omniture

LKK Health Products Group terima "Anugerah CSR Cemerlang" tunjukkan dedikasi kepada komuniti dan masyarakat

Membangunkan ekosistem lestari dengan menggalakkan kesihatan dan kebahagiaan dalam masyarakat
LKK Health Products Group
2017-05-02 14:00 489

HONG KONG, 2 Mei 2017 /PRNewswire/ -- LKK Health Products Group (LKKHPG) telah menerima "Anugerah CSR Cemerlang" untuk kali keenam dan dinamakan sebagai "Duta CSR" oleh The Mirror Magazine, majalah bulanan berwibawa yang berpangkalan di Hong Kong. Jawatankuasa penasihat, yang terdiri daripada pegawai kerajaan, ketua perniagaan dan pakar akademik, mengiktiraf prestasi cemerlang LKKHPG dalam tanggungjawab pihak berkepentingan, komitmen pelanggan, kebajikan pekerja, penglibatan sosial, perlindungan alam sekitar, dan tadbir urus korporat.

"Infinitus Walking Day Activity", which has been held for seven years, aims to encourage public to develop a healthy lifestyle.
"Infinitus Walking Day Activity", which has been held for seven years, aims to encourage public to develop a healthy lifestyle.

 

LKK Health Products Group is honored with the "Outstanding CSR Award" showing its dedication to the community and society
LKK Health Products Group is honored with the "Outstanding CSR Award" showing its dedication to the community and society

Selama bertahun-tahun, LKKHPG telah menumpukan kepada CSR dan mencipta nilai yang dikongsi bersama dengan pihak berkepentingan dari pelbagai sektor. Membina ekosistem lestari yang sihat dan bahagia telah menjadi salah satu fokus utama di LKKHPG. Pada 2016, Keluarga Lee Kum Kee menderma USD 21 juta untuk menubuhkan Pusat Kesihatan dan Kebahagiaan Lee Kum Sheung di Sekolah Kesihatan Awam Harvard T.H. Chan. Pusat ini dikhususkan untuk meneroka faktor-faktor mental, sosial dan emosi positif yang mempengaruhi ketahanan individu terhadap penyakit. Ia bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara emosi dan kesihatan fizikal serta menggalakkan kehidupan yang lebih bahagia dan sihat.

Selain menyepadukan sokongan kesihatan dan kebahagiaan ke dalam perniagaan teras, LKKHPG telah menetapkan enam komitmen dalam CSR, iaitu tanggungjawab terhadap kesihatan, kualiti, pekerja, rakan-rakan kongsi, alam sekitar dan komuniti. Sebagai contoh, ia telah melancarkan beberapa program amal secara berturut-turut termasuk " Program Sokongan Impian Pendidikan Si Li Ji Ren", dan "Aktiviti Hari Berjalan Infinitus" untuk menggalakkan kesihatan awam serta keharmonian dalam masyarakat. Kumpulan ini telah menyumbang wang tunai dan bekalan bernilai lebih RMB 190 juta kepada komuniti.

En. Harry Yeung, Naib Presiden Kanan Kumpulan, berkata, "Ia menjadi satu penghormatan untuk dianugerahkan sekali lagi. Kami percaya CSR tidak harus terhad kepada dunia korporat dan sebaliknya harus digunakan untuk mewujudkan ekosistem untuk nilai bersama. Kami perlu memahami pihak berkepentingan di peringkat yang lebih tinggi. Untuk memenuhi keperluan komuniti yang lebih meluas, kami bermula dari kekuatan syarikat kami, iaitu menyokong kesihatan dan kebahagiaan."

Untuk maklumat tambahan, kunjungi laman sesawang korporat LKK Health Products Group:  http://www.lkkhpg.com
Ikuti kami di Facebook: https://www.facebook.com/lkkhpg

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170421/1831192-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170502/1831192-1-b

Source: LKK Health Products Group
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Awards Corporate Social Responsibility