omniture

Khaled El-Gendy Sertai Pasukan Pengurusan Pilatus Clinical Services

Pilatus Clinical Services
2017-04-27 09:00 647

WATFORD, England, 27 April 2017 /PRNewswire/ --

Pilatus Clinical Services, salah satu pakar penyumberan biosimilar dan pembanding bertaraf global yang terkemuka, berbesar hati mengalu-alukan En. Khaled El-Gendy ke dalam pasukan pengurusannya. Membawa pengalaman yang luas untuk bidang ini, Khaled akan berkhidmat sebagai Naib Presiden kami, Ketua Pembangunan Perniagaan Global.

generated by system

Khaled mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam industri farmaseutikal. Terdahulu, Khaled merupakan Pengarah Bersekutu untuk Penyumberan Pembanding, Ketua Operasi Komersial untuk salah satu peneraju pasaran bagi bekalan ujian percubaan klinikal. Tanggungjawab beliau, antara lain, termasuk mengurus pelbagai pasukan komersial global di EU, AS dan rantau APAC bagi penyumberan produk-produk ujian percubaan klinikal. Beliau turut memacu perluasan bahagian pasaran melalui pewujudan dan pelaksanaan perkongsian strategik dengan pelbagai syarikat biofarmaseutikal dan juga CRO (Organisasi Penyelidikan Kontrak). Terdahulu, Khaled menghabiskan masa selama 14 tahun di Roche, iaitu di Finland dan juga ibu pejabat Roche di Basel bagi memimpin jualan global melibatkan bekalan percubaan klinikal kepada pihak-pihak ketiga.

Khaled ialah seorang yang benar-benar meyakini model perniagaan "End2end" ("Hujung ke Hujung") yang memerihalkan penyempurnaan tugas dengan teliti yang diurus dalam jangka masa yang ditetapkan. Pendekatan ini menggunakan strategi khusus yang mengutamakan keperluan pelanggan, di samping mengekalkan dan membina hubungan yang amat baik dengan pihak pembekal.

Kevin Wolfe, Pengarah Syarikat, mengulas, "Kami amat berbesar hati mengumumkan penambahan Khaled ke dalam pasukan kami. Pengalaman beliau selaku pembekal produk-produk pembanding untuk percubaan klinikal dan juga pelanggan pastinya dapat memberikan pemahaman kepada pasukan Pilatus tentang sejauh mana kami dapat membawakan lebih nilai kepada pelanggan kami."

Khaled ialah seorang warganegara Finland, dengan asal usul dari Mesir. Dengan latar belakang akademik yang menyeluruh, kini Khaled kini mengikuti pengajian peringkat doktor falsafah bagi melengkapi pengajian ijazah pascasiswazah beliau dalam bidang Kesihatan Global daripada University of Edinburgh.

Hubungi: Rotimi Dina, r.dina@pilatuscs.com , +44-01923-204310

Source: Pilatus Clinical Services
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Personnel announcements