omniture

Miral Dedahkan Sekilas Pandang Pertama Dunia Bertema Warner Bros. World Abu Dhabi di Pulau Yas

Miral Asset Management
2017-04-27 13:13 699

ABU DHABI, United Arab Emirates, 27 April 2017 /PRNewswire/ --

Pemaju sahkan 60% peringkat kemajuan, sasar pembukaan tahun 2018 

Miral, pencipta utama destinasi Abu Dhabi, hari ini mengumumkan Warner Bros. World Abu Dhabi akan membawakan enam dunia imersif: Metropolis dan Gotham City, diinspirasikan oleh alam semesta Adiwira DC dan Penjahat Utama; Cartoon Junction, Bedrock, dan Dynamite Gulch, mendapat tema daripada jenama-jenama animasi ikonik seperti Looney Tunes dan Hanna-Barbera; serta Warner Bros. Plaza, kenangan Hollywood lama, tempat watak-watak dan kisah-kisah berpengaruh ini dimulakan.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
https://www.multivu.com/players/uk/8091351-miral-reveals-warner-bros-world-abu-dhabi/

generated by system

Warner Bros. World Abu Dhabi, yang terletak di Pulau Yas dan bakal dibuka pada tahun 2018, akan menjadi tumpuan destinasi yang pertama seumpamanya dan bertaraf dunia bagi permainan taman tema menyeronokkan yang canggih, tarikan mesra keluarga yang interaktif dan hiburan secara langsung yang unik. Bermula daripada aksi dan pengembaraan DC kepada dunia aneh dan indah Looney Tunes, pengalaman dalam bangunan baharu yang imersif dan interaktif ini membawakan beberapa kisah dan watak paling popular di dunia di bawah satu bumbung.

"Miral berbangga mengesahkan bahawa setahun selepas pengumuman rancangannya untuk membawa Warner Bros. World Abu Dhabi ke Pulau Yas, kami membuat kemajuan besar bersama rakan-rakan kongsi kami dengan 60 peratus telahpun siap dan bersedia untuk dilancarkan pada tahun 2018," kata Mohamed Abdullah Al Zaabi, Ketua Pegawai Eksekutif Miral. "Kami berasa teruja untuk mendedahkan butiran baharu tentang enam dunia imersif yang unik ini di Warner Bros World Abu Dhabi, yang menjadi bahagian penting dalam cita-cita kami untuk menjadikan Pulau Yas sebagai antara sepuluh destinasi global terbaik untuk keriangan keluarga."

Para tetamu akan terpesona dengan gaya Hollywood apabila memasuki Warner Bros. Plaza, keraian Zaman Emas Hollywood. Sewaktu memasuki taman tersebut melalui pintu gerbang Warner Bros. Shield, para tetamu akan dibawa ke Hollywood dengan seni bina Art Deco yang terdapat di sepanjang jalan, manakala butiran Tinseltown asli membangkitkan aneka sejarah Warner Bros.

Buat pertama kali di Timur Tengah, para peminat Adiwira akan berpeluang melalui jalan-jalan Metropolis Superman, sebuah bandar bergaya moden dengan bangunan pencakar langit yang menjulang tinggi, dan berkeliaran di lorong-lorong gelap Gotham City Batman dalam kawasan yang lebih hebat berbanding kehidupan sebenar, dengan eksploitasi berani dan keriangan keluarga yang padat dengan aksi menanti di setiap penjuru.

Cartoon Junction yang meriah akan membawakan Bugs Bunny, Scooby-Doo, dan watak-watak terkenal lain di bawah langit kartun bergaya yang akan mengasyikkan tetamu dalam dunia animasi yang indah. Bermula dengan keriangan, kegila-gilaan dan pengalaman luar biasa, Dynamite Gulch akan membawa anda ke bintang dan jauh ke dalam ngarai. Akhir sekali, para tetamu dapat meneroka Bedrock, dunia prasejarah yang didayakan oleh burung-burung dan dinosaur, yang mana keluarga moden zaman batu dapat menikmati detik "yabba dabba doo" seperti The Flintstones.

"Warner Bros. World Abu Dhabi akan menjadi pengalaman bertema canggih yang menghidupkan beberapa watak dan kisah paling ikonik Studio ini dengan sebenar-benarnya di bawah satu bumbung buat pertama kali di Timur Tengah," kata Pam Lifford, Presiden, Warner Bros. Consumer Products. "Kami telah bekerjasama erat dengan rakan-rakan kongsi kami di Miral untuk bersungguh-sungguh membangunkan dunia-dunia imersif yang menampilkan butiran terperinci dan teruja untuk berkongsi pengalaman unik ini bersama para peminat pada tahun depan."

