omniture

Rasa Inovasi: Perkenalkan Johnnie Walker Blenders' Batch Bourbon Cask & Rye Finish kepada Diageo Global Travel

Diageo Global Travel
2017-04-27 03:31 714

LONDON, 27 April 2017 /PRNewswire/ --

Cabarannya? Bayangkan dunia dengan rasa wiski benar-benar berlainan; di mana anda boleh mengalami sensasi rasa yang mengejutkan yang dipengaruhi oleh kemanisan wiski rai yang kuat yang digabungkan dengan kedalaman dan kelembutan Scotch yang telah direka dengan teliti.

generated by system

Ini ialah ujian yang ditetapkan sendiri oleh pasukan pengadun pintar di Johnnie Walker, jenama nombor satu terlaris di dunia Scotch Whisky, dalam mencipta Johnnie Walker Blenders' Batch Bourbon Cask & Rye Finish. Campuran baharu ini adalah edisi terhad yang kedua dan inovasi terkini dalam portfolio Johnnie Walker Blenders' Batch – siri percubaan Scotch Whiskies yang mencabar resam dan mengangkat tahap teratas kemahiran dan pencarian yang tidak pernah berhenti untuk mencari perisa. Keghairahan ini telah menjadi pendorong bagi pasukan kecil pakar pengadun di Johnnie Walker selama lebih dari 200 tahun.

Diilhamkan oleh pakar pengadun Dr Jim Beveridge, yang melibatkan diri dalam pembuatan wiski sejak lebih 40 tahun lalu, menghabiskan masa beliau mengadun bourbon dan rai di Kentucky dalam tahun 1990-an, Johnnie Walker Blenders' Batch Bourbon Cask & Rye Finish menerobos sempadan pengadunan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Hanya disediakan dalam bilangan yang kecil di pasaran terpilih, termasuk Travel Retail, Johnnie Walker Blenders' Batch Bourbon Cask & Rye Finish telah diambil daripada lebih 200 sampel wiski, disimpan di dalam tong bourbon yang pertama kali diisi dan disiapkan dalam masa 6 bulan di dalam tong yang digunakan untuk menyimpan rai terlebih dahulu. Menampilkan wiski dari 5 kilang penyulingan termasuk Dufftown dan Port Dundas yang telah ditutup, campuran baharu ini kaya dan hangat dengan kemanisan madu yang kuat.

Keajaiban, kreativiti dan eksperimentasi yang telah digunakan dalam proses pembuatan wiski memacu pasukan pengadun di Johnnie Walker untuk bereksperimen dengan pengalaman perisa yang baharu dan mengejutkan, menjadikannya tambahan terkini kepada siri Johnnie Walker Blenders' Batch. Eksperimen perisa yang berterusan yang dikaji oleh Beveridge dan pasukannya di tempat asal jenama ini di Scotland adalah bahagian terpenting dalam kerjaya mereka, menumpukan kepada pembangunan dan memahami perisa alternatif termasuk wain, kopi dan coklat.

"Eksperimentasi ialah kunci kepada inovasi," kata Dr Beveridge. "Ia merupakan tunjang Johnnie Walker sejak dari mula dan telah membolehkan kami mencipta wiski-wiski yang sempurna seperti Johnnie Walker Red Label dan Johnnie Walker Black Label secara tekal sejak bergenerasi lamanya.

"Perkara yang kami lakukan hari ini ialah perkara yang telah kami lakukan selama hampir 200 tahun, bereksperimen dengan perisa dan pengaruh perisa untuk memastikan bahawa wiski yang kami buat setiap hari adalah yang terbaik. Ketika ini, minat terhadap wiski adalah lebih tinggi berbanding sebelumnya dan ini adalah masa yang tepat untuk memberikan peluang kepada orang ramai mencuba minuman inovatif – yang kadang kala kelihatan ganjil - yang sedang dalam eksperimen kami. Kami berpendapat bahawa orang ramai akan menyukai wiski-wiski ini dan lebih dari itu, mereka akan lebih gemar untuk mengetahui cerita bagaimana ia bermula."

Dayalan Nayager, Pengarah Urusan Diageo Global Travel, berkata: "Johnnie Walker Blenders' Batch Bourbon Cask & Rye Finish ialah pembelian yang tepat bagi pengembara-pengembara yang mencari pengalaman rasa yang baharu dan mengejutkan, peminat Johnnie Walker atau mereka yang mahu meneroka minuman jenis ini.

