omniture

SweetRing: Cukai Penggunaan Baru Dilancar Tambah Beban Ekonomi bagi Pengguna Perkahwinan Malaysia

SweetRing
2017-04-27 11:50 475

- 50% responden tinjauan yang dijalankan di Malaysia berkata mereka akan mengehadkan perbelanjaan perkahwinan mereka kepada RM 20,000 (USD 4,500)

KUALA LUMPUR, Malaysia, 27 April 2017 /PRNewswire/ -- Adakah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dilancarkan pada 1 April baru-baru ini merupakan beban yang terlalu berat untuk purata rakyat Malaysia? Mungkin kita boleh menjawab soalan tersebut daripada kaji selidik yang baru-baru ini dijalankan oleh SweetRing, aplikasi janji temu global, yang mendapat maklumat berkenaan berapa banyak rakyat Malaysia sanggup berbelanja untuk majlis perkahwinan mereka.

Kos sara hidup yang tinggi menyebabkan hampir separuh rakyat Malaysia yang ditinjau mengatakan mereka akan mengehadkan kos perkahwinan kepada RM 20,000 (USD 4,500)

Menurut tinjauan yang dilakukan SweetRing ke atas ahlinya, hampir 50 peratus daripada responden Malaysia berkata mereka ingin mengehadkan perbelanjaan kepada RM 20,000 (kira-kira USD 4,500), manakala kurang daripada 10 peratus menyatakan mereka ingin membelanjakan RM 40,000 ringgit (kira-kira USD 9,000) atau lebih dan mengadakan perkahwinan yang mewah.

Alex, ahli SweetRing berusia 30 tahun berkata, "Saya perlu bekerja lebih keras dan membawa balik lebih banyak wang supaya saya mampu membayar GST terhadap apa sahaja yang kami beli, apatah lagi kos perkahwinan."

Di samping itu, responden lelaki dan perempuan mempunyai pendapat yang berbeza berkenaan "keperluan" untuk berkahwin. Lima puluh peratus daripada responden lelaki menyatakan bahawa seorang lelaki hanya boleh mempertimbangkan untuk berkahwin jika dia mempunyai sumber kewangan, dengan 60 peratus dalam kalangan mereka memberi jawapan yang lebih spesifik, menjelaskan beliau perlu memperoleh sekurang-kurangnya RM 4,000 (kira-kira USD 880) sebelum mengikat tali perkahwinan. Apabila dibandingkan, 50 peratus daripada responden wanita berkata bahawa mereka ingin melihat calon pasangan mereka membawa pulang RM 6,000 (kira-kira USD 1,320) sebelum berkata "ya" kepada sebarang lamaran, supaya pasangan tersebut boleh mengharapkan untuk mengekalkan kualiti kehidupan tertentu selepas berkahwin.

Cindy, ahli SweetRing berusia 29 tahun, mengulas, "Penting untuk mengambil kira keadaan kewangan orang yang anda akan dikahwini. Jika tidak, adalah lebih baik untuk menangguhkan perkahwinan sehingga anda menemui orang yang tepat, demi mengelakkan isu-isu kewangan yang boleh merosakkan perkahwinan tersebut."

Maklumat lanjut tentang SweetRing boleh didapati di https://www.sweetring.com

Source: SweetRing
Keywords: Bridal Services Entertainment Social Media Web Site Survey, Polls & Research