Terletak di Pulau Yas, salah satu destinasi perniagaan, riadah dan hiburan utama dunia, pembinaan taman ini berjalan lancar, melangkaui jangkaan syarikat produksi. Projek ini membabitkan 5,500 jurutera pakar, pekerja dan tukang mahir untuk membangunkan taman dengan kawasan seluas 1.65 juta kaki persegi. Warner Bros. World Abu Dhabi akan menjadi pengalaman imersif sepenuhnya antara enam dunia yang terdiri daripada 29 permainan taman tema, persembahan dan juga tarikan.

Warner Bros. World Abu Dhabi, dibangunkan dengan kerjasama Warner Bros. Consumer Products dan DC Entertainment akan melengkapi portfolio taman tema destinasi Pulau Yas Miral. Ini termasuk Dunia Ferrari Abu Dhabi, Taman Tema Air Yas, CLYMB dan bakal dibuka pada tahun 2022, SeaWorld Abu Dhabi yang diumumkan baru-baru ini. Pulau Yas menawarkan pelbagai pilihan pengalaman sukan dan hiburan yang luas termasuk Litar Marina Yas, tujuh buah hotel, acara sepanjang tahun, arena persembahan secara langsung dan konsert, padang golf kejohanan dengan 18 lubang, marina, pantai dan destinasi membeli belah yang semakin popular, Yas Mall.

Latar Belakang Miral:

Miral ialah pencipta destinasi Abu Dhabi, menyatukan orang ramai dan lokasi menerusi pengalaman yang unik, imersif dan menarik. Bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan Pulau Yas, aset-aset Miral terdiri daripada hiburan, hospitaliti, riadah, sukan, restoran, gedung beli belah dan destinasi hartanah. Kini, Pulau Yas menempatkan Dunia Ferrari Abu Dhabi, Taman Tema Air Yas, Padang Golf Yas Links, Pusat Membeli Belah Yas, Litar Marina Yas dan juga tujuh buah hotel, termasuk Yas Viceroy yang terkenal. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.miral.ae.

Latar Belakang Warner Bros. Entertainment

Warner Bros. Entertainment ialah peneraju dunia bagi segala bentuk hiburan dan perniagaan berkaitan mereka yang terdapat dalam semua media dan platform semasa dan baru muncul. Sebahagian daripada Time Warner Company, studio yang luas dan bersepadu sepenuhnya menempatkan salah satu koleksi jenama paling berjaya di dunia dan mendepani setiap aspek dalam industri hiburan, bermula daripada filem cereka, televisyen dan penerbitan hiburan rumah serta pengedaran seluruh dunia untuk DVD, pengedaran digital, animasi, buku komik, permainan video, pelesenan produk dan jenama, pawagam antarabangsa serta penyiaran.

Latar Belakang Warner Bros. Consumer Products

Warner Bros. Consumer Products, sebahagian daripada Warner Bros. Entertainment Company, ialah salah satu organisasi pelesenan dan perdagangan runcit utama di dunia.

Latar Belakang DC Entertainment

DC Entertainment, tumpuan bagi jenama-jenama ikonik DC (Superman, Batman, Green Lantern, Wonder Woman, The Flash), Vertigo (Sandman, Fables) dan MAD, ialah divisyen kreatif yang bertanggungjawab menyepadukan secara strategik kandungannya antara Warner Bros. Entertainment dan Time Warner. DC Entertainment yang berfungsi bersama-sama dengan banyak divisyen utama Warner Bros. bagi menyiarkan kisah dan wataknya melalui seluruh saluran media, termasuk tetapi tidak terhad kepada filem, televisyen, produk pengguna, hiburan rumah dan juga permainan interaktif. Menerbitkan ribuan buku komik, novel grafik dan majalah setiap tahun, DC Entertainment ialah penerbit komik berbahasa Inggeris terbesar di dunia.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Warner Bros. Consumer Products
Pengarah, Komunikasi & Publisiti Global
Stephanie Clark
Stephanie.clark@warnerbros.com

Video: 
     https://www.multivu.com/players/uk/8091351-miral-reveals-warner-bros-world-abu-dhabi/

Sumber: Miral Asset Management

Source: Miral Asset Management
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Entertainment Travel New products/services