omniture

FinanzBuch Verlag: Kisah Tukang Adu UBS Tersebar Seluruh Dunia

FinanzBuch Verlag
2017-04-28 17:33 813

MUNICH28 April 2017 /PRNewswire/ -- Selepas kejayaan pelancaran di Amerika Syarikat, memoir Tukang Adu UBS Bradley Birkenfeld, "LUCIFER'S BANKER" (http://www.lucifersbanker.com) menjadi rebutan penerbit buku di seluruh dunia. FinanzBuch Verlag dari Jerman akan melancarkan versi Jerman "DES TEUFEL'S BANKER" pada 10 April 2017 di Jerman, Austria, Liechtenstein dan Switzerland. "Kami berasa amat berbangga menjadi yang pertama melancarkan versi Jerman untuk Lucifer's Banker di Eropah," kata Christian Jund (Pengerusi FBV). Beberapa tawaran penerbitan antarabangsa telah ditandatangani atau sedang diusahakan, termasuk: Perancis, Greece, Itali, Jepun, Poland, Romania, Rusia, Sepanyol dan Thailand.

En. Birkenfeld berganding bahu dengan veteran media industri tersohor Martin Schuermann berserta agensi bakat terunggul Creative Artists Agency (CAA) untuk menghasilkan rancangan TV berskrip dan tidak berskrip berkisarkan kisah epik Bradley.

Bradley Birkenfeld merupakan Pengarah perbankan persendirian UBS di Geneva, Switzerland mengurus pelanggan AS yang memiliki kekayaan bersih tinggi, menyimpan aset mereka dalam akaun bernombor Switzerland yang pada ketika itu terkenal bersifat rahsia. Pada tahun 2007, setelah beberapa percubaan gagal dalam UBS untuk mengubah amalan pengelakan cukai secara terang-terangan yang bernilai berbilion-bilion dolar, En. Birkenfeld melaporkan kejadian tersebut kepada beberapa agensi AS termasuk: IRS, DOJ, SEC dan Senat AS tetapi menerima maklum balas yang bercampur baur. Setelah pertikaian undang-undang yang berlarutan, En. Birkenfeld merupakan satu-satunya pemilik bank UBS yang dihantar ke penjara (selama 30 bulan) oleh DOJ. Beberapa minggu setelah dibebaskan, En. Birkenfeld diiktiraf oleh IRS dengan menerima ganjaran sebanyak $104 juta – yang terbesar dalam sejarah.

LUCIFER'S BANKER membawakan kisah yang belum pernah berlaku sebelum ini tentang amalan perbankan persendirian Switzerland secara rahsia dan jaringan global membabitkan politik, rasuah dan wang daripada kaca mata seorang tukang adu berani yang menentang bank dan kerajaan terbesar di dunia dan akhirnya memperoleh kemenangan.

Hubungi:
FinanzBuch Verlag,
En. Julian Nebel,
+49-89-651285226,
jnebel@m-vg.de

Source: FinanzBuch Verlag
Keywords: Books Publishing/Information Service New products/services