omniture

Lebih 3000 Professional Utiliti Digital Berkumpul di Bangkok untuk Minggu Utiliti Asia Tahunan ke-18

Clarion Events
2017-04-27 18:02 649

BANGKOK, 27 April 2017 / PRNewswire / - Minggu Utiliti Asia, jenama yang dimiliki oleh Clarion Events, berlangsung di Arena Impact, Pusat Pameran & Konvensyen, Bangkok, Thailand pada 24-25 Mei 2017. Minggu Utiliti Asia adalah ekspo berskala besar dengan persidangan yang direncana khusus untuk industri utiliti Asia yang berusaha untuk mengubah model perniagaan utiliti mereka bagi merangkumi pemboleh digital. Ia dikenali sebagai peneraju Asia dalam Infrastruktur Bermeter Lanjutan (Advanced Metering Infrastruktur (AMI)) dan menampilkan inovasi lain yang direka khusus untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dalam perkhidmatan tenaga. Tema khusus kepada Utiliti Digital dan Pelanggan menarik minat penginovasi teknologi dari seluruh dunia - kedua-dua syarikat utiliti di peringkat permulaan dan peneraju industri. Barisan penceramah menampilkan lebih 180 pakar teknologi tenaga termasuk:

Samuel Tan, Ketua Pegawai Digital, SP Group, Singapura
Datuk Seri Azman, Ketua Pegawai Eksekutif, Tenaga Nasional Berhad, Malaysia
Dexter Lee, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Meralco Energy, Filipina
Waiboon Chanchio, Ketua Pegawai Maklumat, Electricity Generating Authority of Thailand, Thailand
Hiroshi Okamoto, Pegawai Urusan Eksekutif, Tokyo Electric Power Company, Jepun
Song Il-keun, Naib Presiden, Ketua Makmal Tenaga Perniagaan Baharu, Korea Electric Power Research Institute, Korea
Hirokazu Yamaguchi, EGM, Inovasi & Pelaburan Global, Tokyo Electric Power Company, Jepun

Menurut Pengarah Acara, Roderic Mclauchlan:

Banyak syarikat utiliti melihat revolusi digital sebagai ancaman kepada model perniagaan tradisional mereka, tetapi peluang besar menanti mereka yang dapat mendayakan transformasi mendahului keluk. Model disruptor digital kini semakin lazim dalam sektor utiliti dan di negara-negara Asia di mana pasaran tenaga tidak lagi dikawal, mempamerkan peningkatan dalam peruncit tenaga dalam talian. Ini memaksa syarikat peneraju untuk merombak strategi saluran digital mereka untuk kekal berdaya saing. Kami juga mendapati bahawa media sosial memberi kesan besar kepada strategi perkhidmatan pelanggan apabila pelanggan yang tidak berpuas hati meluahkan kekecewaan mereka kepada khalayak yang besar dengan begitu berkesan sekali. Meskipun meter pintar masih agak baru di Asia, kes perniagaan itu kini difahami dengan baik dan dengan kebanjiran data yang datang daripada meter-meter ini dan strategi IoT merentasi perusahaan, utiliti yang memiliki model digital kini mendapat manfaat kos operasi yang lebih rendah dan dapat meningkatkan tindak balas terhadap perubahan pasaran. Minggu Utiliti Asia kini percuma untuk kedua-dua syarikat perkhidmatan tenaga serta vendor untuk sektor ini.

http://www.clarionevents.com/

http://www.clarionevents.com/

Hubungi: Khairunnisa Abd-llah                                                                           
Telefon: +65 6590 3970
Emel: infoasia@clarionevents.com

Source: Clarion Events
Keywords: Electrical Utilities Environmental Products & Services Internet Technology Oil/Energy Utilities Trade show news