"Para pengembara mencari jenama-jenama yang mempunyai penemuan, ketulenan, ketukangan dan cerita sebenar manusia di belakangnya. Johnnie Walker mempunyai cerita yang unik untuk diceritakan dan kami teruja untuk menawarkan pembeli sepintas lalu ke dalam dunia eksplorasi perisa dari jenama terbesar dunia Scotch Whisky. Oleh sebab ia merupakan produk edisi terhad, tambahan produk ini kepada rangkaian bebas cukai Johnnie Walker merupakan sesuatu yang sangat mengujakan."

Apabila membuat wiski, pengadun di Johnnie Walker berfikir 'dari belakang bar', memastikan pelayan bar dan peminat wiski di rumah mempunyai minuman yang sempurna di tangan untuk dihidangkan tanpa ais, dengan ais batu, atau sebagai bahan asas koktel berasaskan Scotch yang sempurna.

Diilhamkan oleh kejayaan terkini Johnnie Walker Select Casks – Rye Cask Finish, para pengembara boleh membeli Johnnie Walker Blenders' Batch Bourbon Cask & Rye Finish di kedai-kedai bebas cukai di seluruh dunia sekarang.

Nota kepada Editor:

Johnnie Walker Blenders' Batch Bourbon Cask & Rye Finish berharga (RRP) $52.50 / £32.00

Johnnie Walker Blenders' Batch Bourbon Cask & Rye Finish mempunyai 40% ABV

Johnnie Walker Blenders' Batch Bourbon Cask & Rye Finish tersedia di dalam botol 1L.

Pakar Pengadun Johnnie Walker

Semangat, kemahiran dan komitmen pengadun kami terhadap inovasi membolehkan mereka untuk mencipta wiski-wiski yang sempurna secara berterusan seperti Johnnie Walker Red Label dan Johnnie Walker Black Label sejak bergenerasi lamanya.

Pengadun-pengadun kami boleh memilih dari lapan juta tong Scotch Whisky yang telah dicipta dengan teliti yang telah diambil dari lebih 30 kilang penyulingan di seluruh Scotland, bermakna Johnnie Walker dihasilkan daripada palet perisa yang tidak boleh ditandingi oleh pesaing-pesaing lain.

Selama hampir dua abad, enam generasi pengadun – bermula dengan Johnnie Walker sendiri – telah mempunyai visi yang berani, bermain dan bereksperimen dengan perisa bukan kerana tanggungjawab atau keperluan tetapi kerana mereka suka pekerjaan mereka. Kemahiran dan visi inilah yang telah membolehkan pengadun-pengadun kami untuk mencipta wiski-wiski yang sempurna secara konsisten seperti Johnnie Walker Red Label dan Johnnie Walker Black Label sejak bergenerasi lamanya. Ekspresi paling baru ini datang daripada sebuah jenama yang sentiasa komited kepada kepentingan inovasi untuk memacu jualan di seluruh dunia.

1. IWSR, 2015

Latar Belakang Diageo

Diageo ialah sebuah peneraju minuman beralkohol yang mempunyai koleksi hebat dalam semua kategori spirit, bir dan wain. Jenama-jenama ini termasuk wiski Johnnie Walker, Crown Royal, J&B, Buchanan's dan Windsor, vodka Smirnoff dan CîrocCaptain MorganBaileysDon JulioTanqueray dan Guinness.

Diageo adalah sebuah syarikat global dan produk kami dijual di lebih daripada 180 buah negara di seluruh dunia. Syarikat ini disenaraikan di kedua-dua Bursa Saham London (DGE) dan Bursa Saham New York (DEO). Untuk maklumat lanjut tentang latar belakang Diageo, kakitangan kami, jenama-jenama kami, dan prestasi, lawati kami di http://www.diageo.com. Layari sumber minum berhemah global Diageo, http://www.DRINKiQ.com, untuk maklumat, inisiatif, dan cara-cara untuk berkongsi amalan terbaik.

Meraikan kehidupan, setiap hari, di mana jua.

Source: Diageo Global Travel
Related Stocks:
LSE:DGE NYSE:DEO
Related Links:
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages New products/services