omniture

Huawei dan GE Perkenal Penyelesaian Penyelenggaraan Prediktif berasaskan Awan Perindustrian

Penyelesaian baharu kurangkan masa henti aset tidak dirancang dan kos penyelenggaraan sambil tingkatkan inovasi produk dan perkhidmatan
Huawei
2017-04-26 17:40 576

HANNOVER, Jerman, April 26, 2017 /PRNewswire/ -- Di Hannover Messe 2017, pameran perindustrian utama dunia, Huawei, penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global terkemuka dan GE Digital, syarikat perisian utama untuk Internet Perindustrian, bersama-sama melancarkan Penyelesaian Penyelenggaraan Prediktif berasaskan Awan Perindustrian mereka. Penyelesaian baharu ini menyepadukan dengan lancar IoT Pengkomputeran Pinggir Huawei (EC-IoT) dengan platform awan Internet Perindustrian GE, Predix untuk mendayakan ketersambungan hujung-ke-hujung yang pesat antara aset industri dan aplikasi awan, yang membolehkan fungsi pemantauan keadaan mesin masa sebenar, analisis dan persepsi data, serta proses membuat keputusan penyelenggaraan yang pintar. Dalam era industri digital, penyelesaian ini membantu pengeluar mengurangkan kos penyelenggaraan dan mengelakkan masa henti aset yang tidak dirancang, selain memacu inovasi untuk produk dan juga penyelesaian.

Mengulas tentang kolaborasi ini, Diana Yuan, Presiden Jabatan Pemasaran dan Jualan Penyelesaian Huawei Enterprise Business Group, berkata: "Era industri digital bukan sahaja menyediakan peluang pembangunan untuk industri-industri tradisional, tetapi turut mewujudkan cabaran dengan kesalinghubungan antara pelbagai peranti, pengkomputeran Data Besar dan aplikasi pintar. Huawei berkolaborasi dengan rakan kongsi untuk meninjau bidang Internet perindustrian dan menangani cabaran ini berdasarkan pengalaman kami dalam transformasi digital dan teknologi ICT utama. Sebagai syarikat Fortune Global 500, Huawei dan GE telah memanfaatkan keupayaan penyelidikan dan inovasi kami yang luas untuk membangunkan penyelesaian hebat yang dapat membantu pelanggan industri menyerlahkan tahap prestasi aset baharu, mengoptimumkan operasi perkhidmatan dan menjadi lebih berdaya saing. Pada masa depan, Huawei dan GE akan bersama-sama memacu penggunaan aplikasi berdigital industri berasaskan awan bagi memdayakan transformasi digital industri-industri."

Harel Kodesh, Ketua Pegawai Teknologi GE Digital berkata: "Perkembangan Internet Perindustrian bergantung pada pembangunan ekosistem dan komitmen untuk membangunkan penyelesaian bersama-sama bagi mempercepat transformasi digital untuk industri. Penyelesaian baharu ini menggabungkan kekuatan antara dua syarikat hebat - Huawei dan GE - dan telahpun memacu hasil positif untuk pelanggan didorong inovasi seperti Schindler. Perkongsian ini akan membantu syarikat-syarikat industri memanfaatkan Internet Perindustrian dan memacu keuntungan yang belum pernah diperoleh dari segi produktiviti."

Huawei dan GE mengumumkan perkongsian strategik mereka pada bulan Julai 2016 dan penyelesaian bersama ini merupakan pencapaian terkini untuk jalinan kerjasama mereka dalam bidang IoT perindustrian. Penyelesaian ini menyepadukan gerbang EC-IoT Huawei dan Agile Controller, platform Predix GE, sensor dan pengawal rakan kongsi lain, serta aplikasi perindustrian bagi mewujudkan saluran maklumat antara rangkaian perindustrian dan platform saling hubung.

Penyelesaian Penyelenggaraan Prediktif Perindustrian akan diguna pakai oleh Schindler, penyedia lif dan tangga bergerak yang terkenal di dunia. Ia akan membantu Schindler menghubungkan dan mengurus jutaan lifnya secara berpusat di seluruh dunia, mengurangkan kos penyelenggaraan peralatan dengan ketara, dan meningkatkan keandalan perkhidmatan, dan memberi manfaat kepada berbilion-bilion orang di seluruh dunia, setiap hari.

"Menggunakan teknologi inovatif dan kepakaran industri kami, kami membangunkan Schindler Ahead, platform industri digital untuk mobiliti bandar pintar. Perkongsian dengan Huawei dan penyelesaian ketersambungan utamanya membolehkan kami berkembang pantas dan berinovasi pada kadar tertinggi demi pelanggan dan penumpang kami," kata Michael Nilles, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Digital Schindler.

Hannover MESSE 2017 diadakan mulai 24-28 April di Pusat Pameran Hannover di Jerman. Reruai Huawei terletak di A26, Dewan 7. Untuk maklumat lanjut tentang pameran produk dan penyelesaian Huawei di pameran, layari http://e.huawei.com/topic/hannovemesse2017-en/index.html.

-Tamat-

Latar Belakang Huawei

Huawei ialah penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global yang terkemuka. Matlamat kami adalah untuk memperkayakan kehidupan dan meningkatkan kecekapan melalui dunia yang terhubung lebih baik, bertindak sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, pemangkin yang inovatif untuk masyarakat bermaklumat serta penyumbang secara kolaboratif untuk industri ini. Didorong oleh inovasi yang mengutamakan pelanggan dan perkongsian terbuka, Huawei mewujudkan portfolio penyelesaian ICT yang menyeluruh bagi memberi kelebihan daya saing kepada pelanggan dalam rangkaian telekomunikasi dan perusahaan, peranti serta pengkomputeran awan. Penyelesaian, produk dan perkhidmatan ICT kami yang inovatif dimanfaatkan di lebih 170 buah negara dan kawasan, menyokong lebih satu pertiga daripada populasi dunia. Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah sebuah syarikat persendirian yang dimiliki sepenuhnya oleh kakitangannya. Untuk maklumat lanjut, sila layari Huawei dalam talian di www.huawei.com.

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Trade show news