentuh berbeza mengikut setiap model pesawat). Apabila dicas penuh, DJI Goggles dapat beroperasi sepenuhnya bagi tempoh maksimum selama enam jam. Dengan harga US$449, DJI Goggles akan mula dihantar selepas 20 Mei 2017.

Untuk maklumat lanjut tentang DJI Goggles, sila layari: http://www.dji.com/dji-goggles

Untuk muat turun foto: https://www.dropbox.com/sh/ylg0jjbhx1wkr76/AACo8nwALl2O3E8jtLmUFDqma?dl=0

Untuk maklumat tambahan, sila hubungi:

Adam Lisberg, pr@dji.com

Latar Belakang DJI

DJI ialah peneraju global dalam membangunkan dan mengeluarkan teknologi dron dan kamera inovatif untuk kegunaan komersial serta rekreasi. DJI ditubuhkan dan dikendalikan oleh mereka yang berminat terhadap helikopter kawalan jauh dan pakar-pakar dalam teknologi kawalan penerbangan serta penstabilan kamera. Syarikat ini adalah khusus untuk menjadikan peralatan dan platform untuk penggambaran udara dan pembuatan filem lebih mudah diakses, andal dan lebih mudah digunakan oleh pencipta serta penginovasi di seluruh dunia. Operasi global DJI kini mencakupi benua Amerika, Eropah dan Asia, manakala produk dan penyelesaian revolusionernya dipilih oleh pelanggan di lebih 100 negara untuk digunakan dalam industri pembikinan filem, pembinaan, tindak balas kecemasan, pertanian, pemuliharaan dan banyak lagi industri lain.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Laman Sesawang: www.dji.com 
Facebook: www.facebook.com/DJI 
Instagram: www.instagram.com/DJIGlobal 
Twitter: www.twitter.com/DJIGlobal 
Langgan Saluran YouTube kami: www.youtube.com/DJI

Source: DJI
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Multimedia/Online/Internet MultiVu Photo MultiVu Video New products/services