DUBAI, United Arab Emirates, 28 April 2017 /PRNewswire/ -- Dalam contoh transformasi digital yang belum pernah berlaku dalam industri hospitaliti, Emaar Hospitality Group telah melancarkan lima aplikasi natif (apps) yang meningkatkan pengalaman gaya hidup digital bagi para tetamu.
Aplikasi-aplikasi ini menonjol kerana mereka memberi tumpuan kepada setiap hotel di bawah Kumpulan, bertentangan dengan amalan industri konvensional, dan memberi jaminan ketersambungan digital hujung-ke-hujung dengan hotel kepada tetamu melalui telefon mudah alih mereka.
Pengenalan aplikasi-aplikasi ini sejajar dengan strategi digital baharu Emaar untuk memberikan pengalaman pelanggan yang dipertingkat. Pendekatan 'utamakan mudah alih', digabungkan dengan cita-cita Kumpulan untuk menjadi peneraju dalam menggunakan teknologi untuk meningkatkan pengalaman tetamu, meletakkan syarikat sebagai pengubah corak industri. Aplikasi-aplikasi ini merupakan sebahagian daripada siri inisiatif digital yang dilaksanakan oleh Emaar Hospitality Group.
Emaar Hospitality Group memilih Go Find It Technologies SA sebagai rakan kongsi dalam membangunkan aplikasi untuk Address Hotels + Resorts, Vida Hotels and Resorts, Rove Hotels, Palace Downtown dan Manzil Downtown.
Aplikasi Address Hotels + Resorts, Vida Hotels and Resorts, Palace Downtown dan Manzil Downtown tersedia untuk pengguna manakala Aplikasi Rove Hotels akan dilancarkan tidak lama lagi.
Olivier Harnisch, Ketua Pegawai Eksekutif Emaar Hospitality Group, berkata, "Perkara ini merupakan detik bersejarah kerana kami menjadi perintis trend digital bagi sektor hospitaliti. Kini tetamu kami mempunyai semua ketersambungan dan kemudahan yang mereka perlukan untuk pengalaman yang sukar dilupakan di hotel kami pada hujung jari mereka. Aplikasi ini membolehkan mereka mengakses pelbagai perkhidmatan pada telefon mudah alih mereka, dan pada masa yang sama memberikan kami data masa sebenar untuk memberikan perkhidmatan nilai tambah."
Aplikasi ini mempunyai fungsi yang unggul. Ia disepadukan dengan sistem tempahan hotel, menawarkan akses kepada panduan bandar, mesra media sosial dan menghantar maklumat yang berkaitan seperti jemputan untuk menyertai program kesetiaan 'U By Emaar', tawaran istimewa dan banyak lagi.
Panduan Bandar yang diterbitkan secara profesional dan dikemaskini dengan kerap akan mewakili lebih kurang 30 peratus daripada kandungan dalam setiap aplikasi. Selain itu, setiap hotel akan menciptakan kandungan mereka sendiri untuk melibatkan diri dengan tetamu sambil memudahkan pemasar untuk mengetengahkan acara berkaitan dan tawaran istimewa.
Aplikasi Address Hotels + Resorts, Vida Hotels and Resorts, Palace Downtown dan Manzil Downtown di iOS dan Android boleh dimuat turun di App Store dan Google Play; Aplikasi Rove Hotels boleh didapati tidak lama lagi.
Hubungi:
Kelly Home
ASDA'A Burson-Marsteller
+9714-4507-600
kelly.home@bm.com
Sumber: Emaar Hospitality Group