omniture

Grand Départ Düsseldorf 2017 di New York Times Square

Landeshauptstadt Dusseldorf
2017-04-26 09:00 425

DÜSSELDORF, Jerman, 26 April 2017 /PRNewswire/ --

Iklan sempena permulaan Tour de France

Mulai 29 Jun hingga 2 Julai 2017, tumpuan dunia akan beralih ke Düsseldorf, apabila Tour de France berlangsung di Jerman sekali lagi – buat pertama kali dalam tempoh 30 tahun – menerima sorakan daripada ratusan ribu penonton dan berjuta-juta khalayak dunia melalui siaran langsung di kaca televisyen dan juga Internet.

generated by system

Tour de France juga amat popular di AS, dan mempunyai kumpulan peminat yang besar. Oleh yang demikian, pengunjung Times Square di New York yang terkenal di dunia itu telahpun menerima cecapan pertama – melalui papan motif kempen untuk Grand Départ Düsseldorf 2017, dan rujukan domain di http://www.letour-duesseldorf.de pada dua skrin (bersaiz kira-kira 11 x 10 meter dan 7 x 14 meter) "The Reuters Sign" (7th Avenue/penjuru W43rd Street). Alamat laman sesawang ini membawa anda ke laman web bandar tersebut http://www.duesseldorf.de/letour, dengan semua maklumat penting berhubung permulaan Jelajah disediakan dalam tiga bahasa (Jerman/Perancis/Inggeris).

Paparan di Times Square dijayakan oleh news aktuell, sebuah syarikat dpa-group, bagi pihak Pejabat Komunikasi.

Datuk Bandar Thomas Geisel: "Grand Départ Düsseldorf 2017 mungkin merupakan acara sukan paling besar tahun ini. Maka, wajarlah AS disajikan dengan sesuatu yang dinanti-nantikan, dan atas sebab inilah Düsseldorf kini boleh dilihat di Times Square di New York - saya bersetuju."

Bahkan, tiga daripada lapan belas Pasukan UCI WorldTour, iaitu BMC Racing Team, Cannondale Drapac dan TrekSegafredo dilesenkan di AS. Jelajah California (14 hingga 21 Mei), salah satu perlumbaan dalam kalendar UCI WorldTour, turut berlangsung di sini. Harapan paling tinggi dalam perlumbaan basikal AS diletakkan pada Tejay Van Garderen, yang mengetuai skuad pelumba basikal Amerika generasi seterusnya.

New York Times Square dikunjungi oleh 30 juta pelancong setahun. Selain itu, lebih 231,000 kakitangan bekerja di sini dalam 1,500 syarikat. "The Reuters Sign" ialah salah satu paparan digital terbesar di dunia.

- Rujukan silang: Gambar disediakan di AP Images (http://www.apimages.com) dan http://www.presseportal.de/nr/53219 / -

Hubungi:
Landeshauptstadt Düsseldorf   
Amt für Kommunikation   
Kerstin Jäckel-Engstfeld   
Telefon: +49211-8993131  
E-Mel: presse@duesseldorf.de  
http://www.duesseldorf.de

Source: Landeshauptstadt Dusseldorf
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services