omniture

Mesyuarat Tahunan ke-42 Kumpulan Bank Pembangunan Islam Bincang 'Pemerkasaan Belia'

Islamic Development Bank Group (IsDB)
2017-05-02 12:17 411

JEDDAH, Arab Saudi, 2 Mei 2017 /PRNewswire/--

Sasar Hubungkan Pendidikan dengan Keperluan Pasaran Buruh

Persiapan intensif sedang dijalankan bagi Mesyuarat Tahunan ke-42 Islamic Development Bank Group (Kumpulan Bank Pembangunan Islam, IsDB) di Jeddah, Arab Saudi, yang akan diadakan pada 14-18 Mei 2017, di bawah tema 'Pemerkasaan Ekonomi Belia', dan dihadiri oleh lebih 2000 peserta.

Mesyuarat Tahunan ini akan menawarkan peluang yang besar untuk meneroka cara untuk membantu 57 negara anggota Kumpulan menghubungkan pendidikan dengan keperluan pasaran buruh. Agenda mesyuarat termasuk Sidang Kemuncak Belia, yang akan diadakan pada 15-16 Mei di Jeddah Hilton Hotel, yang bertujuan untuk membentuk masa depan belia dan meningkatkan penglibatan belia dalam pembangunan sosio-ekonomi. Peserta termasuk pegawai-pegawai kanan dan golongan berpengaruh belia yang utama, dan kumpulan belia dengan pengkhususan yang berbeza dari negara-negara anggota.

"Perkembangan manusia inklusif merupakan elemen utama Rangka Kerja Strategik 10 Tahun kami. Mesyuarat Tahunan ke-42 di bawah tema 'Pemerkasaan Ekonomi Belia', merupakan satu peluang yang besar untuk mencapai matlamat ini dengan berkongsi pengalaman dan amalan terbaik mengenai inisiatif pendidikan, dan mengukuhkan perkongsian dengan sektor swasta berkenaan pemerkasaan belia," kata Dr. Abdulhakim Elwaer, jurucakap IsDB Group.

"Mesyuarat Tahunan ini akan menawarkan platform yang luas untuk pembuat keputusan dari semua negara anggota untuk membincangkan cabaran dan peluang dalam pembangunan pendidikan dan kemahiran, dan mencadangkan strategi untuk menyediakan belia dengan kemahiran dan kebolehan yang berkaitan untuk memenuhi permintaan pasaran buruh abad ke-21," tambah Dr. Elwaer.

Laporan 2016 Forum Ekonomi Dunia, mengenai 'Masa Depan Pekerjaan', telah menunjukkan bahawa dalam banyak negara, permintaan pekerjaan atau pengkhususan yang paling banyak tidak wujud 10 atau lima tahun yang lalu, dan kadar perubahan berubah dengan lebih pantas dan tidak akan berhenti, menganggarkan bahawa 65 peratus kanak-kanak yang memasuki sekolah rendah hari ini akhirnya akan bekerja dalam jenis pekerjaan baharu yang masih belum wujud lagi pada masa kini.

Selaras dengan tema Mesyuarat Tahunan, IsDB sedang mengorak laluan ke arah memperkasakan ekonomi belia di semua negara anggota melalui bengkel dan acara istimewa yang diketuai oleh ahli-ahli panel peringkat tertinggi kerajaan, sektor swasta, ahli akademik dan masyarakat awam.

Mesyuarat Tahunan ini akan memberikan peluang kepada golongan belia dari negara-negara anggota untuk mengambil bahagian dalam bengkel dan acara berbeza di mana pakar peringkat tinggi dari sektor awam dan swasta, ahli akademik dan masyarakat awam akan mengambil bahagian.

Selain pendidikan berasaskan kerjaya, sesi utama akan mengupas topik utama semasa yang relevan seperti media sosial, kesihatan belia, keusahawanan pertanian dan kewangan Islam.

Sejak 43 tahun yang lalu, IsDB telah menjadi penyumbang utama kepada pendidikan di beberapa buah negara. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, mereka telah menawarkan bantuan untuk mewujudkan Pendidikan Perubatan dan Institut Penyelidikan di Jakarta, Indonesia; menyokong inisiatif pendidikan di Senegal dan Somalia; menyediakan kemudahan pendidikan elektronik untuk 2 juta kanak-kanak di Syria; dan membantu membina sekolah yang lebih baik di Togo dan Tajikistan.

Hubungi:

Nora sankour
nora@hadathgroup.com
+971568797444

Sumber: Islamic Development Bank Group (IsDB)

 

Source: Islamic Development Bank Group (IsDB)
Keywords: Banking/Financial Service Education Workforce Management/Human Resources Children-related news Economic news, trends, analysis