STUTTGART, Jerman, 2 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Women's Tennis Association (WTA, Persatuan Tenis Wanita) mengumumkan bahawa pakar permotoran Porsche telah memeterai perjanjian perkongsian berbilang tahun sebagai penaja utama bagi kempen kelayakan kejohanan Akhir WTA, dikenali sebagai "Perlumbaan Porsche ke Singapura".
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi WTA, Steve Simon, menyatakan, "WTA berbesar hati untuk mengukuhkan lagi hubungan yang telah lama terjalin dengan Porsche. Porsche telah menyokong tenis wanita selama 40 tahun dan kami berharap untuk mewujudkan jejak di seluruh dunia menandakan hubungan jenama ini dengan WTA."
Detlev von Platen, Ketua Pegawai Pemasaran, Porsche AG, berkata, "Penajaan utama Perlumbaan Porsche ke Singapura menyumbang kepada hubungan antarabangsa kami dalam tenis wanita. Selain aktiviti-aktiviti kebangsaan kami dan dengan kehadiran Tenis Grand Prix Porsche di seluruh dunia, elemen baharu ini akan memberikan nilai dan keterlihatan terhadap acara sepanjang tahun."
Porsche akan bekerjasama dengan WTA sebagai penaja utama kejohanan bagi kempen dan papan skor Perlumbaan Porsche ke Singapura. Kempen sepanjang musim ini akan berlangsung sehingga kejohanan Akhir WTA BNP Paribas Singapura dipersembahkan oleh SC Global, acara berprestij dalam musim WTA menampilkan 8 pemain perseorangan dan pasukan beregu teratas. Dengan kerjasama terbaru ini, setiap satu dari 57 kejohanan, 53 acara WTA dan 4 Grand Slams, membawa ke kejohanan Akhir WTA mewakili satu pusingan Perlumbaan Porsche ke Singapura. Setiap kejohanan akan menerima grafik kempen dengan nombor pusingan (mencerminkan jumlah kejohanan dalam musim itu) di papan lorong pit.
Pemain yang berakhir di tangga teratas papan skor Perlumbaan Porsche ke Singapura, dengan mengutip mata terbanyak selepas pusingan ke-57, tidak hanya akan mendapat tempat istimewa di pertandingan akhir musim tetapi juga akan menerima sebuah kereta Porsche 911 GTS Cabriolet.
Berada di kedudukan pertama papan skor adalah Karolina Pliskova, dengan kemenangan-kemenangan di kejohanan Antarabangsa Brisbane dan Terbuka Qatar Total. Caroline Wozniacki menduduki tempat kedua apabila berakhir sebagai naib juara di Terbuka Qatar Total, Kejohanan Tenis Bebas Cukai Dubai dan Terbuka Miami, sementara juara Terbuka Miami, Johanna Konta di tempat ketiga.
Sejak tahun 1978, syarikat yang berpangkalan di Stuttgard ini telah menaja Tenis Grand Prix Porsche dan sejak tahun 2002 telah bertindak sebagai pemilik dan menganjur acara. Kejohanan ini adalah antara yang paling berprestij dalam musim gelanggang tanah liat dengan barisan pemain hebat termasuk Martina Navratilova, Maria Sharapova dan Angelique Kerber. Selain itu, Porsche telah menjadi penaja permotoran rasmi bagi kejohanan Akhir WTA BNP Paribas Singapura yang dibawakan oleh SC Global sejak tahun 2015.