omniture

Diageo World Class: Kembara Seorang Lelaki Merata Dunia untuk Cari Koktel Terbaik di Planet ini

Diageo World Class
2017-04-27 16:59 759

LONDON, 27 April 2017 /PRNewswire/ --

Siri Dokumentari Kembara Baharu Umum Usaha untuk Mencari Senarai Minuman Paling Hebat

Ia satu tugas yang sukar, tetapi seseorang terpaksa melakukannya. Satu siri kembara baharu, World Class List, mengikuti pengembaraan Carey Watkins, 27, ketika beliau meneroka peningkatan trend budaya koktel, berjalan merentasi dunia ke beberapa bandar paling dinamik di dunia untuk mewujudkan panduan utama menikmati minuman yang lebih baik.

generated by system

Pemuzik yang beraspirasi dan peminat minuman dari Australia, Carey, yang tinggal di Los Angeles, telah dipilih daripada beratus-ratus orang untuk menjadi pengacara siri perjalanan baharu, yang akan disiarkan di Amazon Prime di negara-negara terpilih mulai minggu depan. Siri ini menunjukkan kebangkitan budaya koktel global dan bertujuan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk minum dengan lebih baik serta mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan dalam proses tersebut. Ia dicipta oleh World Class, penganjur pertandingan pelayan bar terbesar di dunia. World Class ialah satu inisiatif yang dicipta oleh syarikat minumam keras Diageo, pembuat Johnnie Walker Scotch Whisky, Tanqueray no. Ten Gin and Ketel One Vodka antara lainnya.

Dalam siri lima bahagian ini, Carey meneroka apa yang paling baik untuk dilihat, dimakan dan diminum di lima bandar yang paling menarik di dunia - Sydney, Taipei, Barcelona, San Francisco dan Mexico. Perjalanan ini didorong oleh pelayan bar yang terbaik di dunia, hasilnya ialah satu siri kembara dengan corak nada, dan penciptaan senarai minuman paling hebat.

Lima pelayan bar terkenal World Class – setiap seorang merupakan pemenang kebangsaan Pertandingan World Class Bartender of the Year - berkongsi pengetahuan mendalam tentang bandar mereka dan semangat mereka untuk minum dengan lebih baik bersama Carey, menyampaikan koktel mereka yang diilhamkan oleh pengalaman mereka, untuk ditonjolkan pada World Class List.

Antara senarai itu terdapat minuman mudah dihadam dari Australia dibuat dengan wiski dan kopi yang baru dibuat dan sarapan tengah hari California yang menjadi alternatif kepada Bloody Mary menggabungkan vodka, jus lobak merah dan adas.

Dalam pencariannya, Carey mengalami beberapa detik yang tidak dapat dilupakan, termasuk pengenalan kepada gusti Mexico yang penuh bertenaga, melembing makanan laut sendiri untuk dipadankan dengan Tanqueray gin dan limau gedang di Sydney dan sambutan malam Tahun Baru sambil minum koktel di bawah simbahan bunga api di atas bot di Teluk San Francisco.

Carey Watkins berkata: "Apabila saya mendapat tahu saya akan menjadi pengacara, saya benar-benar terharu. Saya tidak dapat menerima hakikat bahawa saya akan berjalan seluruh dunia selama enam minggu, dan saya juga tidak sedar betapa hebatnya pekerjaan ini. Segalanya luar biasa, dan saya dapat melakukan perkara yang biasanya saya tidak akan lakukan.

"Lawatan itu dengan pantas bertukar menjadi sesuatu yang sukar dipercayai, dan sembilan daripada sepuluh kali saya melakukan sesuatu yang saya tidak pernah lakukan sebelum ini - dan tidak akan dapat lakukan. Saya suka mengembara, tetapi lebih daripada itu saya suka berjumpa dengan orang ramai, bercakap dengan mereka dan membina hubungan. Untuk menggabungkan kegemaran saya ini dengan perjalanan ke seluruh dunia - dan belajar bagaimana para pelayan bar mengasah kemahiran mereka sambil merasai minuman luar biasa mereka – benar-benar merupakan pekerjaan impian. Saya benar-benar terpesona dengan kelima-lima minuman tersebut - segala-galanya daripada warna, bau, hinggalah kepada rasa - ia suatu kehebatan yang sukar dipercayai".

Pengarah World Class Global Johanna Dalley berkata: " World Class List ialah lawatan global disampaikan oleh pelayan bar yang terbaik di dunia yang merupakan pekerja rencam utama di bandar mereka sendiri. Pelayan bar World Class bukan hanya mencipta minuman yang paling menakjubkan - mereka adalah pengelola dalam komuniti yang serba tahu yang juga boleh memberikan pengalaman terbaik yang sebuah bandar boleh tawarkan. Ini merupakan senarai peribadi mereka tentang apa yang perlu dilihat, dimakan dan diminum, menjadikannya suatu kemestian kepada sesiapa yang berminat dalam makanan, minuman atau pengembaraan .

"Kami mencipta siri ini untuk mempamerkan bakat pelayan bar yang luar biasa dan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk minum dengan lebih baik - untuk mencuba minuman yang menakjubkan yang ditawarkan di bar seluruh dunia, atau untuk meningkatkan usaha mereka dan membuat minuman mereka sendiri di rumah."

World Class List akan disiarkan di Amazon Prime di negara-negara terpilih bermula 1 Mei dan boleh ditonton sekarang di MakeItWorldClass.com/List. Ikut kami di Instagram @WorldClass #WorldClassList.

Sumber: Diageo World Class

Source: Diageo World Class
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Food/Beverages Television Travel New products/services